nuffnang ads

Rabu, 31 Oktober 2012

Makeup Class with G Club at Hotel Royal Bintang D Curve

Appointment dengan G-Club ni dh lama di buat. Kadang-kadang tertunda date sebab kesibukan masing2 termasuk saya. Mereka ni kumpulan G-Club ni request buat weekend, manakala weekend adalah saat terbusy saya selalunya.. Akhirnya, satu date finalise, untuk organise class makeup bersama mereka. Makanya hari itu adalah hari terbusy sedunia saya. Seawal 6.30 pagi saya mekap untuk 2 orang model, yang bakal bertemu PM kita untuk satu acara perasmian..(dh lupa PM rasmikan apa kt PWTC tu huhuhu) kemudian mekap bertunang dan seterusnya ke kelas kumpulan G-Club ni.
Sebaik saya berjumpa dengan diaorg ni saya tanya.. apa maksud G-Club ni? sebab kedengarannya sangat eksotik namanya.. cam G-string pulak... hahahhaha. Sori G-Club. Di akhir artikel akan saya reveal apakah G-Club ni ye..
anyway.. makeup class bersama mereka sangat fun.. so much fun!!! 2 daripada ahli kumpulan mereka ni adalah ex-stewardess from Malaysia Airline. Seronoklah saya sbb saya pun stewradess pencen cam diaorg. Dan dari situ dh ice-breaking. Sbnrnya tak perlu ice breaking pun sbb diaorg sgt ramah tamah dan sgt fun!
So di Suite Hotel Royal ni.. kami pun sharing info n knowledge abt makeup n beauty.
Ini lah G-Club member... gmbr selepas mereka makeup... glowing2 kan. Mereka di ajar juga cara2 memakai bulu mata palsu. Juga cara nak bagi glow di wajah seperti cahaya keimanan.. gitew.. heheheh. memamg beriman mereka ni, sebab bila masuk waktu solat, mesti diaorg solat dulu. Mana yang dh amik wuduk, kena tahan kentut.. sehingga masuk waktu solat.

Ini antara barang2 makeup ahli kumpulan G-Club. Segan saya dibuatnya menengok (wrong words of bahasa) product2 mekap yang mereka gunakan. Dior lah, Laura Mercier lah, Estee lauder lah, Mac, Urban, stila.. bla blabla...
Tapi masalahnya mereka ni.. barang memang mahal bukan main.. tp mekap tu semua di perap lama tak berusik. Ada yang sampai 2 tahun pun ader terperap... sampai packaging lama dh tukar pacakging baru!! barang dia masih cantik tak terusik... Mereka sangat suka bercantik2 tapi tak reti dan takut2 nak gunakan mekap tu di wajah. Tu yang jadi pekasam barang2 mekap tu.

takpe.. saya boleh tolong ajar dan bagi panduan setakat mana yang saya tau berdasarkan pengalaman saya kan...ini sewaktu sessi mekap diri sendiri bermula... semua happy sbb finally dapat sapu foundation di wajah setelah mendengar bebelan yang agak lama dari saya.. heheh.

Tenyeh foundation bagi rata ok..

sorang ni dh siap... leh antar gmbr kt hubby. ada pulak hubby yang jawab... kenyang tak makeup tu.. hahahaha. (gmbr ni gelap sbb flash tetiba mogok)

tak puas hati tgk cermin kecik.. pegi toilet pulak...

bergambar adalah priority... diaorg mmg suka bergmbr especially aftr makeup.

gelagat mcm kanak2 5 tahun.. tapi mereka2 ni semua ibu kepada anak2 kembar ye... opps.. yess.. they all taken. Isteri2 yang mithali.. insyaAllah.

So G-Club... tq so much for the opportunity to share a bit abt makeup with u olls and insyaAllah,atas permintaan mereka lagi, sessi kedua makeup class akan diadakan pada bulan 12 ini.
What is G-Club means? Seseuai sangat dengan diaorg maknanya.. iaitu.. Gossip Club. mak-mak orang gorgeous yg suka bergossip. U olls.....

Isnin, 29 Oktober 2012

Zainefer Edlene Zainal Abidin

Nama dia ala mat salleh mix dgn melayu.. Bila bertemu dgn orangnya.. rupanya dia pure melayu... saya punterfikir.. ni mesti nama glamour dia ni...Jadi saya pun ringan mulut bertanya.. Ni nama betul awak ke? Jawapnya.. ye akak ni nama sebenar saya.... Waaaa nama yg sgt komersial dan pasti dia bole melangkah lebih jauh lagi dgn bakat peragaan yg dia ada. Good luck Zainefer.
Makeup utk Zainefer ni tak de masalah sbb dia ada kulit yg cantik walaupun berkulit hitam manis. Saya cuba mengubah kebiasaan makeupnya yanng selalu terpampang di FB. Makeup cara saya.. lite and natural.

sempat snap gmbr sementara tunggu abg photographer

Zainefer di ruangan Citra Wanita Mingguna Malaysia




dgn topi merahnya... fav press.. heheheh. Zainefer kena paksa pakai topi ni.

