nuffnang ads

Khamis, 25 April 2013

Tasha Harun - Nikah dan Sanding

Tasha adalah kenalan lama... orangnya sangat selamba dan bersahaja. So bila dia panggil untuk makeup dia di hari bahagianya, saya rasa happy.. sebab lama jugak tak jumpa minah ni... tau perkembangan diri dia thru fesbuk je... Dan yang paling menariknya sampai je kat rmh dia di seremban utk makeup nikah... dapat tau photographer sepanjang majlisnya tu ialah kenalan lama saya jugak.... mmm apa lagi... seronok la kita... dan paling penting saya memang tak amik gambar Tasha langsung. Mengharap kat Napie si photographer... hihih. senang keja aku. so di bawah ni gambar2 dari Napiemoksin.com.









Gambar2 di atas adalah sepanjang majlis pernikahannya di Seremban..
Di bawah ni semasa persandingannya di Putrajaya di Dewan Seri Siantan... Curlass ko jah tetamu VVIP kau Dato Hishamuddin giteww...
Haa makeup Tasha di Putrajaya ni buat kat Pullman Hotel. Ada kisah ni kt sini... huhu. Pertama sekali hotel Pullman ni macam maze. Nak cari bilik dia punya la susaaaahhhhhhhh. Second... toilet berdindingkan cermin eventhough cermin jenis yang kabur2 tu just nmpk bayang2 tapi still... rasa tak selesa la kan.. then toilet/shower room tu.. tak bole kunci... tiada kunci. Apesal hotel beso2 mcm ni eh?? Ari tu kt Majestic pun sama..tu lagi best.. toilet mmg dari tarnsparent glass... mmg kalau nak berry2 sangat la payah. So ceritanya... masa makeup Tasha kt Pullman tu... saya terasa nak berry... iyer lah morning call belum lagi ari tu. salu bangun pagi .. berry2 dengan riang ria di tandas sendri.. so lepas makeup Tasha saya suh dia pakai baju dan saya kata.. nk kuar jap.. (takkan nk cakap kt dia saya nk berry kan.. malu... tp citer kat blog tak malu pulak..wakakaka). Satu hal perut dh memulas... cari tandas lobi tak jupe... lobi pun aku tak jumpa.. lagi la pulak tandas kan... subhanaAllah... Ya Allah selamatkan la hamba mu ini....dari ter berry2 dlm panties... huhuu... Pullman hotel memang maze lah!!! sumpah tak mau gi Pullman lagi... so finally bila jupe tandas dan saya tak tau which part of pullman tandas tu berada....so u know la the rest of the stories.. tak yah la details   ... tapi yang pntg segalanya selamat tanpa kecederaaan atau humiliation.... Alhamdullillah. heheh.
so abis my stories... hahah... layan gambar perempuan cantik ni kat bawah.. Selamat Pengantin Baru Tasha semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit segala.... muacchh!!!








Gambar2 courtesy dari Napie Moksin dan Tasha Harun. TQ

Adibah Nikah 29th March

Kadang-kadang kita tak perlu nak terlalu strict dengan sesuatu perkara. Contohnya dengan customer saya yang kecik molek ni.. Adibah. Masa dia mula call saya dan bertanyakan rate makeup saya terus bagi harga without asking where she'll having her event tu. So bila dia beri alamat rumahnya... owhh.. rupa-rupanya rumah dia luar dari kawasan KL. Kira oustation lah.. kena xtra charges. Tapi entah kenapa saya malas nk tell her about extra charges tu.. i was like ..mmmm kali ni sedekah lah... dah lama tak bersedekah kan.. (sedekah ni kan banyak cara... betul tak). Sebab saya percaya.. banyak kita memberi banyak pula kita dapat. Dan mungkin rezeki Adibah jugak lah dan rezeki saya.. alhamdullillah.
So pada harinya... saya sampai agak awal dan di sambut penuh mesra oleh Adibah dan makciknya.. Siap hidang kan nasi goreng.. tq. walaupun dah kenyang sbb makan breakfast MC D dalam keta masa on the way tadi. Saya jamah la jugak supaya tuan rmh x kecik hati. (jamah apa kalau sepinggan abis.... huhu)
Lepas breakfast baru start makeup... 
Lately ni saya lebih suka mengekalkan kening original customer saya. Saya sukakan keaslian or originality. Sebab kening ada lah frame wajah seseorang dan saya mahu customer2 saya masih kelihatan seperti mereka selepas makeup. Seperti Adibah yang tak mau cukur keningnya... saya cuma sapukan eyebrow mascara untuk kemaskan bulu2 kening nya. dan rias rapikan dengan eyebrow pencil.

