nuffnang ads

Rabu, 27 Mei 2015

Great Eastern Colour My Heart Run

Last weekend was the busiest and most tired weekend. Haa kau ckp omputeh. Hari jumaat, selepas my adam levine aka encik somi balik kerja kami bertolak ke Penang. Anak sedara Adam Levine nk bertunang. Majlis hari sabtu pagi.. So lepas majlis ada pulak plan adik beradik Adam Levine ni nak ke rumah kakak dia yang kt sg petani. So feeling2 la beberapa kereta besor naik feri. Keta I je tak beso..
Pukul 4 ptg baru bergerak dr sg petani balik ke kl. on the way balik tu menyinggah pulak ke rawang.. Sudahnya sampai rmh dlm pukul 10 malam. Esok pepagi nak bangun pkl 5 nak bersiap pulak untuk larian great eastern colourful run tu. 
Ni sampai kt dataran merdeka pukul 6.50 pg. Park keta kt CM. pukul 6.30 dh sampai CM , gi breakfast dulu. Semangat tu .. Baju pun elok lagi putih mulus dan gebu.

Semangat betul Omel dah pakai mask ngan cermin mata..belum start pun lagi acara.

Selpie dulu sebelum start

Flag off dgn letupan kaler kaler tu.. Start lariii ... Tapi tengok kiri kanan depan belakang.. Semua jalaaan jeww.

Adam Levine ngan Omel dah kena percikkan warna. 

Tuh starting line... 

On d way jumpa mascot comot ni

Kami pun dh start comot.

Jalan menuju ke taman tasik.. 

Semua baju dh comot2.. Ramai lah manusia. Ada yg lari2 anak.. Kami jalan je sbb Adam Levine sakit pinggang. Last year buat slip disc operation so dia x leh nak lasak sgt.
Selpie lagi.. Tgk pompuan pakai tudung ngan skirt comel tu. benonya nk amik gambar dia.. Next time kita pun nak pakai camtu lah... Kikiki


Yg ni macam dh masuk dlm besen warna

This one suddenly become fav spot utk selfie . Sanggup neh tunggu giliran nak bergambr kt cermin bulat ni


Lari lari lari... Semua happy je. Tak kira bangsa dan agama. We smile and greet to each other. I lah terlebih peramah

Pompuan ni dah tak payah pegi salon kaler rambut warna biru.


First stop.. Dapat air mineral.. 

Yg ni second dust station. Station kaler biru. Yg first station kaler merah

Dh mcm perang...

Tu suasana dalam station dust colour. Nampak tak Adam Levine I tu gigih nak meng'grab' dust kaler and baling kt kita.. Benci taw... 

Gigih auntie auntie kat belakang tu 

Dah mcm main cat cat 


Sekumpulan gadis bertutu. Tingin gak la nk bertutu.. Kikikiki


Sepanjang jalan ada adik2 manis ni tunggu tepi jalan. Kot2 ada tercedera or pengsan semasa larian.. Mereka akan bantu lah. Sempat kau posing kan .. Sporting!


Rasa-rasa kalau baling colour dust kat polis ni kena saman tak?



Kesian anak aku... Dh roper aper dah


Yeay!!! Next stop milo!!!!!


Haus ea nak?? Milo favourite Omel .. Sekali hadap abis..
Lepas stop kt milo ni ramai pesert salah jalan. Jauh gak sesatnya tu...Mana la org yang jaga jalan neh.. ?? Nasib baik ramai yang suara jenis loud speaker jerit kuat-kuat 'WRONG WAY!!!'.


Kesian keta merc ni jadi mangsa.... kikiki. Sapa lah pedajal ni.

Ni duaorg budak cina ni mmg gila depa pi kaut colour dust dalam baju .. Tu yg berbonjot tu colour dust la tu. nakal dan gila-gila diaorg ni. Dah tak rupa orang dah penuh satu badan berkaler. Tu nmpk tangan dia dh ready nak baling colour dust kat kita.. Nasib baik i pantas mengelak.. Kikiki. Sporting diaorg ni semua pakat nk amik gmbr diaorg. Tp lepas tu kena baling dgn dust colour  la jawabnya...


Haa dh mcm gerai buah.. Banyak giler pisang. Ni after garisan penamat.. Dpt pisang sorg satu.. Hihihi


Yeay kami berjaya!!!


Penat weh!! Tayang medal !!

Kasut Adam Levine ngan Omel comot cemuih... Kasut i olls je masih bersih dan suci...

