nuffnang ads

Ahad, 31 Mac 2013

Berus Jamban vs Berus hok aloh..

Kali ni saya terinspire nak menaip selepas ber what's app dengan 'geng letops' tersayang.. Korang memang A++. Nama2 terpaksa di rahsia kan atas sebab2 keselamatan.. hahaha kann..
Memula saya minta advise pasal masalah yang saya hadapi hari ini (31st mac). Pasal mcmana nak bagi makeup tu tahan di panas terik di tambah dengan kulit customer yng sensitif dan berminyak... sengsara!!!! Pulaknya kita terlupa nk advise customer jangan lap dgn tisu... bertambah lah masalah berganda2... dan kita maksud saya kita semua ni (jurusolek aka makeup retis)... seharusnya jangan salahkan customer hundred percent sbb dia lap dgn tisu or whatsoever.. tp kita kena merendah diri meminta maaf dan baru bgtau apa yg perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan. This is my first time berhadapan dgn situasi begini dan ini adalah pengajaran yang sangat berguna. Nanti saya akan share bagaimana nk menangani masalah ini.. amatur style. InsyaAllah.
Tapi di entry ini saya nk share satu lagi masalah 'dunia' ... hahaha.. Masalah rate makeup yang melampau-lampau harga melambung mcm harga rumah sekarang. Dan selalunya dari pemerhatian kami 'geng letops' ni.. manusia yang mengenakan rate makeup melampau mahal ni ialah manusia yang perasan. Perasan bagus, perasan cantik bebenor mekap, perasan dia lagi top diva devuss.. padahal yang hadooo je. Dia ni banyak bad review pasal dia tapi dia tetap gagah berdiri di situ dengan beg branded no 1 donia nya itu. (ye lah kalau dh caj satu mekap beribu.. kan) Rezekinya... sapa lah kita nk mempertikaikan rezeki dari Allah untuknya. kan..
Tapi kalau sesiapa pernah menggunakan khidmat Ayang Kamell, Emma Pesona dan segelintir lagi yang mengenakan rate makeup yang sangat berpatutan berpadanan sangat dengan tahap mereka sekrang pasti lega sbb ambil mereka ni instead ambil yang perasan diva tu.  Personaliti pun elok. Saya bukan lah peminat tegar makeup mereka tetapi saya suka cara mereka. Betul tak? Rate mereka2 ni x sampai ribu pun tapi hasil yang diberikan sangat memuaskan hati. Keikhlasan ada di situ..Kalau dah tahap Nurul Syukor, Razlan Bahari or Kak Sai.. lain lah mek oiii nk caj beriban2. Tangan-tangan tu dh pegang Sultanah2, permaisuri VVIP kelas A...kannn.
Ada setengah tu sebab beli product-product makeup, bedak, pondesen, esedo obersi dan berus mahal gilos terbaek donia... terus merate kan diri sendri dengan harga makeup yang ridiculuosly mahal tak setaraf dengan tahap diri sendiri. Tapi kalau tangan tu berseni mcm Ayang Kamell or Nurul Syukor...pakai berus jamban cap IKEA pun cantik mekap tu... tapi kalau tangan tu mcm tangan ayam patah sayapnya (ayam ada tangan ke??).. guna berus HAKUHODO pun .... mekap .. HOK ALOH!!! apa gunanya kan.
sekian... renung-renungkan lah dan selamat beramal.
 
 
pss:- geng letopss = perut kitaorg yang boroi cam nak meletops.. hihih. jgn mare geng!

Selasa, 26 Mac 2013

Pengumuman...