dibawah gmbr seblm dan selepas makeup.







Selesai makeup Adibah sangat-sangat puas hati dengan hasil yang saya lakukan ke atas dia. Alhamdullillah....
dan tak di sangka-sangka dia hadiahkan saya set makeup Laurier Mercier. SubhanaAllah.. rezeki ni rupanya nak dapat. Terimakasih Adibah...semoga perkahwinan kamoo di lingkari kebahagiaan sehingga ake akhir hayat kamoo berdua. aminn.

suka sangat dapat ni... simpan x pakai2 lagi.. nk pakai utk diri sndri je lah... 

Selasa, 16 April 2013

My 14 days attempts to keep fit n slim

Salam followers and bloggers sekelian... kali ni emtry saya lain dari yang lain sedikit. Nak kurus katanya... huuhhu. Saya ter'paksa' menguruskan diri yang domok macam gajah ni (my doter  panggil i gajah...huhu) sebab my mother komen.. " kenapa kak ana tu dah gemuk"... masa tu my mother tengok saya kat dalam tv3 rancangan Wanita Hari Ini tu... masa saya buat demo makeup Street Fashion Makeup. (opkos la mak ...saya nampak gemuk.. sebab mak tgk tv LCD tak pakai HD!!!)  Lepas tu my dearest SIL , Lisa domok bitbot tu menyamakan saya dengan my another SIL yang memang sedia ada besar... uwaaaa. Dan yang paling penting... saya nk pakai baju peplum (walaupun fashion tu mcm dh nk outdated dah). (husband bole kata... takpe saya suka awak domok... macam bantal bila peluk...esshh tak membantu langsung!!) Jadi dengan sedikit inspirasi dari kawan-kawan dan seoarng customer pengantin ni... saya gigih kan diri untuk keep fit n slim... MY WAY. 

Mungkin entry saya kali ni bole membantu bakal2 pengantin untuk kelihatan menawan di hari bahagia dengan bentuk badan yang diingini.
Customer pengantin ni saya dah lupa nama dia sebab saya mekap dia 2 tahun lepas... tapi apa yang buat saya ingat cerita dia ialah.. dia memang kategori besar dan berisi (gemuk). lagi 6 bulan to her wedding dia dan mak serta kakak dia sign up for gym program to keep fit n slim. Saya tabik betul dengan dia. berusaha fit n slim healthy way. And she did it! fit n slim... so untuk itu saya pun mulakan program saya sendiri 
MY 14 DAYS ATTEMPTS TO KEEP FIT N SLIM.


 On the first day saya blur2 lagi... dunno what to do .. pagi tu saya tak ingat what did i take for breakfast, selepas breakfast terus pegi gym... walk on the treadmill. Treadmill tu incline 3 dan speed hanya 3 sahaja! but saya dah rasa penat dan sangat laju. Badan rasa penat sangat okey!! rasa nak pengsan dan tak mau pegi gym... no no no. Nangis dalam hati.
on the second day saya breakfast makan roti bakar berintikan sausage telur goreng mata kobau  dan slices of green apple. Sedapnya laaa hai!!! Abis breakfast saya gagahkan diri ke gym dan start seperti smlm... masih rasa kepayahana yang amat sangat. kalori yang dibakar hanya 180 cal sahaja dalam masa sejam. Treadmill masih at incline 3 tetapi speed saya gradually kan dari 3 pelan-pelan naik sampai 4.2. mak aiii.. laju cam nak tersembam rasanya... nafas tersekat2 dan termengah2.. rasa nak pitam!!.

