nuffnang ads

Khamis, 27 Januari 2011

Pramugari Pencen Terlampau??

Hi bloggers semua,
Annasha nk share pengalaman bekerja yang paling indah dan terhebat pernah saya alami. Pada saya..that is the best job ever.. Kalau tidak kerana kesayangan dan permata hati saya Omel mungkin saya masih berterbangan di angkasa. Bersarapan pagi di Dubai, makan tengahari di New York dan merasai kesibukan Times Squares NY. Ataupun masih berpakaian kebaya ketat biru sambil menghidang juadah untuk penumpang atau melayan bangla2 mewah (sbb depa naik kapal terbang..mewah la tu) yang memakai cermin mata gelap dengan tanda harga yang belum dibuang...heheh. Dan sesungguhnya saya merindui hotel2 bertaraf beberapa bintang dgn kegebuan tilam dan bantal di dalam bilik 'suhu mengantuk'. (fav hotel..Dubai..) . Juga rindu akan asap2 yg berkepul keluar dari mulut bila bersuara di waktu musim sejuk..kaki yang ditenggelami  salji memutih gebu di pergunungan alps zurich...Tidak lupa mencuci mata melihat para sahabat yang sama bekerja di awan biru, rata2 hensem dan jelita..pilot jgn lupa..hotzzz..(kalau yg hotzz la..ada juga yg pecah rumah , dh la perangai pun pecah pinggan ..aduhai)...kenangan ni semua menggamit saya dgn kuatnya lebih2 lagi bila saya terbaca blog hafiz joe bombe ni. Just to share with all of u something yang saya pinjam dari Hafiz Joe Bombe ni.. enjoy :)

YOU KNOW YOU'RE A FLIGHT ATTENDANT IF...


1. You can eat a 4 course meal standing at the kitchen counter.

2. You search for a button to flush the toilet

3. You look for the "crew line" at the grocery store

4. You can pack for a 2 week trip in 1 roll-aboard

5. All of your pens have different hotel names on them

6. You NEVER unpack

7. You can recognize pilots by the backs of their heads-but not by their faces

8. You can tell from 70 yards away if a piece of luggage will fit in the overhead bin

9. You care about the local news in a city three states away

10. You can speak thank you in more than 5 languages

11. You know at least 25 uses for air sickness bags-none of which pertain to vomit

12 you understand and actually use the 24-hour clock

13. You own 2 sets of uniforms: fat and thin

14. You are not actually aware of the day (if its mon,tues etc..)

15. You get excited every last week of the month because rosters will be out

16. Your wallet is filled up with different currencies

17. You stand at the front door and politely say "Buh-bye, thanks, have a nice day" when someone leaves your home

18. You can make a sentence using all of the following phrases:

"At this time, " "For your safety, " "Feel free, " and "As a reminder"

19. You actually understand the sense of using a dual time watch.

20. You stop and inspect every fire extinguisher you pass, just to make sure the "gauge is in the green"

21. Your thighs are covered in bruises from armrests and elbows

22. You wake up and have to look at the hotel stationery to figure out where you are

23. You refer to cities by their airport codes

24. Every time the doorbell rings you look at the ceiling.

25. You actually understand every item on this list

Nice one kan...



 kt bawah ni gmbr2 pramugari pencen yang TERLAMPAU RINDU...dgn life aviationnya..(esh korang kan mesti ingat gmbr2 terlampau apa kan...)

AnnaSha kt cockpit. sebelum pilot dtg kita bantai gambar dulu

kt hotel di Manchester..musim sejuk masa ni..cakap pun asap kepul2 keluar dr mulut...jakun sat..

di akhir2 karier sebagai stewardess tukar airline pulak..


sempat sambar Brad pit bergambar...heheh

 simbol cinta agung - Taj Mahal

Itu peluk2 tu dh tawen tauuu....di kaki pergunungan Alps

x kan x tau kot...


ni pun dh tawenn....

Terimakasih kepada Hafiz Joe Bombe kerana saya pinjam gmbr galley dan entry dia yg bertajuk
YOU KNOW YOU'RE A FLIGHT ATTENDANT IF...




Selasa, 25 Januari 2011

Maria Elena is Greek Helen??