Snap lagi in between photo session.

Makeup Fyza Kadir in Media Hiburan



Selasa, 16 Oktober 2012

Weekend yang seronok cam nak pengsan.

ni muka orang seronok cam nak pengsan 12 tahun lepas shopping di New York. hahah.. takde kena mengena dgn cerita di bawah.. just to show u bloggers how happy I am tp actually tired nak mampoos last weekend!


Minggu lepas weekend rasa cam nk tercabut bdn.. sbb start makeup dr pkl 6pg dan abis pukul 11 malam... siapa yang salah? diri sendiri lah salah kan... sapa suh terima job2 tu semua. Giler makeup ke giler duit? hahahahaha. Haaa tu sapa terasa tu.. minta maaf lah. Takde kena mengena dgn yang hidup ataupun yang mati.. semuanya kebetulan sahaja.
Tapi untuk minggu ni, takde gmbr2 pengantin atau tunang sebab, customer-customer (dlm bahasa malaysia kata ganda.. dlm english -customersssss... heheh) tak mau dipublish dalam blog ataupun fan page saya. Sememangnya saya sentiasa akan bertanya dan minta izin kepada customers saya samada bole atau tidak gmbr mereka dipublishkan. Ada setgh tu bg gmbr selepas mekap je yg boleh publish. Kebanyakkanya tak kisah gmbr seblm or selepas, gmbr banyak2 pun x kisah dipublishkan. Dan sebagai menghormati human rights.. saya akan pastikan yang mana tak bg publish, saya tak publish dan yang mana bg publish.. sy akan publish dgn seelok dan sewajarnya.
So last weekend (sabtu n ahad) tu saya mekap utk tunang satu di ampang dan wedding di bangi. 2 customers ni tak mau publish. Tapi diaorg ni baik sangat.. paksa saya makan sbeleum balik. Hujan lebat plak tu masa ari sabtu.. nangis2 sy nk balik tanpa makan.(tipuu sngt menangis). Terimakasih ye tuan rumah yang baik hati. Goodies tu best!
Selain itu, saya dipanggil untuk mekap oleh 2 model yang amatlah gorgeuos.. rasa cam nk gigit diaorg ni sbb cantik sangat. Walaupun model baru bangun tido bila saya sampai di hotel tu, tp muka masih jelita. Mcm tipuu je tido x pakai mekap! Dah memang cantik watpe nk mekap lagi kan... suka bagi rezeki kat kita lah.. tq adik2 model. Saya akan tulis next entry pasal 2 model ni.
kemudian.. saya dijemput untuk ber'happening' sambil mengajar utk G club di Royale Bintang Hotel kt D Curve damansara. Itu yang abis sampai malam tu. Itupun next entry lah.. gmbr lum resize.. tak berapa nak ader masa sbb anak sekrang tgh exam.. so byk pay attention kt dia.
Dan last sekali makeup untuk Mingguan Malaysia utk 2 model sambilan dlm ruangan Citra. Haaaa yg ni kena tunggu artikel diaorg kuar dulu baru lah saya bole menggedik bercerita kt blog ni. k.

Khamis, 11 Oktober 2012

Nikah dan Sanding Fiqa - PJ

Nak pergi rumah pengantin bernama Fiqa ni sampai sesat2 di buatnya... PJ je tp cam susah sangat!!.. sekali rupernya Fiqa sudah bagi salah alamat.. sepatutnya jalan 224 tp dia sms jln 22A.. sampai sudah la tak jumpa jalan tu... huuhu. Anyway finally jupe rumah Fiqa lepas dia bg direction bagai.
Fiqa buat nikah n sanding on the same day.. Dia request tak mau pakai fake eyelashes.

eyeshadow saya gunakan kaler2 brown base dari Urban Decay... dan lipstick honey love dari MAC campur atomic orange Bobbi Brown. Blusher orange base dr Bobbi brown,

Fiqa b4 makeup



untuk sanding, eyeshadow saya gunakan warna gold dari Shu Uemura dan biru dari MAC.. bila tengok balik gmbr ni, saya rasa combination tu cam salah je... huhuu. cam zama 80an pye makeup plak...( 80s are back woot woot!!). Blusher pink.. dan bibir pink. from MAC dan Inglot.



