nuffnang ads

Jumaat, 29 Jun 2012

Makeup Fyza for Festival Filem & Video ke 9

Makeup untuk fyza .. lagi...hehehe. Tq dear sudi panggil akk lagi utk makeup.

Kali ni buat makeup je.. rambut Fyza buat kt saloon. So selepas makeup tu sempat bergambr kt taman di kawasan kondo Fyza.. lepas bergmbr2 baru gi saloon.


pic credit to MIG online

pic credit to MIG online



Khamis, 28 Jun 2012

Ili Bertunang

pendek je nama customer kali ni Ili... heheh . orangnya sweet sangat dan lemah lembut..
Makeupkan dia untuk Majlis pertunangannya.. Tq Ili menggunakn khidmat akak... semoga ikatan pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. insyaAllah..amin...

Ili selepas makeup

Sblm makeup

bersama2 rakan..


Selasa, 26 Jun 2012

Alise Ismail in ENF online Magazine

Terkini hasil makeup saya dipaparkan di ENF online magazine. Artis yang low profile ni, Alise Ismail adalah asalnya seorang penyanyi yang pandai bermain violin. Tapi entah kenapa kan... rezeki dia lebih terarah dalam bidang lakonan. Saya kenali dia bila dia mula2 sekali inbox saya di facebook dan minta khidmat makeup dari saya. Orangnya sangat humble dan suka bercakap.  Lama kelamaan kami semakin rapat dan dia selalu minta saya makeupkan dia untuk majlis2 tertentu dan photoshoot. Gmbr2 didalam ENF online magazine ini adalah dari lensa Wan Zuraidi Images. Anda bole layari ENF online June issue.  Gambr depan , Nasha Aziz.



dibawah adalah antara hasil2 makeup saya ke atas Alise Ismail.









Isnin, 25 Jun 2012

Evon Tan, Ashikin Abdullah and Me

Tetiba rasa nk keluarkan gambar2 Evon Tan, supermodel ni..yang pernah saya makeupkan dulu. First time met her when the talented lady photographer Ashikin Abdullah called me to do makeup on Evon ni. Sgt humble orangnya Evon ni... My daughter call her kakak Sushi... hehe. Kebanyakan gambr saya dengan Evon ni diambil oleh Ashikin Abdullah.. Saya pun suka jugak gambar2 yang Ashikin hasilkan ni..dia sgt pandai manupulatif gmbr...Banyak kali juga bekerja dgn Ashikin ni. sempoi je.
Layan je lah gmbr 2 di bawah ni ye...

this is my favourite makeup ever on her... base on sejarah geisha. siap buat research on how the geisha suppose to makeup. the details of geisha accessories's hair pun ada maknanya. Ini adalah second makeup project yang paling saya suka. (the first one is "mahsuri'). Di belakang bahu geisha tu ada details makeup.. sbb geisha ni kena makeup sampai ke bahu.. tp x nmpk la pulak dalam gambar.. Gmbr ni diambil oleh talented Ashikin Abdullah.

manipulatif pic by Ashikin.... cantik kaaannnnn

 Omel n kak "sushi' selamba je dia bergayut camtu kt Evon. Ashikin yang berbunga kuning di telinga. yg lain2 tu dari kiri, wife Din, Din, Imran, Ina dan abam Roy.

yg ni sewaktu shoot utk project black n white... bersama sifu photography.. abg Man.

Project black and white picture



my first time makeup on Evon







Khamis, 21 Jun 2012

Makeup Fyza Kadir for preview Filem X

Untuk makeup Fyza kali ini... saya tidak mengenakan eyeliner bawah mata. Hanya eyeliner tebal atas mata dan eyeshadow colour orange gold dari Inglot dan sedikit chocolate dari Bobbi Brown.




Selasa, 19 Jun 2012

Video pengantin Doktor Qamar..

Saya saja keluarkan video ni sbb nak banding kang antara gambar dan video...
Sedaya mungkin saya cuba supaya setiap customer saya mendapat hasil makeup yang cantik di luar gmbr mahupun dalam gambar. InsyaAllah.
Untuk lihat gmbr2 Doktor Qamar , sila klik link ini - Doktor Nurul Qamar

Credit this video to Shakir Mohammad . TQ

Violet Tan sila buat bayaran.

