Memula kenal Izni ni orangnya sangat polite dan sopan santun. Pastu kalau dia bercakap sgt berhati2 sebab takut menyakitkan hati orang lain agaknya. Orangnya tinggi lampai dan setiap kali saya berjumpa dia, saya kata.. "akak nak makeup awak la one day" .. Dia akan senyum dan menolak dengan baik, alasannya dia bukan model pun nak di makeupkan.
Pastu lamaaaaaa sangat saya tak berhubungan dengan Izni, tak berjumpa.. bukan sebab merajuk dia tak bg mekap muka dia tapi sebab kerja. Bukan saya yang sibuk.. tapi Izni yang sibuk. hehehe.
Sehinggala satu hari tu, tetiba dia contact saya minta saya makeup dia untuk bertunang. Alhamdullillah rezeki dan finally saya dapat mekap muka dia..yak yak yeay!
Izni sebelum makeup..
eh ader Jalil Hamid la.. saya sefamily suka betul dengan Jalil Hamid ni... Dia kalau berlakon best.. berlakon kelakar mmg dah best.. dia buat muka je pun dh nak ketawa.. apatah lagi bila dia berdialog. Berlakon drama tak kelakar pun best.. nyanyi pun best...tak sangka jupe dia lah..Memang tak sangka. Semuanya bermula bila saya tanya kt Izni.."mak awak mana Izni?" . Dia pun tunjuk kat satu wanita yang pertengahan usia yang sgt manis dan lawa... Kena tengok live mak Izni ni. memang cantik!! Saya spontan terus kata.. " cantiknya mak awak Izni" Izni buat muka sket dan dengan nada bergurau dia cakap .." tu lah nape lah saya tak ikut muka mak saya.. ni ayah la ni.." pastu dia ketawa2. Jahat tauuu..huhuh. Saya tya mana ayah awak, dia pun jerit.. ayah ni kakak yang nk mekap nanti.. ..
sekali ropernya pak Jalil Hamid is the fatherrrrrrrrr. Izni tya saya.. akak tak tau ke ayah saya siapa? saya jawab - tak tau puunnngggg.... tau nama penuh Izni - Nurul Izni A.Jalil.. tapi mana le kita tau Jalil tu ialah Jalil Hamid. kan kan kan...
Anyway.. i have a very gud time at her place. Saya di paksa makan kue tiau yang lazat yang banyaaaaakkkkk sangat kerang dan udang di dalamnya. Ayah dia sudah "chartered" penggoreng kue tiaw dari JB tu.. pastu dia paksa mkn semua makanan yang ada .. baru bole balik. Sebenarnya kalau ikutkan saya memang nak terus balik lepas makeup. Tapi disebabkan saya ni orang kampung yg jakun jupe artis... hehehe nak jugak2 bergambar dengan Jalil Hamid. Nak jeleskan adik2 dan mak ayah..hahahaha. So sanggup tunggu pak Jalil Hamid abis melayan tetamunya sambil saya menjamu selera makanan yang sedap2 kt situ. Nasib baik ader adik2 dan sepupu dia yg sangat rajin melayan saya.
yeayyyy.. dpt gmbr dengan Jalil Hamid. Sebelah tu mak Izni yang lawa.
(Izni kata.. sebab tu lah ayah sayang sangat mak )
Terimakasih Izni...<3 p="p">
3>
Ulasan
Catat Ulasan