Siapa ituuuuu..??? Ari ni sementara nak tunggu time sampai untuk gi mekap..sy browsing2 la tenet ni...sekali terjumpa blog si maria ni . Yang membuatkan saya tertarik dgn blog ni ialah ..entah lah..seronok baca blog dia.. ada aura ..seperti kalau baca blog si jumie2 tu.. but of course two different things about their blog..yang sorng ni sangat menikmati zaman remajanya dan tak jelak or nyampah utk terus membaca. Yang jumie lak..well you know..tp i like both blogs ni.. cuba la baca cam best je tau....dua2 blog ni kalau baca boleh tergelak sorg2..mmm nk tulis panjang lagi..tp dh time nk gi mekap kt grand dorset subang... mana tu?? GPS la apa lagi...nanti sembang lagi la bloggers sekelian.. daaa.


gmbr ni xde kena mengena pun dgn entry di atas..cuma saya sukaaaa sgt muka minah ni dan lagu2 dia.. wish can makeup her one day...will I or can I or in your dreammmmmsss la AnnaSha! huhhuhu

Leeya Deen again

This pics was taken on 21st Jan 2011 by photograher Chan Kok Leong. Makeup by AnnaSha
model the gorgeous Leeya Deen.




Jumaat, 21 Januari 2011

Satu cerita.......

Seperti trend sekarang, seorang lelaki bergelar suami berlaku curang terhadap isterinya. Usahlah bercerita tentang suami yang mencipta alasan sang isteri tidak mampu melayan kehendak batinnya kerana si isteri terlantar sakit ataupun di diaognase dengan penyakit kronik, malah ada si isteri yang masih sihat dan bergetah pun di curangi si suami. Tetapi bila memperkatakan perkataan curang ini, sebenarnya pihak isteri pun tidak terlepas dari melaluinya. Segalanya terletak kepada individu itu dan bukan gender, dalamnya iman seseorang itu dan ketebalan kasih sayang cinta terhadap pasangannya.

