Violet Tan sila buat bayaran.

Saya kali ni terpanggil nak buat entry pasal payment yang tak di bayar...
Sy buat entry ni sbb salah seorang kawan makeup artis saya paymentnya tak di bayar2 lagi dan dia dah keluh kesah dgn saya. Yang membuatkan saya tak senang duduk jugak sbb, saya yang rekemen dia kt client. Rasa bersalah pulak walaupun penglibatan saya hya 0.01% je.
Bila mcm ni saya teringat kes saya yang mana client tak byr paymt. Kiter dh makeup dia elok2.. drive mengharungi kesesakan lalulintas nak ke tempat dia.. tunggu dia lagi selama hampir stgh jam kerana dia tak sampai lg di tempat yg dijanjikan... alih2 dia tak bayar2 lagi perkhidmatan tulus ikhlas yg saya berikan. Dh 6 bulan nak masuk 7 bulan dh ni. kalau orang mengandung dh nk terberanak tapi duit tak dpat2 lagi. Dan yang paling indah sekali.. saya tak tau nama sebenarnya dan nama FB nya hya lah Violet Tan. Tp dah takde dh muka dia dgn nama Violet Tan tu di FB huhuh. Violet ni orang melayu so jgn lah pembaca salah anggap pulak dgn namanya tu. Bekerja di Standard Chartered Customer service department di PJ. So kepada yang empunya diri..kalau rasa-rasa tak mahu berhujah di 'sana' nanti silalah buat pembayaran. Apa yg saya berikan adalah ikhlas dan saya harap anda ikhlas dgn saya dan jgn mengelak utk membayar.
So di sini saya nk jugak share tips dan panduan untuk kawan2 yang lain atau sesiapa sahaja yang mencari rezeki halal dgn menawarkan perkhidmatan spt makeup, menjahit, catering atau apa sahaja yang penting kiter ni ikhlas 101% dan jujur bila berurusniaga. (jgn la pulak makeup guna brg MAC yg jual kt uptown/downtown tp charge mekap sampai 900 hengget!. atau guna eyeshadow Urban Decay katanya... tapi beli yg ciplak...dan bila charge customer.. nauzubillah. Legend makeup artist pun kalah)

Ok tips sempoi utk sharing is caring..



1) Deposit 

Sebarang urus niaga mestilah ada deposit. Tak kira walaupun hya RM1. Biar lah client/customer complaint .. yang penting anda bersedia menghadapi kemungkinan dia tak byr. At least anda kerugian sedikit. Better ada sikit dari takde langsung. Kesilapan saya dengan Violet Tan itu ialah saya tidak mengambil sebarang deposit. Selain daripada itu, deposit juga berfungsi sebagai tanda yang anda sudah komited dgn job dari client/customer so anda perlu blocked date dan time requested from client dan JANGAN ada pertindihan waktu dgn job lain. Deposit ini sbnrnya membantu untk ke dua belah pihak - iaitu kita yang menawarkan perkhidmatan dengan customer yang memerlukan perkhidmatan. Customer rasa secured sbb kiter dh blocked date khas utk mekap dia, dan kiter pulak tak rugi menolak job lain sbb kiter dh secured 'gaji' kiter utk date yg dah di blocked tu. InsyaAllah.


2) Reminder


Jangan malu untuk ingatkan customer tentang baki payment sebelum kiter start makeup dia. Anda boleh sms customer sebelum sampai di location makeup. Gunakan ayat yang berhemah dan tidak menyinggung perasaan customer seperti - " this is gentle reminder- your bal pymt ada lagi RMxx. Tq. and see u soon :)"  Ataupun sebelum start makeup tu anda bole remind kan dia tentang bayaran seperti ayat ini ;- " Minta maaf ye, sebelum saya start makeup ni harap baki byrn utk saya dh disediakan. Takut nanti dah lepas mekap dah sibuk nak bergambar/bersanding/ pengantin laki dh sampai bla blabla etc.. masing2 terlupa pula psl pymt."
Kalau dah abis mekap pun customer buat dek je tak bayar... beri dia masa .. anda mungkin bole lengah2kan mengemas barang2 makeup anda. Tunggu sehingga customer beri baki bayaran. Kalau anda mekap pengantin, sampai dia bersanding pun dia tak hand over pymt tu, anda bole bisik ke pengapit atau sesiapa sahaja yang rapat dengan pengantin. Kadang2 mereka bukan sengaja tak nak bayar tapi terlupa sbb dh excited menghadapi hari bahagia.
Alhamdullillah customer pengantin saya semua aware dan prihatin. Bayaran tepat dan cepat malah dapat doorgift lagi... Terimakasih anda semua.


