makeup model utk catwalk Alfio Raldo fashion show |
makeup model dan arts untuk catwalk new collection of Azura Azwa dan Rafflessia |
2 gambar di atas sekadar hiasan untuk artikel di bwh ni.. hihi,..
Adrenalin untuk menulis dalam blog atau nak buat apa project tentang mekap makin lama makin kurang... kenapa ye? adakah sebab kekangan waktu?saya ni full time menjadi ibu kepada seorang permata hati saya... apa2 pun dia dulu di utamakan.. dan kesibukkan itu makin terasa bila si kecil ni dan berada di darjah 2. tak bole nk skip2 kelas.. hari2 jadi driver, tukang masak, tukang mandikan, tukang suap , tukang bebelkan kalau kerja sekolah tak siap lagi dan semua lah... penat tapi..... i'm extremely happy being a mum. Yeay!!
So kali ni tetiba nk tulis pasal Mak andam versus makeup artis.
Setiap kali saya pergi mekap pengantin mesti keluarga pengantin atau rakan2 akan kata... ooo ni mak andam ye? mesti korang akan kata.. biasalah kalau kt kampung atau kalau sanding kt rmh .. mesti panggil kita mak andam.....TAPI. tidak ye.. hatta kt hotel mewah berbintang2 dan recently sy mekap di Istana Hotel... mereka tetap panggil mak andam.. ehmmmm sedih sangat ke gelaran tu??? marah ke orang panggil dengan gelaran tu?? Ya!.. saya pada mulanya dulukala.. rasa cam bengang bila orang panggil saya mak andam... macam kampung sangat! Malah bila ada seorang artis ni pernah melabelkan saya sbg - " ooo kakak ni mekap pengantin je..." I jadi sentap u olls... beria-ia retis ni heret ku ke sana ke mari tapi bila ada sorang mekap artis yang biasa mekap utk artis2 di sebuah publications ni tanya siapa saya ni.. artis ni hanya jawab.. "ooo kakak ni mekap pengantin je..." (sy copy paste di situ ayat itu) sedih u olls cam keciiiikkkk je kt situ. Perlu tak saya mendabik dada waktu itu dan kata kat orang2 di dalam bilik mekap tu yang saya ni mekap untuk artis2 lain jugak... mekap untuk model international jugak... perlu ke? tapi otak berjaya mengawal hati so apa yang saya buat waktu tu hanya senyum. Tak perlu kata apa-apa. Biarlah orang nk label kan saya apa pun janji saya buat kerja halal dan dpt uang... uang.. uang!!.. so di saat itu saya terus terdetik di hati... buat apa nk terasa bila orang panggil saya mak andam... memang kerja saya mengandam orang.. mencantikkan orang... betul tak? Tak kira di kampung or dibandar.. sama je... manusia juga.. pengantin manusia dan jurusolek tu pun manusia... so sekarang saya sangat tak kisah orang panggil saya MAK ANDAM... sy suka dan x kisah pun malah proud to tolong org jadi cantik cantik di hari bahagia mereka.
Bila mula-mula terlibat dalam bidang mekap ni... secara tak langsung.. semua orang ataupun hampir kesemua yang belajar makeup ni pasti nk glamer jugak... tipulah kalau kata tidak.. nak jugak mekap untuk artis... sebab tu ada setengah jurumekap ni sanggup mekap for free asalkan dapat mekap kan retis2... it's happened to me.. honestly... tak payah nk cover line.. .. mekap free untuk rancangan tv yang ada ramai artis.. call time pkl 3ptg... abis pkl 12 malam... for free!!! penat !! tp masa tu dapat bangga... bangga apa? mekap utk artis .. tp artis lelaki... sedey tak? hahaha.. nk tergelak pun ada bila teringat balik bnda ni. Masa tu adrenalin rush sgt tinggi.... berkawan dengan semua orang konon networking... especially jurusolek... berkobar semangat. semua kaut masuk dalam friendlist dan dalam phone book. Dan betullah kata orang-orang tua kalau memilih kawan biarlah berpada... .. that story about friends no need to tell... simpan dalm diri sendiri jadi guide di masa hadapan.. insyaAllah.
Jadi perlu ke nak double standard kt mak andam? atau nk kata makeup artist curlasss sangat? sebab mentaliti kebanyakan kita (malah termasuk saya) kalau seseorang tu pernah makeupkan artis ... lak lak yg tersohor cam siti nurhaliza... mesti percaya 300% kalau si jurusolek berkenaan mekapkan dia pasti meletop deba bomzzz....kannnn...tepuk dada tanya diri sendiri. Lain orang lain pemerhatiannya dalam mekap ni.. ada yang suka xtravaganza dan ada yang suka natural. So pilihan di tangan si pembayar (customer). Saya pernah mekap untuk seorang pengantin ni yang meng"hire" 3 makeup artis untuk meriasnya di hari bahagia. untuk nikah, sanding dan majlis bertandang. 3 makeup artis itu ialah.. N, T dan saya. N dan T ni memang makeup artis yg bababoomm hebat kt malaysia.. semua orang kenal. Semua artis2 popular memang sentiasa jadi pelanggan tetap N dan T ni. Tetapi pengantin ni lebih sukakan hasil mekap saya di wajahnya berbanding hasil mekap 2 nama gah tadi.. terkejut saya bila diberitahu sedemikian. kenapa customer tu lebih sukakan hasil mekap dari saya berbanding N dan T? sebab lain orang lain citarasanya... itu sahaja.
Jadi jawapan perlu ke double standard mak andam vs makeup artis? tak perlu... sebab mereka2 ini berada di dalam taraf mereka masing-masing. Mcm cikgu... ada cikgu matematik, ada cikgu sains, ada cikgu bahasa arab dan sebagainya.. engineer pun begitu.. ada engineer keta, ada engineer minyak.. bla bla bla doktor, polis, driver... semuanya ada tahap kemampuan mereka masing-masing.
Pada saya .. saya tetap mengekalkan perkataan Makeup Artist di hujung nama saya bukan lah sebab saya mekap untuk artissss je .. tp pada saya penterjemahan Artist tu bermaksud artistik, kreatif dan inovatif.. (gitoh!!)... semua bole.. kecuali mekap effect... yang ni tak tau nk buat dan tak mau buat... honestly!!
Kesimpulannya... hormati kelebihan masing-masing... dan perbaiki kelemahan sendiri. Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan