nuffnang ads

Isnin, 28 Oktober 2013

Reception Ziha - Dewan Perdana Felda

Makeup untuk si Ziha yang manis peramah baik comel dan sopan santun...
Konon2 tetiba menngada nak namakan makeup style di Ziha... So sy namakan Mermaid makeup. ngada tak?? Tapi yang penting Ziha suka..

layan gambar2 dia k...








Selasa, 22 Oktober 2013

Eryn Jamil Bertunang

Disebabkan saya ni lambat update gmbr2 customer .. so ada yang saya tak ingat tarikh majlis mereka dan di mana... hihih. Sama gak dgn si manis Eryn Jamil ni.
Syok betul makeupkan Eryn sebab dia adalah ratu gossip.. tat taraaaaaa....(gossip boleh pula ingat) so far bagi crown ratu gossip kat dia lah...hihi .. jangan marah tau eryn tau tau tau..... Tapi Eryn ni masa mula2 start mekap tu... ala-ala wanita sopan ayu.. cakap pun sepatah.. saya tanya 10 patah.. dia jawab stgh patah je... Tiba-tiba entah macamana terkeluar gossip hebat di abad ini.. haaaaa tu dia.. terus kami bonding. sampaikan saya rasa tak mau abiskan mekap dia ni sbb nk gossip sama2. I loike!! bole tahan juga ye Eryn ni bila berbual... pls panggil akak mekap lagi pls pls pls... (tak malu suh org panggil mekap lagii)... eh.. ke dia dh book utk kawin ?? entah lah. stress mak nk ngingat semua! meh nengok gambar2 dia udah.





Tq Eryn sudi panggil akak utnuk merias mu di hari bahagia.. semoga kekal hingga ke jinjang pelamin... amin.

Doktor Tengku Farhana Wedding's Day

sekian lama tak meng'update' blog ni... sekarang saya kembali update sebanyak mungkin.. insya Allah. Tapi tak semua gambr pengantin dpt saya update kerana ada yang tak mahu di publish utk tatapan umum.
Ok mai kita tenguk pengantin dr Ipoh ni. Doktor bertemu doktor... sama cantik sama padan. Doktor Tengku Farhana ni sangat ceria dan determined.. maksudnya determined nak apa yang dia hajatkan utk hari bahagia dia.. tak kira berapa pun costnya. Dan dia ni memang tak boleh duduk diam. Gelak ketawa dia memang menceria kan majlis dia... walaupun terkdg dia nmpk stress..cepat2 dia positif. Bagus pengantin macam ni kan...
Mai tgk gambar dia sewaktu nikah dan sanding di Ipoh dan majlis bertandang di Putrajaya.

Sewaktu upacara membatalkan air sembahyang di majlis pernikahan Tengku.



hantaran perkahwinan yang dibuat dari cokelat...from Chocolate Chapters.

pelamin indah ala2 fairy tale dari Harris... can call me utk dptkan Harris yang ada sentuhan meletops kebabom!!



di hari persandingan 

wajah tengku b4 mekap... 


majlis bertandang di Putrajaya
Buat Doktor berdua.. semoga anda berbahagia dan setia hingga ke hujung nyawa.... amin

Isnin, 23 September 2013

Ella dan Cermin matanya...

Pengantin bernama Ella ni saya mekapkan dia pada 30/5/2013...
lupa nk upload gambar2 Ella. Saya mekap dia untuk hari pernikahannya yang dibuat selepas maghrib. Orangnya mesra dan ramah.. senyum je. Yang menariknya tentang Ella ialah... dia kumpul cermin mata yang ada power ... saya la tak pernah jumpa orang yang ada cermin mata banyak2.. kalau sunglassess tu biasa lah.. ramai suka collect. Saya pun snap sebahagian cermin mata dia... hihi saja suka2 nak letak dalam blog ni...
To Ella... walaupun dh bulan 9 ni ,still akak nk ucapkan selamat menempuh alam perkahwinan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.. amin