Warna warni rambut Omel..


Jumpa sorg lagi akak bertutu.. Sporting dia sudi bergmbr dgn kita.



Pengsan!!


The Medal

So itulah weekend yg penat dan fun. Walaupun berjalan sahaja tp byk gak peluh. Aktiviti yg perlu family sertai.. Sihat dan bonding time. Untuk larian ni depa bagi baju, cermin mata, mask dan mcm2 lah dlm goodie bag tu. 
Selepas event tu kami terus balik rmh mandi dan sental badan sesungguhnya. Terus pengsan 3 beranak sampai petang. Lunch pun tidak. Effectnya dari larian ini selain happy dan fun.. Sakit kaki 2 3 ari .. 


Sabtu, 23 Mei 2015

Pi Penang

Semalam hari jumaat, lepas anakanda beta, tuan puteri Omel balik dari sekolah agama.. Kami terus bergerak ke Penang. Pkl 6.15 menempuh jam atas hiway. Berjanji jumpa dengan anak-anak sedara suami kat R&R sungai buloh. Walaupun perjalanan ke Penang ni cuma nak menghantar tanda (bertunang) utk anak sedara suami.. Tapi sexcited nya alahaiii.. 
Kami sampai Penang dalam pukul 11 lebih terus ke hotel penginapan yg di taja oleh ????. Kamsahamnida kepada yg menaja hotel penginapan kami.
Akmal anak sedara suami yang berperut bulat (kikiiki) ajak makan kat 'nasi tomato beratur sejam'. Haaa tu dia!! Pestaim dengar 'nasi tomato beratur sejam' kat penang. Sokmo sokmo dengar kalau ke penang mesti nasi kandar line clear tak clear tu. Badan ni dah penat tapi sebab nak try 'nasi tomato beratur sejam' ni so pegi lah jugak. Dalam hati dh lemau.. Ini kang kalau betul beratur sejam mau aku bentang tikar tidur seround dulu. 
Katanya nasi tomato di kedai ni sgt sedap tak hengat sehingga orang sanggup beratur panjang dan berjam jam. Pernah berlaku especially kalau ada cuti umum.. Beratur cam ulaq panjiaaaaang!!!! 2 jam baru sampai ke depan pegang pinggan berisi nasi tomato. Tu pelik naa orang malaysia ni.. Sifat penyabar terhadap makanan di saat perut berkeroncong sangat tinggi. Berdiri punya la lama sejam lebih baru dpt makan.. Pastu tak sampai 15 minit makan, abis licin menciutkan. Tetapi kalau dalam kereta yang beraircond duduk atas kerusi empuk keta tu.. terperangkap dalam jam yang kadang2 tu tak sampai setgh minit pun.. Wah dia punya nak potong que tu kekonon chap chup cass menyelit takde sabar langsung. Beza betul jurang kesabaran antara que nak makan ngan que duk dalam keta dalam jam...
Sesaja tulis pasal jam tu .. Nk panjangkan write up.. Kikikiki. Kdg kau pun potong que gak.. Tak yah polis sangat lah kann..




Tu kami sampai kat 'nasi tomato beratur sejam' terus cecepat masuk que. Dengan anak2 sedara tapi tak semua ikut.. Akmal, hanif, aji, kak ila dan cucu sedara, si adam je yg ada...Haaa nampak tak nampak tak.. Nasib kami baik la malam tadi.. Tak sampai sejam lah beratur sbb orang tak ramai.


Sedang menikmati hidangan nasi tomato. Akmal kata mmg sedap sangat. Tapi pada saya ok sahaja. Takde la tak sedap .. Ianya dalam kategori sedap dan boleh dipertandingkan ke 'dapur orang lain yang masak kau yang panas'.... Haa gitu.


Licin pinggan. Sedap plus lapar. Anak2 sedara suami ni memang bagus dalam bab makan. Kalau buat makan2 ajak diaorg memang bagus sbb makanan tidak membazir. 

K.. Dh makan nak balik otel lah. Nak membuta. Ni kedai 'nasi tomato beratur sejam' .. Nama sebenaqnya 'nasi tomato batu lanchang'. Siap ada fesbuk u ollss. Lupa nk kabar yang kedai ni start buka pukul 11 malam dan sehingga makanan abis. Sekian...

