Berus Jamban vs Berus hok aloh..

Kali ni saya terinspire nak menaip selepas ber what's app dengan 'geng letops' tersayang.. Korang memang A++. Nama2 terpaksa di rahsia kan atas sebab2 keselamatan.. hahaha kann..
Memula saya minta advise pasal masalah yang saya hadapi hari ini (31st mac). Pasal mcmana nak bagi makeup tu tahan di panas terik di tambah dengan kulit customer yng sensitif dan berminyak... sengsara!!!! Pulaknya kita terlupa nk advise customer jangan lap dgn tisu... bertambah lah masalah berganda2... dan kita maksud saya kita semua ni (jurusolek aka makeup retis)... seharusnya jangan salahkan customer hundred percent sbb dia lap dgn tisu or whatsoever.. tp kita kena merendah diri meminta maaf dan baru bgtau apa yg perlu dilakukan dan tak perlu dilakukan. This is my first time berhadapan dgn situasi begini dan ini adalah pengajaran yang sangat berguna. Nanti saya akan share bagaimana nk menangani masalah ini.. amatur style. InsyaAllah.
Tapi di entry ini saya nk share satu lagi masalah 'dunia' ... hahaha.. Masalah rate makeup yang melampau-lampau harga melambung mcm harga rumah sekarang. Dan selalunya dari pemerhatian kami 'geng letops' ni.. manusia yang mengenakan rate makeup melampau mahal ni ialah manusia yang perasan. Perasan bagus, perasan cantik bebenor mekap, perasan dia lagi top diva devuss.. padahal yang hadooo je. Dia ni banyak bad review pasal dia tapi dia tetap gagah berdiri di situ dengan beg branded no 1 donia nya itu. (ye lah kalau dh caj satu mekap beribu.. kan) Rezekinya... sapa lah kita nk mempertikaikan rezeki dari Allah untuknya. kan..
Tapi kalau sesiapa pernah menggunakan khidmat Ayang Kamell, Emma Pesona dan segelintir lagi yang mengenakan rate makeup yang sangat berpatutan berpadanan sangat dengan tahap mereka sekrang pasti lega sbb ambil mereka ni instead ambil yang perasan diva tu.  Personaliti pun elok. Saya bukan lah peminat tegar makeup mereka tetapi saya suka cara mereka. Betul tak? Rate mereka2 ni x sampai ribu pun tapi hasil yang diberikan sangat memuaskan hati. Keikhlasan ada di situ..Kalau dah tahap Nurul Syukor, Razlan Bahari or Kak Sai.. lain lah mek oiii nk caj beriban2. Tangan-tangan tu dh pegang Sultanah2, permaisuri VVIP kelas A...kannn.
Ada setengah tu sebab beli product-product makeup, bedak, pondesen, esedo obersi dan berus mahal gilos terbaek donia... terus merate kan diri sendri dengan harga makeup yang ridiculuosly mahal tak setaraf dengan tahap diri sendiri. Tapi kalau tangan tu berseni mcm Ayang Kamell or Nurul Syukor...pakai berus jamban cap IKEA pun cantik mekap tu... tapi kalau tangan tu mcm tangan ayam patah sayapnya (ayam ada tangan ke??).. guna berus HAKUHODO pun .... mekap .. HOK ALOH!!! apa gunanya kan.
sekian... renung-renungkan lah dan selamat beramal.
 
 
pss:- geng letopss = perut kitaorg yang boroi cam nak meletops.. hihih. jgn mare geng!

Ulasan