Rabu, 4 September 2013

Hawa yang comel and family

Tak berapa ingat bila mekap kan customer sorg ni... tapi last week dlm 24 or 25 august kot... kami berinteraksi dlm what's app tanpa mengetahui rupanya Hawa ni jauh nun di Glasgow scotland. Dia nak mekap utk hari sanding adik dia.. well kakak pengantin pun nk lawa2 gak kannn... Lama gak ber what's app dgn Hawa ni dari puasa kot sehinggalah raya...  Dh nk raya baru lah dia balik malaysia, sambil beraya sambil nk menyiapkan kenduri kawin adiknya.
So tiba hari dijanjikan ... saya sampai di tempat mekap di rumahnya di Cita Damansara Condo.
Bila sampai tu saya di sambut oleh seorang budak lelaki yang comel. Dalam hati ni terdetik... anak ikan ni mesti tingkatan 5. Peramah betul adik ni.. salu budak lelaki mana la rajin nk berbual dgn kakak kertua cam I olls kan.... masuk je rumah Hawa.. waahh ramai tul orang.. ada ibu dan ayah serta adik beradik dan handai taulan... hihi.. saya terus je ikut anak ikan tadi masuk bilik (uiks ayat sangat sesuatu.. kan.. hahaa).. waaaahhh masuk bilik aircond.. bestnyaaa... saya pun letakkan beg mekap dan siap2 kan bahan mekap. Anak ikan tadi bgtau saya... "hawa tgh mandi.. kejap ye kak" sy hanya angguk aje...dlm hati terdetik.. hawa ni kakak dia kot...
Opocot kau!!! terkejut sbb tiba2 ada budak pompuan yang sgt comel giler speaking london masuk bilik. Saya pun terus... comelnyaaa!!!!!! Sambil cubit2 pipi dia dan cuba speaking london tp bunyi jawa kt budak comel tu. Comel giler ye budak tu serius!! Nama dia Hannah Firdaus. Duk saya sibuk layan Hannah... anak ikan yang sambut saya tadi menyampuk dengan kata2 yang buat saya nk pengsan! " kak ni anak saya.." saya tengok kat anak ikan tu... "what?!!" (Nada terkejut dlm bahasa london ye).. really this is your kid? Dia angguk...
Tu dia!!! Aku duk beranak ikan rupanya dia bapak ikan!! Sori ye encik Firdaus!!. Sekali masuk si Hawa... SubhanaAllah. .. rupanya Hawa ni bini Firdaus. .. mcm budak tingkatan 4!!! Both of them suit each other sgt!!! Budak2 sekolah sgt padahal umur dh 30 ye!!!
Apa rahsia korang ye... anyway... I hv so much fun makeup diaorg (Hawa, adik hawa, hannah and Sophie - hawa's doter).. salah silap harap maafkan...tq Hawa.
(Sayang xde ambil gambar Firdaus...)
this is her two kids... hannah and sophie... 
just simple not overly done makeup for hawa.

Selasa, 27 Ogos 2013

Mak Andam versus Makeup Artist


makeup model utk catwalk Alfio Raldo fashion show


makeup model dan arts untuk catwalk new collection of Azura Azwa dan Rafflessia

2 gambar di atas sekadar hiasan untuk artikel di bwh ni.. hihi,..


