Seperti trend sekarang, seorang lelaki bergelar suami berlaku curang terhadap isterinya. Usahlah bercerita tentang suami yang mencipta alasan sang isteri tidak mampu melayan kehendak batinnya kerana si isteri terlantar sakit ataupun di diaognase dengan penyakit kronik, malah ada si isteri yang masih sihat dan bergetah pun di curangi si suami. Tetapi bila memperkatakan perkataan curang ini, sebenarnya pihak isteri pun tidak terlepas dari melaluinya. Segalanya terletak kepada individu itu dan bukan gender, dalamnya iman seseorang itu dan ketebalan kasih sayang cinta terhadap pasangannya.
Seorang suami diuji dugaan hebat tatkala umurnya belum pun mencecah 50 tahun. Umur 40 an bagi seorang lelaki yang dikatakan life begins at 40. Segalanya sudah hebat dan terjamin. Si suami ini mendapat berita isterinya mendapat serangan stroke. Si isteri jatuh di bilik air dan tidak dapat bergerak langsung. Si suami tergesa-gesa pulang ke rumah dari tempat kerjanya untuk melihat isterinya. Segera dia membawa isterinya ke hospital dan doktor mengesahkan isterinya terkena stroke kerana tekanan darahnya sangat tinggi. Doktor juga meramalkan si isteri mungkin tidak dapat menggerakkan sebelah badannya. Si suami hanya mengangguk –ngangguk mendengar kata-kata dari doktor yang mempunyai ilmu dan pengetahuan tenatang penyakit isterinya itu. Isterinya di tahan di wad untuk beberapa hari dan setelah isterinya di benarkan keluar, si suami tidak berputus asa mendapatkan rawatan tradisional untuk memulihkan isterinya. Kata-kata doktor seperti tidak diendahkan asalkan isterinya boleh sembuh seperti sediakala. Dibawa si isteri ke setiap tukang urut atau bomoh, mendengar nasihat dari sinseh cina. Mana yang elok dipraktikan mana yang menyimpang dari landasan agama di biarkan. Setiap malam tanpa jemu si suami akan melumurkan di seluruh badan isterinya dengan perahan air limau nipis dan mengurutnya perlahan-lahan. Setiap pagi dia akan memandikan isterinya. Selepas mandi dipakaikan baju, disapu bedak ke muka isteri yang kadangkala seperti melumur tepung lagaknya ke muka, dan menyisir rapi rambut isterinya. Selepas itu, si suami akan menyuapkan makanan dan memberi makan ubat yang diberikan oleh doktor. Sebelum pergi ke tempat kerja si suami akan meletakkan kedua-dua tapak kaki isterinya diatas kedua-dua kakinya dan memaksa isterinya bangun dan melatihnya berjalan mengikut gerak langkahnya, seperti mengajar budak berusia setahun berjalan. Hari pertama hanya selangkah si isteri mampu mengikut langkah si suami. ‘dah .. abang nak pergi kerja..nanti kita cuba lagi..awak rehat la dulu’. Si isteri hanya mengangguk tanpa kata memandang sayu kepada suaminya yang bergegas bersiap untuk ke tempat kerja. Setiap petang bunyi motor buruk yang singgah di telinga si isteri umpama melodi merdu yang mengubat rindu dan resah dirinya di rumah menanti kepulangan si suami. Si suami dengan rasa penat masih berlonggok , mengangkat isterinya ke bilik air memandikan si isteri dan bertanyakan adakah dia sudah makan ubat diberi. Si isteri mengangguk. Selepas si isteri siap berpakaian dengan bedak di wajah yang memutih, si suami akan meletakkan kaki isterinya di kakinya dan mengulangi apa yang di lakukan pagi tadi. Dan bila malam menjelma lumuran air limau diikuti urutan, tidak pernah di tinggalkan untuk si isteri. Rutin itu dilakaukan selama