Selamat Pengantin baru Fiqa semoga bahagia ke anak cucu dan akhir hayat kamoooo....

Rabu, 10 Oktober 2012

Makeup Reception for Yani - Eastin Hotel/KGPA

Makeup kali ni utk Yani yg sweet dan small size. Dia request rambut curl side tepi dan letak kan pearl tabur2 di rambut dan pakai small crown...

Yani dengan wedding dress ala2 princess... commeellllll sgt. Garden wedding at night katanya di KGPA.. diiringi letupan bunga api..cam meriah je bunyinyaa kan..
 

wajah Yani b4.. muka kepenatan.

 
 
rambut Yani tak dpt nk bubuh pearl tabur2 tu sbb pearl yg dia ader besar sangat....



Isnin, 8 Oktober 2012

Makeup Fyza Kadir untuk Anugerah Blockbuster 2012

Kali ni makeup untuk Fyza Kadir untuk Anugerah Blockbuster 2012 yang baru berlangsung pada sabtu 6/10/2012 lepas...Gambar2 adalah dari koleksi Fyza... tq Fyza... muah ,muah, muahhhh...





Khamis, 4 Oktober 2012

Doktor Aisyah Qibtiyah

Doktor manis yang sangat sederhana ini datang dari Penang. Makeup dia untuk Majlis di pihak lelaki di Setiawangsa KL. Kali ni saya tak tau la, mungkin ini dugaan utk saya atau dugaan utk Aisyah. Dalam perjalanan saya nk pegi mekap Aisyah.. sedang kereta dibawa dengan laju tiba-tiba enjin mati !!! Power off!!! terkejut saya di buatnya,tak sempat nk panik...cepat2 sy pull over kereta ke tepi jalan. nasib baik kereta tak banyak masa tu. sempat la kereta tu sampai ke bahu jalan, bontot kereta je tersembul keluar.. berdoa dalam hati jgnlah ader kenderaan lain terlanggar kereta buruk aku ni.. huhuh. Kemudian terus call hubby suh antar keta buruk satu lagi. aduiihh masa ni baru panik, sbb lambat nak gi mekap. nak tunggu hubby datang antar keta lagi... Saya call Aisyah beberapa kali utk update status saya.. maklumlah dia tentu panik sedangkan saya pun panik tak tentu arah.. apatah lagi dia..
Sesampainya saya di tempat Aisyah saya cuma ada masa tak sampai setgh jam utk siapkan Aisyah.. Ya Allah, hanya padamu ku minta kekuatan dan keajaiban.. doa dlm hati.
sampai je terus sembur mist spray Shu Umeura tu.. sapu primer revlon dan pakaikan Bobbi Brown foundation stick (sbb kulit doktor Aisyah agak berjerawat) pastu tenyeh2 dgn berus n beauty blender. Rasa lenguh tangan ni sebab buat cepat2 cam charlie chaplin. Aisyah tak mau pakai bulu mata palsu.. so sy curl up eyelash dia dan tebalkan sedikit mascara.
ni gmbr dia sblm makeup, amik kt fb dia. Ckp kt dia .. x sempat nk amik gmbr b4, so naanti amik kt fb je lah. she's ok... 

aisyah request makeup natural2 je tak mau berlebihan...

wajah dia still ceria.. think positif always..

Doktor Aisyah dengan hubbynya yg very understanding n baik hati.
 
So finally I manage to do her makeup in a very rushing time...ader sedikit terlajak waktu.. Minta maaf Aisyah..halalkan ye mana terlebih terkurang. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari akak...Wish you a very happily ever after with your sweet hubby. Tq sudi ambil akak utk merias kamoooo....
 
p/s : Kereta saya tu mati enjin sbb fuel pump rosak, tak dpt nk pump minyak ke enjin...... ooooo baru tauuuuuuuuu.......

Selasa, 2 Oktober 2012

Nurul Izni A. Jalil bertunang

 
Memula kenal Izni ni orangnya sangat polite dan sopan santun. Pastu kalau dia bercakap sgt berhati2 sebab takut menyakitkan hati orang lain agaknya. Orangnya tinggi lampai dan setiap kali saya berjumpa dia, saya kata.. "akak nak makeup awak la one day" .. Dia akan senyum dan menolak dengan baik, alasannya dia bukan model pun nak di makeupkan.
Pastu lamaaaaaa sangat saya tak berhubungan dengan Izni, tak berjumpa.. bukan sebab merajuk dia tak bg mekap muka dia tapi sebab kerja. Bukan saya yang sibuk.. tapi Izni yang sibuk. hehehe.
Sehinggala satu hari tu, tetiba dia contact saya minta saya makeup dia untuk bertunang. Alhamdullillah rezeki dan finally saya dapat mekap muka dia..yak yak yeay!
 
