Makeup Class with G Club at Hotel Royal Bintang D Curve

Appointment dengan G-Club ni dh lama di buat. Kadang-kadang tertunda date sebab kesibukan masing2 termasuk saya. Mereka ni kumpulan G-Club ni request buat weekend, manakala weekend adalah saat terbusy saya selalunya.. Akhirnya, satu date finalise, untuk organise class makeup bersama mereka. Makanya hari itu adalah hari terbusy sedunia saya. Seawal 6.30 pagi saya mekap untuk 2 orang model, yang bakal bertemu PM kita untuk satu acara perasmian..(dh lupa PM rasmikan apa kt PWTC tu huhuhu) kemudian mekap bertunang dan seterusnya ke kelas kumpulan G-Club ni.
Sebaik saya berjumpa dengan diaorg ni saya tanya.. apa maksud G-Club ni? sebab kedengarannya sangat eksotik namanya.. cam G-string pulak... hahahhaha. Sori G-Club. Di akhir artikel akan saya reveal apakah G-Club ni ye..
anyway.. makeup class bersama mereka sangat fun.. so much fun!!! 2 daripada ahli kumpulan mereka ni adalah ex-stewardess from Malaysia Airline. Seronoklah saya sbb saya pun stewradess pencen cam diaorg. Dan dari situ dh ice-breaking. Sbnrnya tak perlu ice breaking pun sbb diaorg sgt ramah tamah dan sgt fun!
So di Suite Hotel Royal ni.. kami pun sharing info n knowledge abt makeup n beauty.
Ini lah G-Club member... gmbr selepas mereka makeup... glowing2 kan. Mereka di ajar juga cara2 memakai bulu mata palsu. Juga cara nak bagi glow di wajah seperti cahaya keimanan.. gitew.. heheheh. memamg beriman mereka ni, sebab bila masuk waktu solat, mesti diaorg solat dulu. Mana yang dh amik wuduk, kena tahan kentut.. sehingga masuk waktu solat.

Ini antara barang2 makeup ahli kumpulan G-Club. Segan saya dibuatnya menengok (wrong words of bahasa) product2 mekap yang mereka gunakan. Dior lah, Laura Mercier lah, Estee lauder lah, Mac, Urban, stila.. bla blabla...
Tapi masalahnya mereka ni.. barang memang mahal bukan main.. tp mekap tu semua di perap lama tak berusik. Ada yang sampai 2 tahun pun ader terperap... sampai packaging lama dh tukar pacakging baru!! barang dia masih cantik tak terusik... Mereka sangat suka bercantik2 tapi tak reti dan takut2 nak gunakan mekap tu di wajah. Tu yang jadi pekasam barang2 mekap tu.

takpe.. saya boleh tolong ajar dan bagi panduan setakat mana yang saya tau berdasarkan pengalaman saya kan...ini sewaktu sessi mekap diri sendiri bermula... semua happy sbb finally dapat sapu foundation di wajah setelah mendengar bebelan yang agak lama dari saya.. heheh.

Tenyeh foundation bagi rata ok..

sorang ni dh siap... leh antar gmbr kt hubby. ada pulak hubby yang jawab... kenyang tak makeup tu.. hahahaha. (gmbr ni gelap sbb flash tetiba mogok)

tak puas hati tgk cermin kecik.. pegi toilet pulak...

bergambar adalah priority... diaorg mmg suka bergmbr especially aftr makeup.

gelagat mcm kanak2 5 tahun.. tapi mereka2 ni semua ibu kepada anak2 kembar ye... opps.. yess.. they all taken. Isteri2 yang mithali.. insyaAllah.

So G-Club... tq so much for the opportunity to share a bit abt makeup with u olls and insyaAllah,atas permintaan mereka lagi, sessi kedua makeup class akan diadakan pada bulan 12 ini.
What is G-Club means? Seseuai sangat dengan diaorg maknanya.. iaitu.. Gossip Club. mak-mak orang gorgeous yg suka bergossip. U olls.....

Ulasan