ni 2nd day breakfast saya.. juice oren tu saya tak minum... selama 14 hari saya hanya minum air kosong sahaja!
ini pemandangan luar dari dalam gym tempat saya membakar kalori... nyaamaaannn. kadang2 boleh  nmpk burung kecik2 terbang2 sekeliling.. iguana (kot) lalu lalang.. dan mostly bangla dan nepal workers keeping our place green dan tidy n clean.
ini lunch saya without rice .. kerabu suun. memang terbaekk!!.. vege dan suun sahaja. saya letak kan 3 ekor udang just as   flavour. anda patut cuba. sangat sedap.


Masuk hari ketiga saya breakfast crab roll... dan air kosong. ke gym seperti biasa dan saya masih lagi mengah dan rasa nak nangis. Penat! Treadmill incline masih at 3 dan speed paling tinggi 4.5... kadang 5. itu pun dh nk pengsan. Hidung kembang kempis nak sedut udara banyak2.
my breakfast for third day ialah crab roll. kalori kalori kalori....huhu.

crab roll....
this is would be my lunch on my 3rd day attempt to keep fit n slim. homemade roasted chicken yummy yummy wt vege salad. memang yummy!!

So... on my fourth day... badan saya semakin ringan... sebab bila saya naik treadmill tu at incline 3 dan speed 4.2... saya rasa lambat betul treadmill ni.. dan saya increase untill 5.5. Saya masih berjalan atas treadmill tu.. tak lari pun... tp sy rasaa lebih lighth and easy.. tak nangis dalam hati pun. rasa semangat sungguh. Bila saya swimming saya rasa ringan dan laju je... kalau tidak sebelum ni nak swim dalam jarak 100 meter belum sampai ke hujung dah mengah di tengah2.  
on my fourth day ni saya makan the delicious oat meal bersama chunk of green apple for breakfast... sedap sangat... tolong lah try... tak tipu... memang sedap!!!!. tengahri saya buat sup suun n vege... bole laaaa....


masuk hari ke lima mentally saya dah exhausted.... tapi energy saya semakin kuat. Mentaly saya exhausted sebab saya rindu nak makan all the sweet food. saya seorang yang sweet tooth. suka pavlova, swiis passion, ais krim, macaroon, cakess... chocolates... nyum nyum.. rasa cam terseksa tak dapat makan benda2 tu. Hari ke 5 ni jugak my hubby bawa balik 3 ketul ice cream magnum!! 1 magnum classic for my doter, 1 magnum almond (kot) for himself dan 1 magnum belgian coklat yang ada cashew tu... dia tak cakap that is for me... dia kata saja je beli... but who else is in the house ni...its just three of us dan that magnum flavour of ice cream is my favourite!! apa maknanya tu??? Jahat tak dia sebagai husband... huhuh sgt manipulatif and cheeky!



this is my another fav breakfast ... poached egg ngan slices of green appple n toast. Tolong lah... memang sedap dan healthy too. tak tipu.
this would be my dinner on 5th day... sepatutnya memang tak dinner. everyday by 5 or 6pm saya akan makan utk diiner. tapi sebab hari ke 5 ni saya ada mekap dan tak sempat nk makan for lunch (actually mkn sket jamah lauk di kenduri tmpt saya mekap ) .. so my hubby ajak pegi ke TGI pampering ourself makan sedap2 sebulan sekali. Menu ni sangat sedap...Almond crusted chicken salad. Terbaek! But for me too many blue cheese. so saya ketepikan cheese2 itu,,, i dun like cheese!!!!
Hari kelima dan ke enam saya tak sempat ke gym... so saya buat exercise membakar kalori yang saya dapat dari internet iaitu Jumping jack 30x dan high knee 30x (stop at 15 and continue) dan saya ulang sebanyak 3x. berpeluh dan mengah la jugak.. u guys shud try.!

