nuffnang ads

Rabu, 19 Disember 2012

Majlis Bertandang Farah - Casa Del Rio Hotel, Melaka

Jenuh, berpeluh-peluh ketiak gak nak mencari Hotel Casa Del Rio kt Melaka ni. Saya sampai di air keroh pkl 8.30pg.. berjanji dengan pengantin yg jelita ni pkl 9.30 pagi. ok la kan.. ader masa sejam nk cari2 kt bandar melaka tu. paling2 pun kalau sesat stgh jam. ala Melaka kecik jeeee....Haaa so boasting kan.. padan muka akhirnya tak jupe2 sesat barat.. entah ke mana2.. .Gps mmg tak membantu langsung. I called bride ask for direction.. berkali2 lah jugak. masa plak dh hampir melewati 9.30.. uwaaa... dan jalan2 di melaka semuanya sempit2 dan sehala sahaja.. if u terlepas simpang u hv to go one round...huhuh. Baca bismillah banyak2.. selawat dan zikir ikut rentak lagu2 Raihan. and finally sampai kt Hotel Cas Del Rio. Nama pun dh vavavoomm.. hotel pun vavavoom. Pengantin pulak amik suite kt hotel tu.. vavavavoom lah. masuk2 je kat bilik pengantin, terus ternampak baju brides yang tergantung kt kipas di tgh2 ruang. MasyaAllah cantiknyaaaaaa....terlupa nak amik gambar masa dia tergantung begitu. Pastu baru letak beg makeup ternampak pulak jakuzi yang best giler di ruang balkoni.. oooh oh.. sori.. terlupa abt brides and groom who greet me very friendly and warm... baik sangat. TQ.. Farah n errr (sori lupa nama hubby.. kena makan kismis banyak2 ni)
So before start makeup bride request natural and light makeup tp mesti enhance her eyes. So i did my best n glad brides really like it. So sempat tya.. who did her gorgeous wedding dress? Rupa2nya Syomir pye dress... patut la shantik... simple but very terpegun. Teringat kt artis yang selalu saya mekap dulu - Fyza Kadir.. dia pun suka sgt baju2 dr Syomir. Memang cantik.
Gambar tak banyak dpt snap... sbb lambat sampai kan...so ni lah.. tadaaaaa....

Majlis Pertunangan Haz - Subang Jaya

Saya selalu sangat lupa nak tanya nama penuh customer... Kalau customer bahasakan diri dia Haz, maka sampai sudah la saya memanggilnya Haz... mcm customer yang bertunang seoarng ni. Kiranya Haz agak last minit jugak panggil saya untuk mekap kan dirinya. Nasib baik majlis Haz sebelah pagi so saya boleh lah terima job ni. Anyway tq Haz .. last minute pun rezeki jugak.. Alhamdullillah. Beberapa hari sebelum majlis, Haz sms saya.. "Nk tya, kak anna cadanngkan ke if sy pakai colored contact lense ke majlis nanti?"
Jawapan saya ' It's up to Haz. ikut keselesaan. Just be you. If you is a lense person so wear the lense. My advise kalau nak pakai lense, grey is nice. If u r not a lense person, just be happy wt what u hv n proud of it."
Sekali bila dh send sms tu.. rasa takut pulak dia teroffended.... huhu. But i telling the truth kan kan kan...so when she reply me.. saya rasa lega.. she understand n chose not to wear..
PHEWWWW...
So layan je lah gambar2 Haz di bawah.. oh yea.. Haz berani mengenakan kaler yang agak blocking and I really like her colour combination - Peach and turqois. And oh.. saya dapat new knowledge from Haz aboout our lutut... hehehe. TQ Haz!
Ready for her majlis.. tralalalala


Haz before makeup

Rabu, 12 Disember 2012

Makeup Nikah dan Sanding untuk Farah

Pengantin bernama Farah ni sangat ceria orangnya. Seronok beronok-ronok makeupkan dia. Untuk majlis nikahnya yang berlangsung di masjid Kelana Jaya, saya makeupkan Farah di hotel tabung haji. Kurus saya makeupkan Farah bernikah, sebab angkut beg mekap naik tangga kt tingkat 2. Pendek nafas dan termengah2 dibuatnya.. maklumlah badan kita ni berat... huhuh. Sekali bila dh sampai kat bilik Farah, baru lah saya tau rupernya ader lif...uwaaaaa... kita ingat takde lif.. gigih naik tangga!
Farah ni banyak cakap.. dan suka buat kelakar. Kekadang rasa risau takut saya pulak yg terlebih layan dia. Tapi dia cool je..plus pot pet pot pet tak berhenti. Asyik gelak2 je makeupkan dia..Tq Farah sebab sudi memanggil akak untuk merias kamoooo.... Selamat Pengantin Baru dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat.. amin..
Uppsss luper... semasa makeup untuk nikah saya gunakan fake eyelashes kegemaran saya, tapi Farah kurang suka.. katanya terlalu tebal, sebab dia sukakan yang lebih natural. So the next day untuk persandingannya, solekan matanya nmpk lebih natural dan ringan.. Jadi kepada pengantin2 yang bakal menggunakan khidmat saya.. jangan takut2 ye untuk request mekap/fake eyelashes yang bagaimana ye... saya ok.. tak makan orang punya.. heheh.
Layan je gmbr2 dibawah ni ye...