3) Resit/Receipt

Resit sangat membantu dalam sebarang urusniaga. Ia adalah prove of sale. Seorang kawan saya Adhadi Mohd dan suami saya pernah menyarankan betapa pentingnya resit ini. Sadly to say saya tidak 100 % mengikut saranan mereka. Resit saya keluarkan bila saya deal dgn corporate client sahaja! Dan hanya seoarng customer pengantin sahaja iaitu cik Dalila from setiawan perak yang pernah request resit dari saya (i hope she read this and i'm very grateful when she asked for the receipt). So far itu sahaja fungsi resit dalam urusniaga saya. Sad kan?? Selepas entry ini saya mmg bernekad akan menggunakan 100% resit dalam sebarang urusniaga makeup saya.
Kenapa resit ini penting?
1) ia adalah document black and white detailed tentang proses pembayaran di antara anda dan customer. seperti :- total bayaran, deposit, tarikh pembayaran deposit, balance dan sebagainya.

2) ia bole di jadikan bukti jika terjadinya court case...mungkin jika kita berurusan dengan corporate client yang melibatkan ribuan ringgit. atau bila kita bekerja dengan production yang handle projek drama, filem, commercial etc. (pernah terjadi artis dan karyawan tidak di byr ..sian diaorg)

3) Jika anda segan nk bg reminder thru sms atau segan nk buka mulut ingatkan customer... lepas makeup.. bagi je lah receipt byran kat customer. abis cerita. Mesti pengantin/customer paham dan cepat2 byr kat anda ...

4) Details Tentang Customer

Amat penting untuk kita tahu details customer kiter seperti nama sebenar customer kiter, contact number, di mana dia tinggal atau di mana dia bekerja dan lain2 lagi yang anda rasakan perlu. Bila terjadi pembayaran tidak dilakukan, anda boleh follow up berpandukan info dan detail yang anda ada.
Nama sebenar dan contact number anda bole dapatkan sewaktu mula2 customer contact anda untk bertanyakan makeup service yang anda tawarkan. Selalunya customer akan berhubungan dengan saya melalui email dan selepas pembayran deposit dilakukan barulah kami bertukar2 contact number. Detail lain seperti tmpt kerja dsbnya anda bole dapatkan sewaktu proses makeup berjalan. Kiter bole bersembang2 santai dengan customer.. tetapi awas, jgn sembang melampau sangat sbb ada setgh customer tak suka makeup artis yang byk sgt berckp macam ahli mesyuarat tingkap!



5) Ikhlas dan Jujur

muka cartoon jujur la sannnggggaatttt!!!... heheheh
Sifat ikhlas dan jujur ni penting. customer bole nampak bila kita bekerja dan bila kita bercakap. Dan selalunya orang yang jujur dan ikhlas akan dapat customer yang jujur dan ikhlas jugak. InsyaAllah. Eh tapi saya pun tak di byr wpun saya jujur dan ikhlas makeup..camna tu???  Haaa itu anggaplah dugaan dan ujian dariNya. Supaya kita tak leka dan sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Ataupun kita ni terlupa bayar zakat...so Allah tarik cara lain lah kot..(heheh pandai je ... itu reminder saya ke atas diri sendiri sebnrnya).


Rasanya itu sahaja yang bole saya sharing is caring... Saya berharap bole dijadikan panduan kepada mereka yang baru dlm bidang makeup ni.
TQ kepada yang sudi membaca...




Ulasan

  1. hadoi kak..ade lagi kes ke..sila la bayar..awak nk muke santek..tp payment tanak bayo..camne tu..kalau rasa nk yg simple2 je, g make up sendiri..ni tak, muka nk macam siti nurhaliza, tp payment tamao bayar! - ok.sy marah sbb moody :)
    Nissa Kawaii

    BalasPadam
  2. bagus k.ann.....tips yg sgt berguna....
    sedih juga masih ada jugak org yg suka mengambil kesempatan t'hadap org lain...

    BalasPadam
  3. Nissa... sabar ye...jgn moody nanti ilang kecomelan awak...
    tanpa nama : takpe ujian dari Allah tu....

    BalasPadam
  4. Barang makan pun sesetgh org ni boleh buat main2 nak bayo..apa lg yg tepek aje..penat rasanya kannn,

    BalasPadam
  5. ye ke ijan?... huhuh... susah kan bisnes ni... tp asalkan kita jujur dan ikhlas sudah lah...

    BalasPadam

Catat Ulasan