Seorang suami diuji dugaan hebat tatkala umurnya belum pun mencecah 50 tahun. Umur 40 an bagi seorang lelaki yang dikatakan life begins at 40. Segalanya sudah hebat dan terjamin. Si suami ini mendapat berita isterinya mendapat serangan stroke. Si isteri jatuh di bilik air dan tidak dapat bergerak langsung. Si suami tergesa-gesa pulang ke rumah dari tempat kerjanya untuk melihat isterinya. Segera dia membawa isterinya ke hospital dan doktor mengesahkan isterinya terkena stroke kerana tekanan darahnya sangat tinggi. Doktor juga meramalkan si isteri mungkin tidak dapat menggerakkan sebelah badannya. Si suami hanya mengangguk –ngangguk mendengar kata-kata dari doktor yang mempunyai ilmu dan pengetahuan tenatang penyakit isterinya itu. Isterinya di tahan di wad untuk beberapa hari dan setelah isterinya di benarkan keluar, si suami tidak berputus asa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan isterinya. Kata-kata doktor seperti tidak diendahkan asalkan isterinya boleh sembuh seperti sediakala. Dibawa si isteri ke setiap tukang urut atau bomoh, mendengar nasihat dari sinseh cina. Mana yang elok dipraktikan mana yang menyimpang dari landasan agama di biarkan. Setiap malam tanpa jemu si suami akan melumurkan di seluruh badan isterinya dengan perahan air limau nipis dan mengurutnya perlahan-lahan. Setiap pagi dia akan memandikan isterinya. Selepas mandi dipakaikan baju, disapu bedak ke muka isteri yang kadangkala seperti melumur tepung lagaknya ke muka, dan menyisir rapi rambut isterinya. Selepas itu, si suami akan menyuapkan makanan dan memberi makan ubat yang diberikan oleh doktor. Sebelum pergi ke tempat kerja si suami akan meletakkan kedua-dua tapak kaki isterinya diatas kedua-dua kakinya dan memaksa isterinya bangun dan melatihnya berjalan mengikut gerak langkahnya, seperti mengajar budak berusia setahun berjalan. Hari pertama hanya selangkah si isteri mampu mengikut langkah si suami. ‘dah .. abang nak pergi kerja..nanti kita cuba lagi..awak rehat la dulu’. Si isteri hanya mengangguk tanpa kata memandang sayu kepada suaminya yang bergegas bersiap untuk ke tempat kerja. Setiap petang bunyi motor buruk yang singgah di telinga si isteri umpama melodi merdu yang mengubat rindu dan resah dirinya di rumah menanti kepulangan si suami. Si suami dengan rasa penat masih berlonggok , mengangkat isterinya ke bilik air memandikan si isteri dan bertanyakan adakah dia sudah makan ubat diberi. Si isteri mengangguk. Selepas si isteri siap berpakaian dengan bedak di wajah yang memutih, si suami akan meletakkan kaki isterinya di kakinya dan mengulangi apa yang di lakukan pagi tadi. Dan bila malam menjelma lumuran air limau diikuti urutan, tidak pernah di tinggalkan untuk si isteri. Rutin itu dilakaukan selama beberpa bulan sehingga lah dengan kuasa Allah, si isteri boleh berjalan semula walaupun tidak senormal dulu tetapi si isteri sudah boleh bangun dan berjalan sendiri perlahan-lahan. Tangannya sudah mampu mengangkat barang yang ringan. Walaupun begitu si suami tidak meninggalkan terus rutinnya, malah setiap petang di bawa isterinya berjalan-jalan keliling rumah.Itulah yang dilakukan setiap hari selama hampir 10 tahun..tidak pernah jemu dan tidak pernah sedikitpun si suami mencuri waktunya untuk bersendiri kecuali kerana urusan kerja. Segalanya sudah kembali normal..si isteri sudah boleh menguruskan dirinya sendiri. Walaupun begitu tidak semuanya sesenang yang dilihat, tidak semudah penceritaan ini kerana dalam masa 10 tahun itu 2 kali si isteri di serang stroke lagi dan sekali sesak nafas yang sehingga doktor mengesahkan ini mungkin pengakhiran riwayat isterinya. Si suami hanya mampu mengusap- usap kepalanya dan mundar mandir di perkarangan hospital. Ingin sekali dia berada di sisi isterinya yang di masukkan di unit rawatan rapi, seperti permintaaan isterinya yang meminta si suami agar sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi. Mungkin kerana kasih sayang sejati dan doa yang tidak putus di panjatkan, jangkaan doktor tadi meleset sama sekali. Si isteri setelah beberapa hari di unit rawatan rapi telah dipindahkan ke wad biasa dan akhirnya dibenarkan pulang. Dan si suami, adakah dia bosan dengan rutinnya nanti. Tidak. Tidak pernah dia meluahkan kebosanannnya melayani si istei sehingga kini. Penyabarnya si suami ini hingga mengundang rasa kagum dia hati anak muda lain. Kata-kata anak muda itu yang menyedarkan anak-anak si suami isteri ini tadi betapa besarnya pengorbanan dan kesetiaan seorang lelaki bergelar suami. Selama ini anak-anak menganggap apa yang di lakukan ayahnya hanyalah perkara biasa yang boleh dilakukan dengan mudah. Kata-kata rakan anaknya ‘ boleh ke suami aku nanti buat macam ayah kau” , ‘bagusnya ayah kau jaga mak kau eh..’ menjentik semangat untuk penulis menulis kisah ini untuk di renung bersama. Bukan la cerita yang hebat sekadar berkongsi perasaan dan kehebatan seorang lelaki bergelar suami dan ayah kepada 7 orang anak yang kesemuanya perempuan. Dan salah seorang anaknya ialah saya, AnnaSha. Abah saya hebat!