Farah dengan persalinan nikahnya


Farah siap sedia nak makan berdamai, lepas bersanding.

Isnin, 10 Disember 2012

Persandingan Ayu - UIA

Ayu ni saya start mekap dia seawal pembabitan saya dalam bidang mekap2 ni pada tahun 2009 (yup.. i'm really new in the busines). Dia datang rumah saya dengan pakwe dia masa tu.. Pakwe dia tu anak sedara suami saya,Din. So when they're getting married, Din dan Ayue datang rmh dan minta "consultation" abt how to get ready n preparation wedding ni. Takde lah consult banyak mana pun.. cuma tya pasal mekap, where to rent a baju n hire photographer. Even though not much we could help tapi at least ader la sket contribution buat orang2 yang dekat di hati kami ni. So saya sponsor makeup untuk Ayu bersanding masa kat tempat Din. Hadiah perkahwinan. Dan juga sebab masin mulut mama Din, asking me to do makeup on her menantu bila tiba waktunya nanti. It was like 2 years back when mama Din kata " Ana, kak miah nak you yang makeup my in law nanti masa Din kawin tau.. remember that". Saya sengihhh je laa.. ada rezeki insyaAllah. Itu lah kata orang, niat tu doa kan..
So, sesiapa nak dapat sponsorship.. sila la meriki2 anak2 sedara lelaki saya yang ramai tu.. masih available dan hensem2 belaka. Kerja pun elok2.. ader lawyer, cheff, bakal ustaz, cikgu dan berbagai2 lagi.. tapi term and condition apply. kalau date available makanya bole lah sponsor. heheheh...

Din and Ayu tak sabar nak bersanding...



sewaktu menyiapkan Ayu.. tak ader gmbr close up lain.. biasalah kalau minta tolong orang yang snap.. tak menepati kemahuan saya gmbr2 yg diambil.. semua gmbr jauh2... gmbr tepi2, gmbr gelap2.. aduuiiii yaiii.



tu pengapit Din, is my nephew. available lagi .. hahaha.

Pernikahan dan Persandingan Hairunissa - Batu Pahat

Saya selalu dapat job mekap area utara sana.. belah2 Perak... rezeki banyak betul ke arah sana.. Saya ni orang Muar.. teringinlah jugak nak dapat job belah2 selatan. So far sekali je saya pernah ke selatan.. iaitu muar pada tahun lepas, buat job nikah dan sanding utk pengantin bernama Dila . (sila klik nama Dila utk pics n stories)
Tup tup dapat mekap ke batu pahat..waahhh suka lah saya.. yeay!!
Mekap utk Nissa yang ceria. Anak bongsu dan dia tau apa yang dia mahukan, sebab seblm start makeup dia dh tunjukkan mekap bagaimana yang dimahukan. So sy pun apa lagi.. senang ada reference.. hihih. tq Nissa.
Nissa after makeup untuk bersanding


 



anak saya dan sepupunya... sibuk nak bergambar dengan pengantin... budak2 kan sentiasa kagum dengan pengantin..hihihi


makeup Nissa untuk nikah..

Rabu, 5 Disember 2012

Persandingan Zahra - Shah Alam

Zahra pernah ada pengalaman makeup yang menakutkan.. so bila saya kena makeup dia, Zahra sgt berhati-hati dan detail mahukan bagaimana makeupnya. Dia bukan cerewet tapi takut "peristiwa" lama berulang kembali.. kes makeup lah apa lagi kan...Graduan dari Australia ni mula-mula tu agak reserved dengan saya.. lama-lama haaaaa mesra yang amat.. saya tanya dia mana dapat tau pasal saya ni? Dia jawab dari photographernya...nama photographer dia ialah fadzlie Mohammad. Baik budaknya.. siap tolong setting kamera saya lagi...Bila saya tanya dari mana Fadzlie tau pasal saya, dia jawab dari A yang tau dari B yang tau dari C blablablablabla.....wahhhhh panjangnya chain..TQ kepada yang rekemen saya ni. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.
Zahra and family beri layanan yang baik kat saya.. mesra semuanya. TQ korang....(takde idea dah ni plus dh tak bape ingat citer2 dgn Zahra... heheheh). layan je lah gmbr kt bawah.



zahra before makeup




Anne Zakaria Bertunang - Klang

Gadis yg lemah lembut ni pernah saya makeup kan untuk ruangan Citra Mingguan Malaysia. Dia pembuka tirai tahun 2012 untuk makeup saya. (betul ke ayat tu? hehehe). Leh tengok kt link ni.

Untuk majlis pertunangannya, saya sekali lagi berpeluang untuk mengindahkan wajahnya yang sedia ada indah tu. Senyuuummmmm je dia  sepanjang makeup.  Tq Anne sudi panggil akak untuk jadi part of your memorable day.

Gmbr2 dibawah ni adalah dari ehsan the talented photographer Lensa Chenta dan dari Facebook Anne.. tq korang... (spt biasalah... kamera i olls, flash takde bateri... huhuh)

Gambar paling favourite.. saya sukaaaaa sgt!!!



gmbr dari facebook anne..