Saya kali ni terpanggil nak buat entry pasal payment yang tak di bayar...
Sy buat entry ni sbb salah seorang kawan makeup artis saya paymentnya tak di bayar2 lagi dan dia dah keluh kesah dgn saya. Yang membuatkan saya tak senang duduk jugak sbb, saya yang rekemen dia kt client. Rasa bersalah pulak walaupun penglibatan saya hya 0.01% je.
Bila mcm ni saya teringat kes saya yang mana client tak byr paymt. Kiter dh makeup dia elok2.. drive mengharungi kesesakan lalulintas nak ke tempat dia.. tunggu dia lagi selama hampir stgh jam kerana dia tak sampai lg di tempat yg dijanjikan... alih2 dia tak bayar2 lagi perkhidmatan tulus ikhlas yg saya berikan. Dh 6 bulan nak masuk 7 bulan dh ni. kalau orang mengandung dh nk terberanak tapi duit tak dpat2 lagi. Dan yang paling indah sekali.. saya tak tau nama sebenarnya dan nama FB nya hya lah Violet Tan. Tp dah takde dh muka dia dgn nama Violet Tan tu di FB huhuh. Violet ni orang melayu so jgn lah pembaca salah anggap pulak dgn namanya tu. Bekerja di Standard Chartered Customer service department di PJ. So kepada yang empunya diri..kalau rasa-rasa tak mahu berhujah di 'sana' nanti silalah buat pembayaran. Apa yg saya berikan adalah ikhlas dan saya harap anda ikhlas dgn saya dan jgn mengelak utk membayar.
So di sini saya nk jugak share tips dan panduan untuk kawan2 yang lain atau sesiapa sahaja yang mencari rezeki halal dgn menawarkan perkhidmatan spt makeup, menjahit, catering atau apa sahaja yang penting kiter ni ikhlas 101% dan jujur bila berurusniaga. (jgn la pulak makeup guna brg MAC yg jual kt uptown/downtown tp charge mekap sampai 900 hengget!. atau guna eyeshadow Urban Decay katanya... tapi beli yg ciplak...dan bila charge customer.. nauzubillah. Legend makeup artist pun kalah)

Ok tips sempoi utk sharing is caring..



1) Deposit 

Sebarang urus niaga mestilah ada deposit. Tak kira walaupun hya RM1. Biar lah client/customer complaint .. yang penting anda bersedia menghadapi kemungkinan dia tak byr. At least anda kerugian sedikit. Better ada sikit dari takde langsung. Kesilapan saya dengan Violet Tan itu ialah saya tidak mengambil sebarang deposit. Selain daripada itu, deposit juga berfungsi sebagai tanda yang anda sudah komited dgn job dari client/customer so anda perlu blocked date dan time requested from client dan JANGAN ada pertindihan waktu dgn job lain. Deposit ini sbnrnya membantu untk ke dua belah pihak - iaitu kita yang menawarkan perkhidmatan dengan customer yang memerlukan perkhidmatan. Customer rasa secured sbb kiter dh blocked date khas utk mekap dia, dan kiter pulak tak rugi menolak job lain sbb kiter dh secured 'gaji' kiter utk date yg dah di blocked tu. InsyaAllah.


2) Reminder


Jangan malu untuk ingatkan customer tentang baki payment sebelum kiter start makeup dia. Anda boleh sms customer sebelum sampai di location makeup. Gunakan ayat yang berhemah dan tidak menyinggung perasaan customer seperti - " this is gentle reminder- your bal pymt ada lagi RMxx. Tq. and see u soon :)"  Ataupun sebelum start makeup tu anda bole remind kan dia tentang bayaran seperti ayat ini ;- " Minta maaf ye, sebelum saya start makeup ni harap baki byrn utk saya dh disediakan. Takut nanti dah lepas mekap dah sibuk nak bergambar/bersanding/ pengantin laki dh sampai bla blabla etc.. masing2 terlupa pula psl pymt."
Kalau dah abis mekap pun customer buat dek je tak bayar... beri dia masa .. anda mungkin bole lengah2kan mengemas barang2 makeup anda. Tunggu sehingga customer beri baki bayaran. Kalau anda mekap pengantin, sampai dia bersanding pun dia tak hand over pymt tu, anda bole bisik ke pengapit atau sesiapa sahaja yang rapat dengan pengantin. Kadang2 mereka bukan sengaja tak nak bayar tapi terlupa sbb dh excited menghadapi hari bahagia.
Alhamdullillah customer pengantin saya semua aware dan prihatin. Bayaran tepat dan cepat malah dapat doorgift lagi... Terimakasih anda semua.