Kita ni kan mampu merancang... ketentuan hanya lah dari Allah... betul tak. Jadi setiap apa yang terjadi dan berlaku seboleh mungkin cuba kita hadapi dengan tenang dan fikirkan ada hikmah di setiap kejadian. Wah Gitew... macam serius je bunyinya... kan. Saya cuma nak mengumumkan maka dengan ini tarikh 2 HB JUN2013 .. tarikh tu kembali available.. maksudnya... sesiapa yang berhajat menggunakan khidmat solekan signature AnnaSha... boleh lah call/sms/what's app/inbox atau email saya.... Kepada beberapa orang yang pernah bertanya kan date tu tapi saya tolak sebab masa tu date tu ada orang book, maka jika anda belum bertemu orang yang boleh merias anda di hari bahagia nanti... boleh lah contact saya.


wajah yg redha... hihih...
gambar di capture oleh the talenteed Fadhil Kamaruddin
Baju dari Poya
headgear dari Azura Azwa

Isnin, 18 Mac 2013

Mariah Bertunang Shah Alam

Pada 2hb March.. Saya makeup untuk si manis bernama Mariah. Lemah lembut dan tinggi lampai orangnya. cantik lah dia ni..Masa nak ke rumah Mariah ni.. konon-konon saya guna lah Waze GPS yang kalau Guna Pun Sesat tu.. bawa masuk ke hicom yang ala2 jam and pintas masuk highway lekas ke apa tah?.. jauh kau bawa aku pusing gps oiiii..  dah lah terlambat keluar rumah sebelum tu sebab uruskan katil si anak yang terkena kencing kucing.... geram lah kucing ni. dah sunat tapi perangai makin mengada2 pulak. 
Bila sampai rumah Mariah.. la alahhhh... rupanya rumah Mariah belakang rumah my previous customer tu  Doktor Myra Annalissa.. dah dapat anak dah dia ada di london sana tuuu..
So mcmana rasa? agak2 nak pakai lagi tak waze gps gogopal papago mamago mak nenek semua tu? Pakaiiiiii... terpaksa lah bergantung jugak  .. jauh pun jauh lah asalkan tidak sesat.
Mariah ni kan sgt adorable and nice. Mak sedara dia sebiji cam muka dia... cam twin kalau sekali pandang... tapi saya lupa nk snap pic mereka berdua.
Baju Mariah sangat super gorgeuous... saya super LIKE baju dia... dia ada mention designer sapa... tapi i olls dah lupa lah..lama sangat perap gambar dia ...sampai cerita2 pun dh lupa.
to Mariah tq and wish u happy enggagemnet dan semoga kekal sehingga ke jinjang pelamin... amin.

Her b4 n after



Horay horay.....

Horay sangat tau... sebab laptop kesayangan ku sudah pulih dari demam... lama betul dia demam. sebulan lebih jugak lah. Sebab tu any upload di buat melalui hp je. kecik hp tak puas nk tengok. Sebenarnya boleh je pulih dalam masa sehari .. pegi je lah tukar keyboard.. tapi... M.A.L.A.S nak ke kedai. Mengharapkan suami je... tapi akhirnya sendiri jugak pergi sebab dh tak tahan nak berblogging guna laptop.
So sat lagi segala gambar saya upload lah. terimakasih kepada yang sudi 'mengfollow ' blog ini. Support anda semua sangat di hargai. tq tq tq..
So kat entry horay horay ni nak cerita pasal party MAC yang saya hadiri baru lalu. Sebelum ini saya dah pernah dapat 2 invitation ke party MAC ni, tapi tak pergi. Macam tak ada perasaan nak pergi ke party. 15-20 tahun dulu kalau sebut party je tergedik2 nak pergi. Kalau party tu start pkl 8 malam.. pkl 3 petang dah masuk bilik air sental2 badan mandi manda dan bersiap2. Pernah excited sangat nak ke party sampai salah masuk kereta orang lain... ingat kan kereta boifren (sekarang suami I la u olls). Nasib baik cantik menggedik masa tu .. hahahaha (cantik kew??!!)
So untuk party kali ni yang membuat saya nak pergi sebab nak dapatkan free gift.. sebelum ni tak terfikir free gift... vongoks kan.. banyak terlepas barang2 free..huhuh.
Bila pergi rupernya mcm ni party tu... oooo (kehampaan sket)... tp waaaaa (excited balik) sebab dapat free gift.. hihi. semua orang suka barang free kan... walaupun beg plastik 20 sen kalau dapat free memang seronok sangat.
jupe rakan fb Elle Rahman. Walaupun dia pondan tapi tak menghalang kita kawan dengan dia sebab dia ok je dgn kita.. dia baik2 je dgn kita. oleh itu jgn suka suka cop orang pondan itu ini ....jahat seseorang itu tak ada kena mengena dengan diri kita. Kita ni yang patut memperbaiki diri sendiri dan buat baik kepada semua orang.. sekian.
dalam gambar tu samaada saya rendah atau elle yg memang tinggi. Kesian i olls pakai beg zara je u olls pegi party.. orang lain bawa hermes, ahnya mak nenek bagai.... sendu tau..