Khamis, 20 Januari 2011

Red Apple featuring Leeya Deen and Nandang Azryman

Idea, Concept, Makeup and Hairdo
by
AnnaSha

photo by Roy Zakaria

photo by Syed Tahir

Photo by Mohd Ezzaidy


Photo by Roy Zakaria

Photo by Roy Zakaria

photo by Syed Tahir
photo by Raymie Jay
 
photo by Wan Zuraidi


Rabu, 19 Januari 2011

Azhani Manaf Engagement 15/1/2011

Beberapa bulan sebelum majlis ni berlangsung..Azura Manaf telah 'membook' saya untuk mekap di majlis pertunangan adiknya ni Azhani @ Nini. Sweet sgt si kakak bila dia beria-ia 'membook' saya, kerana Nini waktu tu masih di Melbourne bertungkus lumus menghabiskan pengajiannnya. Azura ni pulak saya kenali dia sewaktu muslimah photoshoot session di awal tahun 2010 yg lalu. Terimakasih Azura yang masih menghargai hasil kerja saya yang x seberapa ni..alhamdulillah rezeki. Tetapi pernah sampai ke telinga saya ni, seorang makeup artis yang agak otai dan berpengalaman pernah mengata yang hasil2 mekap saya 'bukannya lawa pun'. Sedih bila saya mendengarnya sbb saya pun belajar dari dia juga, kalau mekap saya x lawa siapa cikgunya kan? Tapi saya bukanlah orang yang suka menempelak orang, bagi saya secubit rezeki yang saya perolehi dari sekelumit peminat hasil kerja saya pun saya dah bersykur yang amat. Sebab tu bila adik Azura ni, si Nini emphasise on nak natural kalau bole se natural mungkin..saya ikut kan saja. Sebab mereka ni pemberi rezeki dan menghargai hasil kerja saya 'yang tak lawa pun' ini. Dan saya ingin berkongsi kata2 Calvin klein (kot? kalau salah tolong betulkan), "Look best in natural, but to look natural it takes makeup" .. so ini lah hasilnya natural yang Nini mahukan... (wpun kakaknya kata..lenkali tonyoh je mata dia tu)

Nini b4 makeup

Nini after makeup

 Sweet Nini in orange her fav colour

texting...abang dh smpai mana??

haaa..dh sampai pun...




Jumaat, 14 Januari 2011

Jom Cuci Brush Makeup

Hai pembaca sekelian..terlebih dahulu AnnaSha nk mohon maaf la....kerana saya rasa blog saya ni cam rojak..kadang2 penulisan tu dlm bahasa malaysia kadang2 dalam english..ngada kan...bukan apa..bila angin nk speaking tu dtg..jari ni pun ngada2 nk type english...teringat zaman2 kerja dengan MAS as stewardess dulu..kan speaking je dengan penumpang tu..especialy yg london2 tu.." chicken or beef" , "coffee or tea" or "me" ^_^'...heheh... itu je la sebnrnya reti cakap pun...very fluent you know...ok so berbalik kepada tajuk asal..Cuci brush mekap..sebelum start the tutorial on how to clean brushes tu..Saya nk tya la..pernah tak korang tengok beg makeup artis tu...ya Allah..berkulat2 berus mekap dia...span jangan cakap la! kaler dh bukan kaler apa tah , (bakteria dan spora mmg dh berkampung kt situ dah)... dh la kena bayar mahal..tp penjagaan brush dan span ..auzubillah..dan rata2 orang kita yang berbudi bahasa tak buka mulut pun tegur..cakap belakang je..jaga hati makeup artis tu wpun hati korang jadi sendu  ...betul? hehehe..padahal kita bayar perkhidmatan mekap tu ..Jadi kepada kawan2 makeup jika kita ni nk dapat berkat duit yg kita caj kt customer tu..maka rajin2 la basuh brush makeup. span muka yang mana bole basuh kita basuh. kalau dh tak bole basuh dah hancur lunyai..sila la buang dan beli baru.
OK? so untuk tutorial cuci brush ni saya dapat info ni dari rakan MUA (makeup artis) saya yg sgt menitikberatkan penjagaan berus2 mekapnya, KCT Rasheed. Dia kata dia tgk kt you tube..dia suh saya cuba dan cara ini sgt menjimatkan brush cleaner kita dari kehabisan cepat. Mungkin ada yg dh praktikan cara ini..teruskan, bg yg belum why not u guys try. Bagi personal user pun bole try jugak...

sediakan bahan spt gmbr di atas ni. brush cleaner..yang ni saya gunakan brush cleaner dari Stage. Kt MAC pun ada jual. Harga lebih kurang je. pastu cari span basuh pinggan ke span keta ke..asalkan span. juga sediakn satu bekas kecil yg berwarna hijau spt di atas. kalau xde warna hijau..warna lain pun bole..jangan yang tidak nk jugak kaler ijau! payah la senah oii.

masukkan span tadi dalam bekas ijau tu

spray/tuang sedikit brush cleaner tu ke atas span. korang peratikan eh kaler span tu yang masih mulus.

mulakan dengan berus pertama

jangan segan2 nak dab2 dia...dab sesuka hati sehingga brush tu bersih

perhatikan span yg telah bertukar warna setelah di 'dab' dgn beberapa berus terdahulu. Jgn asyik perati span je..berus tu pun tgk perbezaannnya sebelum dan selepas..tu Annasha dh tukaq angin type bahasa omputih kt gmbaq tu..

untuk brush yang agak besar..slepas dh dab tu kena reshape balik dgn tissue. kalau x bulu dia kembang cam orang gila x basuh rambut bertahun2.. nmpk perbezaannya..kilat dan shining kan selepas cuci. (sama je perkataan kilat dan shining tu...over kan..)

buat jugak untuk blusher brush..cuci dan reshape menggunakan tissu dan perhatikanperbezaan yang ketara. span dah kaler coklat kan...sepanjang proses cuci ni berjalan kalau rasa2 span tu dh kering spray/tuang la lagi brush cleaner tu.

antara sebahagian brush AnnaSha yang dh cuci..yeaaa!!