beberpa bulan sehingga lah dengan kuasa Allah, si isteri boleh berjalan semula walaupun tidak senormal dulu tetapi si isteri sudah boleh bangun dan berjalan sendiri perlahan-lahan. Tangannya sudah mampu mengangkat barang yang ringan. Walaupun begitu si suami tidak meninggalkan terus rutinnya, malah setiap petang di bawa isterinya berjalan-jalan keliling rumah.Itulah yang dilakukan setiap hari selama hampir 10 tahun..tidak pernah jemu dan tidak pernah sedikitpun si suami mencuri waktunya untuk bersendiri kecuali kerana urusan kerja. Segalanya sudah kembali normal..si isteri sudah boleh menguruskan dirinya sendiri. Walaupun begitu tidak semuanya sesenang yang dilihat, tidak semudah penceritaan ini kerana dalam masa 10 tahun itu 2 kali si isteri di serang stroke lagi dan sekali sesak nafas yang sehingga doktor mengesahkan ini mungkin pengakhiran riwayat isterinya. Si suami hanya mampu mengusap- usap kepalanya dan mundar mandir di perkarangan hospital. Ingin sekali dia berada di sisi isterinya yang di masukkan di unit rawatan rapi, seperti permintaaan isterinya yang meminta si suami agar sentiasa berada di sisinya walau apa pun terjadi. Mungkin kerana kasih sayang sejati dan doa yang tidak putus di panjatkan, jangkaan doktor tadi meleset sama sekali. Si isteri setelah beberapa hari di unit rawatan rapi telah dipindahkan ke wad biasa dan akhirnya dibenarkan pulang. Dan si suami, adakah dia bosan dengan rutinnya nanti. Tidak. Tidak pernah dia meluahkan kebosanannnya melayani si istei sehingga kini. Penyabarnya si suami ini hingga mengundang rasa kagum dia hati anak muda lain. Kata-kata anak muda itu yang menyedarkan anak-anak si suami isteri ini tadi betapa besarnya pengorbanan dan kesetiaan seorang lelaki bergelar suami. Selama ini anak-anak menganggap apa yang di lakukan ayahnya hanyalah perkara biasa yang boleh dilakukan dengan mudah. Kata-kata rakan anaknya ‘ boleh ke suami aku nanti buat macam ayah kau” , ‘bagusnya ayah kau jaga mak kau eh..’ menjentik semangat untuk penulis menulis kisah ini untuk di renung bersama. Bukan la cerita yang hebat sekadar berkongsi perasaan dan kehebatan seorang lelaki bergelar suami dan ayah kepada 7 orang anak yang kesemuanya perempuan. Dan salah seorang anaknya ialah saya, AnnaSha. Abah saya hebat!

ya Allah akak..pengorbanan tiada dapat diungkap kata-kata..semoga diberkati..amiin :)
BalasPadamnice
BalasPadamsuma: aminnnn
BalasPadammohammad igbar: ^_^'
great ! :)
BalasPadamthanx puteri ain..
BalasPadamtersentuh hati saya baca cerita nie..kem salam kat ayah kak ann ye... what a loyal & great husband he is... :)
BalasPadamfadh..akak pun mengalir airmata setiapkali baca citer yg akak tulis nih..huhu. Tapi kalau fadh tgk abah akak kan...heheh dia kelakar..kdg malas nk layan dia tu..heheh i love abah. InsyaAllah nanti akak sampaikan salam..
BalasPadamgud writing..;) Kak Anna ni makeup artist ke novelist?he3....
BalasPadamnuzul: kadang2 gatal tgn nk menaip tulis citer...heheh. kepala ni kdg2 kreatif tetiba.. tu yg jd camni.. tp makeup still my priority. :)
BalasPadamserius k.anna.. sedih la sye bce...
BalasPadamtak tau la nnt bile kite jd cm 2 suami kite akan jd seperti ayah k.anna
yea betul tu anis..susah kan nk cari suami yg sebegitu zaman ni..tetapi insyaAllah suami kita xkan mengabaikan kita jika kita x mengabaikan mereka. insyaAllah,
BalasPadam