ni theme party... start pkl 7.30.. tapi i olls muncul 8.30... hihih.. diva kannnn..

dengan icey juliet.. puas dia kata nama dia sapa.. saya duk ingat minah ni... hihihi sori adik manis.. skg dh ingat.

no wonder Que Haidar nak sangat kt Linda Jasmine ni... hotssssss u ollss.. tgk tu dia amik gambar mengiring.. haaa apa maknanya tuuu .. kann. but she is gorgeous and nice

yang ni jangan marah ye tuan-tuan dan puan-puan... bukan hakak yang panggil Baby AA ni bergambar.. dia yang  menjerit2 panggil hakak.. mai gambar nanti kata i sombong... katanya!.. hahaha kecoh ko kan AA.

Diana Hafiz... comel lah dia ni...n nice too

dengan kak naza yang super nice and neutral.. semua dia bole masuk.. kena paksa join gathering  ... saya senyum  and insyaAllah je lah... tak mampu berjanji kak naza.


dgn etty... mmm ni saya yang tinggi atau dia yg genit... hihih.



ni lah hasil barang2 free... boleh laahhhh kalau...happy dapat barang free...

mmmm.. macam nak bagi free makeup lah kat bakal2 pengantin... bila ye? sesekali berjariah  best jugak.....

Isnin, 11 Mac 2013

Rida bersanding -Allson Klana Resort

Makeup si manis Rida di seremban. Pagi-pagi dah sampai dan gigih me'makir' kereta kat spot baekk punya ....di bawah rimbunan pokok. Jauh dari pintu lobi... ingatkan tak boleh parking dekat-dekat roper-ropernya berlambak parking depan lobi tu. Aiseh...penat berjalan jauh ..dah lah angkut beg makeup lg...takpe lah consider as bersenam di pagi hari.
Rida ni pengantin yang agak pendiam tapi baik orangnya. Saya pun ari tu mood agak kurang menarik so tak banyak yang saya bualkan dgn Rida. Dia pun nmpk keletihan sebab ari sebelum nya adalah majlis nikah dia. So saya suruh dia relax dan pejam kan mata while sy makeup...
Untuk Rida semoga perkahwinan kamoo bahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat kamoo berdua... amin..

Jumaat, 8 Mac 2013

Nikah sanding dan Bertandang Husna

Assalamualaikum... (tetiba neh bg salam)
Okey pengantin nan sorang ni... yg banyak cakap ni nama dia Husna. Sepupunya yg rekemen saya kat  Husna. Tq Ateena Syukry Glam... glam sangat u olls.... Husna juga ambil pakej 3 kali mekap mcm Zati (entry terdahulu saya).
Saya ni kan macam buaya... kenapa tau? Sebab buaya kan suka simpan hasil buruan dia lama-lama sampai jadi bangkai baru makan. Bangkai tu najis muttawasitah.... (uiks tetiba lagi..).. saya takde lah simpan bangkai.. saya simpan gambar tapi takde lah sampai jadi bangkai.. tapi simpan gambar sampai hilang. Benci kan.. ada kemudahan canggih zaman teknologi pun gmbar bole hilang. Macam propa sangat. Tapi tak propa..ini betul- betul u olls... itu lah Zaza Omar model ngetop tu sampai sentap dgn kita sbb gambar dia pun hilang. Eh eh.. melalut.. ini entry Husna bukan Zaza... excuse me...
Ok so kaitan dgn cerita buaya dan Husna ni ialah... gambar dia menikah saya tak tau pegi ke mana. Gmbr bertandang pun hilang. Gmbr sanding belah pompuan ada pulop. nasib baik ada what's app... so saya minta kt dia gambar ... tq husna yg pot pet pot pet.. Husna ni keja dia best tau.. errr tak tau dia keja sebagai apa... tapi yang penting dia kerja dari rumah. Pegi opis kadeng-kadeng je... sebulan sekali mcm tu... best kan kan kan....
Husna ni bernikah pada december tahun lepas dan bersanding pada
February 2013. Lama betul gap tu kan.. katanya nak mengumpul adik beradiknya yg kt obesi tu... bagus semangat kekeluargaan yang tinggi. To Husna.. Selamat pengantin baru tau tau tau bahagia ke akhir hayat kamoo..amin.