Rabu, 20 Mei 2015

AzuraAzwa Hari Raya Collection 2015

Minggu lepas adik beradik AzuraAzwa ni memanggil saya untuk mekap lagi. New collection for 2015 Hari Raya... haaa cakap omputeh u olls.


main cak ba photo bomb



gi la usha baju2 diaorg.. lawa lawa tauuuuu...

Khamis, 7 Mei 2015

Adam Levine dan Hyun Bin

Entry kali ini ditujukan khas utk suami saya.. 
Our 17th wedding anniversary lagi beberapa hari je.. So i have few request to make that day my happiest day. Oppss shud be our happiest survival day. Kikikiki..
Ok.. So I dont want all those expensive gifts (walaupun dah dapat Iphone 6, kasut dan baju as advance anniversary gifts....Berani lah cakap dont want all those expensive gifts.. Over tau kau perempuan....)
Apa yang saya nak hanyalah 
1) Adam Levine crash in to my candle light dinner ooppss our candle light dinner
2) Hyun Bin serve me on (ooopss again )serve us on our candle light dinner with his charming face and smile.. 



Can you do that my suami...
You know what will my suami answer.. Ye boleh. Anything semua boleh.. Is either doing it or not . Biasalah lelaki malas nak argue with their woman senang je jawapan nya. Ye boleh. But his boleh words tu kadang2 dapat gak apa yang kita nak.. So small try laa kot leh dpt hadiah 2 atas tu kan... (duhhh!) . Been married to this wonderful mad guy sweet and charming dan tak banyak cakap for 17 years dah. Dating with him 4 years sblm berkahwin.. Total of 21 years of up and down relationship. Seperti naik roller coaster... Berdebar2 bila roller coaster tu dek kedek kedek nak sampai ke atas dan betul2 berada dipuncak sebelum menjunam ke bawah dan all the way up n down circling loop whatsoever lah. It is scary, we scream and laugh at the same time. Sama lah tu dengan marriage kita... We scream to each other and laugh together and sometimes scared each other. When i sick u jaga me and u sick i jaga u it's just not because of the tanggungjawab tapi sebab we love each other so much even some times i hate u that much... Hihihi. Biasalah perempuan mood swing kan.. Now i love u now i hate you thing... Pfft.
Encik suami you are my Adam Levine bila you tak shave. You are my charming Hyun Bin smile dgn your lesung pipit like him. And especially when you wear that adidas sweater cam Hyun Bin sangat tauuu... (perasan!).. But even though you are my Adam Levine Hyun Bin... I still want them on our wedding anniversary nanti . Ok??!!!

Love you to the universe and back and go and back go back go back nonstop. muacchhhh !!!!






Rabu, 6 Mei 2015

Shell Out

Orang makan ketam kita pun nak makan gak. Terliur tengok Diana Amir post dalam IG dia😋 makan ketam kat shell out damansara. Saya ajak husband gi try makan kat shell out ni. Ok kata husband. So selepas 2 bulan ok tu baru lah dapat ke shell out. 

Nak ke shell out ni kena buat reservation. Pkl 5 ptg kami call untuk reservation dinner pkl 9 malam. Wah kondifen gitewww nanti dtg pkl 9 malam leh terus duduk ngap ketam.
Kami sampai pkl 8.50 malam. Tengok kat luar restoren dia punya laaaaa ramai customer beratur. Suami kita pun terus la jumpa waitress dia kt muka pintu tu beritau yg kami dah sampai utk reservation pkl 9. Ingatkan terus dapat masuk... Ropernya kena tunggu gak u ollsss.. Tapi tunggu tak lama after 15 minutes camtu dah ada meja kosong. Hoyeh!!
Nape kita teruja beno nak shell out? Padahal makan ketam jew pun.. Sbb nak makan sepah-sepah ... Dulu kecik kecik makan sepah- sepah kena marah dgn mak. Dh besar nak makan sepah-sepah kat rumah macam tebiat la pulak kan kan kan...jadi moh ler kita ke shell out.

Tu makan sepah gitu. Takde pinggan. Lambak je atas meja.
Kitaorg suka lah makan sepah sepah gitu.. Kuda kuda itu pun suka...

Kita pun nak pisyo sblm mkn.

Itu tukul dia nak kecepeh ketam ketam itew...

Abis sudah terkorban segalanya. Licin!!!
Kenyang betul mkn kt sini. Alhamdullillah. Boleh datang lagi lain kali wpun mahal tapi makanan dia sedap!
Google je Shell Out Damansara.. Pastu waze ke situ mesti jumpa punya. Jgn lupa buat reservation dulu eaaaa...