Adrenalin untuk menulis dalam blog atau nak buat apa project tentang mekap makin lama makin kurang... kenapa ye? adakah sebab kekangan waktu?saya ni full time menjadi ibu kepada seorang permata hati saya... apa2 pun dia dulu di utamakan.. dan kesibukkan itu makin terasa bila si kecil ni dan berada di darjah 2. tak bole nk skip2 kelas.. hari2 jadi driver, tukang masak, tukang mandikan, tukang suap , tukang bebelkan kalau kerja sekolah tak siap lagi dan semua lah... penat tapi..... i'm extremely happy being a mum. Yeay!!
So kali ni tetiba nk tulis pasal Mak andam versus makeup artis.
Setiap kali saya pergi mekap pengantin mesti keluarga pengantin atau rakan2 akan kata... ooo ni mak andam ye? mesti korang akan kata.. biasalah kalau kt kampung atau kalau sanding kt rmh .. mesti panggil kita mak andam.....TAPI. tidak ye.. hatta kt hotel mewah berbintang2 dan recently sy mekap di Istana Hotel... mereka tetap panggil mak andam.. ehmmmm sedih sangat ke gelaran tu??? marah ke orang panggil dengan gelaran tu?? Ya!.. saya pada mulanya dulukala.. rasa cam bengang bila orang panggil saya mak andam... macam kampung sangat! Malah bila ada seorang artis ni pernah melabelkan saya sbg - " ooo kakak ni mekap pengantin je..." I jadi sentap u olls... beria-ia retis ni heret ku ke sana ke mari tapi bila ada sorang mekap artis yang biasa mekap utk artis2 di sebuah publications ni tanya siapa saya ni.. artis ni hanya jawab.. "ooo kakak ni mekap pengantin je..."  (sy copy paste di situ ayat itu) sedih u olls cam keciiiikkkk je kt situ. Perlu tak saya mendabik dada waktu itu dan kata kat orang2 di dalam bilik mekap tu yang saya ni mekap untuk artis2 lain jugak... mekap untuk model international jugak... perlu ke? tapi otak berjaya mengawal hati so apa yang saya buat waktu tu hanya senyum. Tak perlu kata apa-apa. Biarlah orang nk label kan saya apa pun janji saya buat kerja halal dan dpt uang... uang.. uang!!.. so di saat itu saya terus terdetik di hati... buat apa nk terasa bila orang panggil saya mak andam... memang kerja saya mengandam orang.. mencantikkan orang... betul tak? Tak kira di kampung or dibandar.. sama je... manusia juga.. pengantin manusia dan jurusolek tu pun manusia... so sekarang saya sangat tak kisah orang panggil saya MAK ANDAM... sy suka dan x kisah pun malah proud to tolong org jadi cantik cantik di hari bahagia mereka.
Bila mula-mula terlibat dalam bidang mekap ni... secara tak langsung.. semua orang ataupun hampir kesemua yang belajar makeup ni pasti nk glamer jugak... tipulah kalau kata tidak..  nak jugak mekap untuk artis... sebab tu ada setengah jurumekap ni sanggup mekap for free asalkan dapat mekap kan retis2... it's happened to me.. honestly... tak payah nk cover line.. .. mekap free untuk rancangan tv yang ada ramai artis.. call time pkl 3ptg... abis pkl 12 malam... for free!!! penat !! tp masa tu dapat bangga...  bangga apa? mekap utk artis .. tp artis lelaki... sedey tak? hahaha.. nk tergelak pun ada bila teringat balik bnda ni. Masa tu adrenalin rush sgt tinggi.... berkawan dengan semua orang konon networking... especially jurusolek... berkobar semangat. semua kaut masuk dalam friendlist dan dalam phone book. Dan betullah kata orang-orang tua kalau memilih kawan biarlah berpada... .. that story about friends no need to tell... simpan dalm diri sendiri jadi guide di masa hadapan.. insyaAllah.
Jadi perlu ke nak double standard kt mak andam? atau nk kata makeup artist curlasss sangat? sebab mentaliti kebanyakan kita (malah termasuk saya) kalau seseorang tu pernah makeupkan artis ... lak lak yg tersohor cam siti nurhaliza... mesti percaya 300% kalau si jurusolek berkenaan mekapkan dia pasti meletop deba bomzzz....kannnn...tepuk dada tanya diri sendiri. Lain orang lain pemerhatiannya dalam mekap ni.. ada yang suka xtravaganza dan ada yang suka natural. So pilihan di tangan si pembayar (customer). Saya pernah mekap untuk seorang pengantin ni yang meng"hire" 3 makeup artis untuk meriasnya di hari bahagia. untuk nikah, sanding dan majlis bertandang. 3 makeup artis itu ialah.. N, T dan saya.  N dan T ni memang makeup artis yg bababoomm hebat kt malaysia.. semua orang kenal. Semua artis2 popular memang sentiasa jadi pelanggan tetap N dan T ni. Tetapi pengantin ni lebih sukakan hasil mekap saya di wajahnya berbanding hasil mekap 2 nama gah tadi.. terkejut saya bila diberitahu sedemikian. kenapa customer tu lebih sukakan hasil mekap dari saya berbanding N dan T?  sebab lain orang lain citarasanya... itu sahaja.
Jadi jawapan perlu ke double standard mak andam vs makeup artis? tak perlu... sebab mereka2 ini berada di dalam taraf mereka masing-masing. Mcm cikgu... ada cikgu matematik, ada cikgu sains, ada cikgu bahasa arab dan sebagainya.. engineer pun begitu.. ada engineer keta, ada engineer minyak.. bla bla bla doktor, polis, driver... semuanya ada tahap kemampuan mereka masing-masing.
Pada saya .. saya tetap mengekalkan perkataan Makeup Artist di hujung nama saya bukan lah sebab saya mekap untuk artissss je .. tp pada saya penterjemahan Artist tu bermaksud artistik, kreatif dan inovatif.. (gitoh!!)... semua bole.. kecuali mekap effect... yang ni tak tau nk buat dan tak mau buat... honestly!!