Datin Liza

Customer yang sorang ni adalah salah seorang 'enrich member' saya... huahuahua.. dh mcm Malaysia Airlines loyal customer qannn... siap ade membership... gitew. Kalau bagi nombor membership card dia ni dapat nombor 0005. ^_^'.... hihi hah! Hamek.... ampun kak datin gojes... terimakasih sbb meng ijin kan saya kuarkan gmbrmu.. jgn saman ye. She is gorgeous dan she doesn't look like her real age... gitoh cakap omputeh. Younger  gitu. Apa rahsianya..? ??.. tanya dia sndiri. Her pics ni saya mekap baru-baru ini dan saya ambil dgn keizinannya dr koleksi peribadinya di fb. Tq so much...
Entry ini di update dlm perjalanan saya ke Taiping utk next mekap saya. Ada beberapa lg entry menyusul... terimakasih kepada yg 'I follow u'. ^-^

Selasa, 5 Mac 2013

Zaimah bersanding

Mekapkan Zaimah yang lemah lembut ni di putrajaya. Ya ampun lembut bersantun lah dia ni. Suara pun perlahan halus je. Bertuah husband dia .. tau. Dia ni cikgu ke nurse ek?.. lupa .... tp yg ptng apa pun profession dia... org mesti sayang dia sbb attitude dia yg ala2 perempuan melayu terakhir..gitew.. dah Vanida Imran boleh kasi crown kt Zaimah hokay!!
Risau mekap utk dia ni sbb mata dia seksi cat eye dgn eyelid yg sedikit.. huhu... berpeluh2 nak merealisasikan makeup untuk hari persandingannya ini. Sedaya mampu saya riaskan Zaimah dan harapnya dia happy.  Selamat pengantin baru Zaimah..

Nikah, sanding dan tandang - Zati (2, 3 & 10 feb)

Tandang? Tang tang taaannnggg!!! Apo tu..? Ada setengah orang yakni segelintir sangat... tak tau apa makna bertandang or tandang itu. Kalau ada doploh customer.. sorg mesti tanya.. tandang tu apa kak? Tandang tu maksudnya.. majlis belah pihak lelaki. Mana dapat perkataan tandang tu kan...mmmm x kisah lah janji ada orang panggil saya mekap..hihih.
So kali ni.. gmbr yg terperap lama ni ialah my return customer. Dulu dia bertunang pakai baju purple.. panggil saya mekapkan.. so bila dia bernikah dan sanding (n tandang...ngang ngang ngang... mcm bergema2 mcm tu..hahahh.. ari ni mood bangang saya..) alhamdullillah dia panggil lagi saya yg cumil ni. Terimakasih zati yg gojes sentiasa setia dgn mekap ku. Tapi gmbr sket je sbb gmbr masa nikah x sempat ambil... tak ingat kenapa... dan gambar masa tandang sengaja x ambik sebab tgk muka zati dah penat2 dan dia pun asyik cakap.. hai penat lah kak.. bila nak abis ni.. dan sy jawab .. dh last ni. Lepas ni korang pegi honeymoon jauh2.. rehaaaaattt je. (Kalau honeymoon dpt rehat ke...hahahha auuww)♡♥.. Zati ampunnn..entry utkmu merepek2 sket akak ni... semoga usia perkahwinan mu berpanjangan dan berkekalan ye dik... amin.

Note: pakai baju putih tu gmbr zati sewaktu nikah... yg kaler peach tu persalinan dia makeup zati utk bersanding.