SELAMAT MENCUBA KAWAN2


Mekap Nila Anilszah di Utusan...

Pada hari isnin yang lepas 10/01/11, AnnaSha dipanggil lagi oleh pihak Utusan Malaysia untuk mekap di ruangan Citra Wanita Pancaindera lagi...kali ni model bernama Nila Anilszah..Nila ni muka dia ala2 jepun pun ada, korea pun ada..dia sgt comel. Pada hari shooting tu..pipi kiri dia ada jerawat sedebok besor..saya dh cuba sental2..tutup2 dgn foundation..tetapi seakat yang termampu la...ada la jugak nmpk terbonjol sket..harap2 dlm paper x ketara....ok la ..layan je gmbr2 yanng saya sempat snap dalam bilik mekap dan studio.

Nila sebelum mekap

Nila After makeup , pakai baju merah dan lipstick merahhh...

nila after makeup dgn baju purple..tp lipstick bukan kaler purple...pink saja.

pinjam lighting abang camera man Utusan...dlm studio.

Rabu, 12 Januari 2011

Edward Twilight or Nandang Too light...???

hensem kan mamat edward nih...coba la bayangkan AnnaSha makeup dia...tak duk kt malaysia  dah lerr saya jawabnyaaaa....duk kt hollywood cakap omputeh je..bukan je edward leh makeup... beribu2 artis hollywood boleh ..tp nak ke artis2 tu dgn makeup kita ni kan...hahahha..berangan x sudah.. ok la..x dapt mekap edward dpt mekap muka iras2 edward pun jadi la...mamat seterusnya nanti ni...nama dia pelik sket Nandang..ini nama ic katanya bukan nama reka sendiri ikut suka perasan sorang2 ye..ni nama parents dia bg.... Nandang ni kalau x mekap gaya di bwah ni..dia secara livenya adalah seorng dude yang sgt hensem mengalahkan FT. Tp AnnaSha saja  nk mekap dia ala2 vampire KL..ha camni la hasilnya...huhu

gambr ini di ambil oleh Killabee Khairul Fadhli


ini wajah Nandang sebelum kena conteng dgn AnnaSha

selepas AnnaSha conteng....

Ahad, 9 Januari 2011

Tongkang pecah di Utusan Malaysia..hehehhe

ni gambar2 tahun 2010...saja nk keluarkan di tahun 2011 ni...insiden ni berlaku sewaktu AnnaSha dan rakan-rakan makeup untuk satu pertandingan yang di anjurkan ole Utusan Malaysia dan One Drop Perfume. Tgk la sendiri bila kami bekerja di bawah preassure...heheh..x la preassure mana pun saja bikin gempak..x ..anyway Thanx to my Maquilleur friends...Linda Anggun, KCT Rasheed dan Sarah Amran.

gabungan 4 maquilleur..bergabung meletop..haa camni la jadinya...

KCT Rasheed dgn peserta hasil sentuhan makeupnya yg magik

Sarah Amran dengan salah seaorg peserta pertandingan hasil kerja tangannya yg berseni

Sarah Amran lagi....comey dia kan..

antara peserta yg menerima hasil sentuhan dari Linda Anggun dan Annasha
(berbaju kuning, hasil makeup Linda Anggun, berbaju hitam makeup dari AnnaSha)

Syarehan salah seorang peserta pertandingan dgn hasil solekan dari AnnaSha

Syarehan adalah pemenang pertama Pertandingan ini yang menerima hadiah wang Tunai RM30,000.

para peserta pertandingan...

Mana gambar Linda Anggun? haaa ... dia nyorok ke? sebenarnya AnnaSha xde gmbr2 dia dgn peserta  yg di makeup olehnya..nape tah..terlupa kot..duk kalut2 tu...soriiii Lindaaaaaaaa... sori naik lori mkn chicken curry...heheh. Kalau pembaca perasan gmbr pertama 'tongkang pecah' di atas tu ada sorg perempuan berbaju itam berdiri...haaa itu la Linda Anggun...janji nampak dik dripada x nampak langsung....kan kan kan...