Kesimpulannya... hormati kelebihan masing-masing... dan perbaiki kelemahan sendiri.  Sekian.

TV3 panggil lagi...

Assalamualaikum...
lama sungguh saya tak update blog ni... tak pasti lah apa yang menyebabkan saya takde masa update blog ni... huuh
anyway.. 5 august lepas.. beberapa hari sebelum raya.. saya telah dijemput oleh tv3 sekali lagi dalam program Wanita Hari Ini untuk demo makeup. Terimakasih atas opportunity ini TV3.
InsyaAllah saya akan cuba buat makeup casual ni dari mula sampai abis untuk pembaca yang sudi melihat video tutorial ini...
sehingga bertemu kembali.. daaaaa


Selasa, 9 Julai 2013

Pernikahan dan persandingan Nozie - Paka Trengganu

K.. sambung lagi meng upload gmbr2 pengantin ... kali ni mekap untuk Nozie Elliana dari Paka Trengganu. Nozie yang best dan periang ni Engineer di syarikat myk kt paka tu.. lupa lah company apa... Majlis dia berlangsung masa cuti sekolah bulan 5 ari tu... hihi... lamoooooo ku perap ceritanya.. tak sempat nk berblogging... So sesiapa yang nk tengok up to date pics bole lah follow saya di Instagram - Anna_Sha. Kat Instag selalunya memang terus published mekap di situ. Takde nk edit2 and raw from the camera phone... dan tak guna camera 360 pun ... (tetiba...hihi)
So pada 25 may tu selepas abis mekapkan pengantin di Bangi... saya bergegas ke KLIA untuk catch flight pukul 2. Teknologi sekarang sangat membantu... saya tak perlu pun nk ke kaunter untuk check in dan print ticket. Silly me .. dh lama tak naik plane so cam jakun sket bila dpt tahu tak perlukan ticket pun untuk boarding... best kan!!! Saya cuma perlukan bar code ni je.. cam gmbr kt bawah ni..


tunjuk je barcode ni dari handphone kt security dan masa boarding... senang u olls....

So dipendekkan citernya.. saya puns selamat sampai ke destinasi... oopps lupa nk bgtau... Nozie nikah malam selepas isyak.. so ok lah banyak masa lagi.. leh lepak2 kt hotel...(Terimakasih Nozie kerana menyediakan hotel yang lazat untuk akak stay... )
Bila akhirnya dapat jumpa nozie face to face... wahhh baiknya budak ni... cakap banyak pulak tu... hihihi. Rasa happy dan hilang penat bila dapat customer cam gini. So start lah operasi mekap2... Tapi bila dah siap mekap... tunggu tok kadi tak sampai2 .... pkl 10 baru tok kadi sampai... tok kadi pun busy ye nak nikahkan orang sana sini,.. wanted sangat tok kadi.. sama busy cam kita.. tau. 

ni style bergambar favourite Nozie... mesti ada peace...... this is before makeup.
ni nasib baik dia pegang bunga... kalo idak...... memang peace yo je jari dia tu...
  


suka moment ni bila ibu mertua menyarungkan cincin....touching.

ni keesokkan harinya... abis mekap terus peace yo...  nak tau dia dapat dari mana????  scroll bawah sekali yee








haaa tu... rupanya laki dia pun suka peace yo!!.. 