3) Resit/Receipt

Resit sangat membantu dalam sebarang urusniaga. Ia adalah prove of sale. Seorang kawan saya Adhadi Mohd dan suami saya pernah menyarankan betapa pentingnya resit ini. Sadly to say saya tidak 100 % mengikut saranan mereka. Resit saya keluarkan bila saya deal dgn corporate client sahaja! Dan hanya seoarng customer pengantin sahaja iaitu cik Dalila from setiawan perak yang pernah request resit dari saya (i hope she read this and i'm very grateful when she asked for the receipt). So far itu sahaja fungsi resit dalam urusniaga saya. Sad kan?? Selepas entry ini saya mmg bernekad akan menggunakan 100% resit dalam sebarang urusniaga makeup saya.
Kenapa resit ini penting?
1) ia adalah document black and white detailed tentang proses pembayaran di antara anda dan customer. seperti :- total bayaran, deposit, tarikh pembayaran deposit, balance dan sebagainya.

2) ia bole di jadikan bukti jika terjadinya court case...mungkin jika kita berurusan dengan corporate client yang melibatkan ribuan ringgit. atau bila kita bekerja dengan production yang handle projek drama, filem, commercial etc. (pernah terjadi artis dan karyawan tidak di byr ..sian diaorg)

3) Jika anda segan nk bg reminder thru sms atau segan nk buka mulut ingatkan customer... lepas makeup.. bagi je lah receipt byran kat customer. abis cerita. Mesti pengantin/customer paham dan cepat2 byr kat anda ...

4) Details Tentang Customer

Amat penting untuk kita tahu details customer kiter seperti nama sebenar customer kiter, contact number, di mana dia tinggal atau di mana dia bekerja dan lain2 lagi yang anda rasakan perlu. Bila terjadi pembayaran tidak dilakukan, anda boleh follow up berpandukan info dan detail yang anda ada.
Nama sebenar dan contact number anda bole dapatkan sewaktu mula2 customer contact anda untk bertanyakan makeup service yang anda tawarkan. Selalunya customer akan berhubungan dengan saya melalui email dan selepas pembayran deposit dilakukan barulah kami bertukar2 contact number. Detail lain seperti tmpt kerja dsbnya anda bole dapatkan sewaktu proses makeup berjalan. Kiter bole bersembang2 santai dengan customer.. tetapi awas, jgn sembang melampau sangat sbb ada setgh customer tak suka makeup artis yang byk sgt berckp macam ahli mesyuarat tingkap!



5) Ikhlas dan Jujur

muka cartoon jujur la sannnggggaatttt!!!... heheheh
Sifat ikhlas dan jujur ni penting. customer bole nampak bila kita bekerja dan bila kita bercakap. Dan selalunya orang yang jujur dan ikhlas akan dapat customer yang jujur dan ikhlas jugak. InsyaAllah. Eh tapi saya pun tak di byr wpun saya jujur dan ikhlas makeup..camna tu???  Haaa itu anggaplah dugaan dan ujian dariNya. Supaya kita tak leka dan sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Ataupun kita ni terlupa bayar zakat...so Allah tarik cara lain lah kot..(heheh pandai je ... itu reminder saya ke atas diri sendiri sebnrnya).


Rasanya itu sahaja yang bole saya sharing is caring... Saya berharap bole dijadikan panduan kepada mereka yang baru dlm bidang makeup ni.
TQ kepada yang sudi membaca...