Izni sebelum makeup..







eh ader Jalil Hamid la.. saya sefamily suka betul dengan Jalil Hamid ni... Dia kalau berlakon best.. berlakon kelakar mmg dah  best.. dia buat muka je pun dh nak ketawa.. apatah lagi bila dia berdialog. Berlakon drama tak kelakar pun best.. nyanyi pun best...tak sangka jupe dia lah..Memang tak sangka. Semuanya bermula bila saya tanya kt Izni.."mak awak mana Izni?" . Dia pun tunjuk kat satu wanita yang pertengahan usia yang sgt manis dan lawa... Kena tengok live mak Izni ni. memang cantik!! Saya spontan terus kata.. " cantiknya mak awak Izni" Izni buat muka sket dan dengan nada bergurau dia cakap .." tu lah nape lah saya tak ikut muka mak saya.. ni ayah la ni.." pastu dia ketawa2. Jahat tauuu..huhuh. Saya tya mana ayah awak, dia pun jerit.. ayah ni kakak yang nk mekap nanti.. ..
sekali ropernya pak Jalil Hamid is the fatherrrrrrrrr. Izni tya saya.. akak tak tau ke ayah saya siapa? saya jawab - tak tau puunnngggg.... tau nama penuh Izni - Nurul Izni A.Jalil.. tapi mana le kita tau Jalil tu ialah Jalil Hamid. kan kan kan...
Anyway.. i have a very gud time at her place. Saya di paksa makan kue tiau yang lazat yang banyaaaaakkkkk sangat kerang dan udang di dalamnya. Ayah dia sudah "chartered" penggoreng kue tiaw dari JB tu.. pastu dia paksa mkn semua makanan yang ada .. baru bole balik. Sebenarnya kalau ikutkan saya memang nak terus balik lepas makeup. Tapi disebabkan saya ni orang kampung yg jakun jupe artis... hehehe nak jugak2 bergambar dengan Jalil Hamid. Nak jeleskan adik2 dan mak ayah..hahahaha. So sanggup tunggu pak Jalil Hamid abis melayan tetamunya sambil saya menjamu selera makanan yang sedap2 kt situ. Nasib baik ader adik2 dan sepupu dia yg sangat rajin melayan saya.
yeayyyy.. dpt gmbr dengan Jalil Hamid. Sebelah tu mak Izni yang lawa.
(Izni kata.. sebab tu lah ayah sayang sangat mak )
 
Terimakasih Izni...<3 p="p">
 

Isnin, 1 Oktober 2012

Makeup for Solemn n Reception Kiki

Kali ni saya mekapkan si manis Kiki... lupa nk tanya nama sebenar dia.. tapi masa mekap tu cam dengar2 nama dia Karmila... haaa kauuuu classs nama. Saya mekap Kiki utk nikah dan katanya terus utk reception. One makeup for 2 occassion.
2 hari sebelum majlis, Kiki contact saya dan membahasakan dirinya kakak... aiseyyy... rasa muda pulak tetiba kita tau...Dia kata dia rasa dia lebih tua dari saya sbb ini bukan first marriage dia, n she hv 4 kids dah... waaahhhh kita pun rasa... ooo ok lah might be she is older than me kan... so saya pun tak membahasakan diri kakak la.. just i n you, you n i...gitewww. Dan saya pun mulai paham lah kenapa dia cuma nk 1 mekap je for 2 occassion. Lepas nikah terus reception and makan2 dgn tetamu n take photo for happy moments... kot lah.. tak menanya.. assume je. Tak baik tya banyak2 nanti orang menyampah. tapi kalau my customer bercerita, saya tadah je la telinga mendengar... Kiki ni wanita tabah.. rasanya cukup lah saya dan org sekelilingnya yg tahu ketabahannya..
Masa duk dia bercerita pasal diri dia tu, sempat gak dia interview saya sket... then agaknya baru lah dia realise that I AM Older than her.. heheh .. tak lama lepas tu.. berkakak ajer lah dia panggil saya.. heheh i told u Kiki.. akak ni kertu dah.
So ucapan utk Kiki semoga perkahwinan ini menjadi yg terakhir buat kamoooo dgn penuh kebahagiaan dan aman damai sehingga ke akhir hayat kamu berdua suami isteri. amiinn.

Kiki selepas makeup
 
Kiki before makeup