 Terimakasih sangat kepada pengantin Nozie Elliana dan suami... layanan sangat baik dan akak pun perut kenyang senang hati... hihih. Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kamoo berdua.. amin.


Salam Ramadhan 2013/1434hijrah



be happy in ramadhan month... 
semoga kita semua mendapat berkah di bulan yang mulia ini.. amin
p/s : jaga mata jaga telinga jaga mulut bila berkata2..dan juga jaga jarijemari bila menaip di fb atau blog.

Salmah oh Salmah...

Tetiba teringin nak share peristiwa di tempat mekap... lama dah berlaku tapi baru sekarang nk share....
[ Satu hari di tempat mekap di Mines Hotel....
  " Salmah! Salmah!"
  Nama tu di panggil bertalu-talu... saya masih tekun mekap... " Salmah!.. Salmah!" pangiil lagi... eeee   irritated la orang bernama Salmah ni... panggil tak berjawab... saya berhenti jap memandang org yang duk salmah salmah lagi tadi.. senyum dan sambung keja lagi... orang tu panggil lagi nama Salmah.... adoiii Salmah ni pekak ke apa jawab lah makcik tu panggil!
 "Mak ... mak panggil siapa?" si anak bertanya... si anak tu customer saya lah... waktu tu sy mekapkan adik customer.
"tu mak panggil yang mekap adik kau tu ler..." mak customer menjawab.. dlm hati saya.... laaaa makcik panggil saya ke... tp nama saya bukan salmah... dalam hati jeee... sambil tekun mekap(buat2 tekun tp sbnrnya mendengar perbualan 2 beranak tu).
" mak ! nama kakak ni bukan salmah lah... nama dia AnnaSha" terang si anak..
"tasha! tasha!" sambung si mak memanggil saya.. hahahaha... walaupun salah saya jawab juga.... sekian..
gmbr dibawah hya hiasan....]

Isnin, 17 Jun 2013

Pernikahan dan persandingan Zati. (23 Mei dan 24 Mei)

Pada 23 Mei lepas, pengantin bernama Zati ni telah melangsungkan majlis pernikahannya di ISTAC... Majlis nikah di adakan pada malam khamis.
Pengantin yang lemah lembut ni tinggi orangnya.. baik dan peramah.
dan keesokkan harinya dia bersanding di Putrajaya di Dewan Puspanita pula. Wish you happiness till jannah. amin..







Khamis, 13 Jun 2013

Nadia Sanding


Eila Bertunang - Kajang

Eila ni ceria sangat orangnya... best makeup kan dia... walaupun kulit dia mengalami alahan yang sgt teruk sebab exam final katanya... tapi dia relax je .. ketawa2 je. Stress exam bole kena jerawat...sian dia, Masa dia kata wajah dia kena jerawat teruk saya anggap jerawat2 biasa je... maklum lah perempuan kan suka exagerate selalunya.. termasuk saya lah.. tak gemuk kata gemuk, tak hitam kata hitam.. dh lawa kata tak lawa.. perempuan mmg mcm tu... hihihi. So bila Eila keluh kesah di what's app pasal kulit muka dia.. sy just assured dia insyaAllah bole.. dan saya yakin saya bole buat. Maka nyaaaa bila tiba harinya saya bersemuka dgn dia.. saya agak terkejut sbb ini bukan jerawat biasa ni... kesian Eila... huhuh. So saya cuba sebaik mungkin lah cuba menutup cela di wajah... Okay Eila... nanti masa nak kawen make sure jangan stress.. duk bercuti kat pulau seminggu sebelum kawen utk elakkan stress.. tau... hihih. jangan marahhhh...