Isnin, 18 Jun 2012

Pengantin Termuda - Latipah Kamaruddin

Selamat Pengantin Baru kepada pengantin 'termuda' yang pernah saya makeupkan...  Pengantin ni berumur 49 tahun semasa akad nikahnya yang bertarikh 15/6/2012 yang lalu. Ini adalah perkahwinan pertamanya dan kami semua teruja dan terharu sbb akhirnya kak tipah bertemu jodohnya... Gambr tak banyak yang dapat di share kerana kami lebih banyak bercerita dan bergurau senda sepanjang proses makeup. Makeup orang 'muda' ni rasa sangat mencabar sbb kulit dah semakin 'remaja'. Tetapi kak Tipah sangat cool. Dia siap kata..." mcm tak caya nak kawin... mcm main2 je, main mekap2 ..."
hehehe kan. iyer lah kita kena percaya pada qada dan qadar dan ketentuan dr Allah. Jodoh pertemuan semua di tanganNya.
Semoga perkahwinan kak Tipah ini kekal dan bahagia berpanjangan sehingga ke akhir hayat. Happy sangat for u.
layan gmbr2 kami di bwh ...
Kak tipah - dengan makeup reception

kak tipah sebelum makeup di samping anak sedara tersayang.. wana. Tq wana yang searching akak utk makeup makciknya yang tersayang tu.. kak tipah.

me and kak tipah selepas solekan untuk nikah...

the next day makeup reception... me, meng interframe lagi... heheh

sibuk naw asyik telefon berdering .....

Selasa, 12 Jun 2012

Zulaikha dalam Pancaindera

Si manis dari JB.. baik dan ramah orangnya...simple je shoot utk dia di studio Utusan Malaysia... gaya casual... sesuai utk Zulaikha...

Zulaikha before makeup...





Isnin, 11 Jun 2012

Doktor Jauda dan Doktor Nabil bersanding..

entry makeup pengantin kali ni mungkin agak panjang dan gmbr pun banyak... sbb kedua2 mempelai yang bergelar doktor ni ada cerita yang sangat sweet dan patut di contohi.. (kalau boleh lah... x paksa pun .. sekadar berkongsi cerita..)


ni Jauda before makeup dia req nk makeup natural sgt2... tak mau usik kening, tak mau bulu mata pelesu.. sumer tak mau... so sambil makeup tu berbual lah.. dan Jauda ni pun mmg peramah dan suka tersenyum.
Saya suka bertanya mcmana leh jupe husband ni.. sbb ada stgh2 pengantin berjupe melalui Fb, twitter dll... ada yg jadi pengapit dan jatuh cinta ..dan yang paling popular bercinta semasa belajar di U. So Jauda ni tak terkecuali lah berjupe di U. Tetapi yang uniknya mereka ni bercinta melalui orang tengah. Mereka tak pernah keluar berdating berdua, tak pernah makan bersama berdua kt kampus..kalau nk sampai kan message atau apa2 semua melalui orang tengah...Yang paling pentingnya.. Nabil si suami approach ayah Jauda dulu untuk minta izin mengenali Jauda dgn lebih dekat. Si Ayah pun kata... sebaik2nya abiskan pelajaran dulu baru bina ikatan. so sepanjang diaorg ni belajar.. patuh pulak dgn nasihat orang tua.. tak berdating. Hanya bertukar senyum dari jauh. alo lo lolooo... comeyyyy sangat.
Mmg nampak sgt ketara mereka ni berdating selepas bernikah... sbb sepanjang bersama mereka.. tangan mereka saling berpegangan. tak payah di suruh2. Tgk cam gmbr kt bawah ni

tgn mmg tak lepas2....

Islamic sangat perhubungan mereka sebelum bernikah kan... Alhamdullillah dan semoga mereka dikurniakan zuriat yang comel dan soleh, solehah.. amin.
Layan je lah gambar2 mereka di bawah ni.


makeup sesimple and senatural mungkin requested by Doktor Jauda. No eyebrow trimming, no fake eyelashes. Eyeshadow guna Naked pallete urban Decay. Eyeliner nipis atas dan bawah mata. sedikit highlight di corner mata. Blusher pale pink dan naked pink utk lipstick...

sessi photoshoot

pengantin yang suka tersenyum

walaupun pandang arah yang berlainan... still masing2 tersenyum

senyum lagi....

mmg murah dengan senyuman kedua mempelai ni




nak bersuap2an kek pun masih tersenyum.... hai laahhh...