Hari ketujuh saya dah rasaa nak give up bab makan ni. exercise tu takpe saya memang suka jogging swiming treadmill semua tetapi bab makan... saya sangat2 tak REDHA lah kalau kena tahan makan macm ni... huh. tapi on the 7th day di treadmill incline saya 6 dan speed saya 8! this is impresive ... impresive kat diri sendiri... means badan saya lebih ringan dari 1st day. swimming pun laju je... ( my laju la ye)

So Hasil googling dalam internet dan asking around... saya buat routine makan saya yang baru. Nasi sekali sehari dalam satu cawan sahaja. lauk dan sayur. air still air kosong. ais krim seminggu sekali. cakes and all sweet delicacy belum touch lagi... as long as dpt makan ice cream pun dh ok. buah dan sayur makan banyak. nasib baik saya suka sayur dan ulam2.. so itu no prob. ayam goreng pun makan. tapi lepas tu saya make sure kalori di buang kembali. 
Selepas hari keempat di treadmill kalori yang saya bakar di atas treadmill average ialah 300 ke 380cal. so saya make sure kalori yang saya ambil tidak melebihi kalori yang saya bakar or akan bakar. Plus bila saya buat kerja2 di rumah - house choring, hantar dan ambil anak dari sekolah... saya membakar sekitar 100 or 200 kalori lagi. so ok lah sehari lebih kurang saya bakar dalam 500+- kalori. even bila kita menonton tv kita membakar sebanyak lebih kurang 40 kalori...

So hasilnya setelah 14 hari attempt ni... berat saya turun 4 kilo dan waist line saya berukuran dari 36 ke 34. ok lah kot utk 2 minggu kan... dan selepas 14 hari my attempts to keep fir n slim my way ni... saya tak berhenti tapi teruskan lagi sehingga saya dapat apa yang saya inginkan. cuma saya akan buat dengan lebih bijak dan teratur dan dpt mkn best jugak... hihihi. remember .. makan dengan kuantiti sedkit tetapi kerap... kerana sistem metabolisme akan kerap bekerja jika kita kerap makan dan ini membantu utk membakaar lemak2 di badan kita.. . Makan sebelum pkl 8 mlm. kalau lapar minum air atau makan stgh keping toast bread. Snack paling elok jika lapar ialah kekacang sperti badam, cashew nut (kacang2 lain x buat reseacrh... sbb saya suka almond ngan cashew je... hihi). Bila saya driving atau lepak tgk tv saya makan BAKED CASHEW sbg snack saya. make sure pilih kekacang UNSALTED ye.
so another 2 months  saya akan update berat bdn sy dan my waist line terbaru... sekian... selamat mencuba!!!

My weight today 58kg, waist line 34 inch.. my montot 40inch (yang ni lupa nk ukur sebelum ni...)

kat bawah ni antara gambar2 saya ambil semasa proses nak kurus 14 days tu...
keladi rebus for bfats... bole laaaaa

swimming petang-petang 2 3 kali seminggu.
ada water fall kt swimming pool... view dari dalam gym.
path to gym.... cantik kan... kadang2 'keluarga lizard' lalu jugak kt sini
my gym view from outside
ni sandwich sausage makan dgn kerabu suun as lunch... sedapppp
asam pedas ikan dan nenas bersama ulam! terbaek lah yummy!!!

Isnin, 8 April 2013

Syarifah Nurina Permatasari Bertunang

Best kan nama customer ni... Panjang betul.... hihi...First time dapat email dari dia.. tertera email address permatasari something lah... saya pun tanya dia.. ni nama betul ke... dia pun reply ye kak nama saya yang sebenar tu kak...Syarifah Nurina Permatasari... ha hamek kau... Saya pun sangat ternanti-nanti nak mekap nurina ni... sbb kan nama dia yang unik tu.
Beberapa Hari sebelum majlisnya.. dia call saya untuk confirmkan segala benda mcm what time saya sampai.. shud dia sediakan bunga hidup for sanggul ke? or what shud she do and so on. And last conversation dia ialah.. "ok kak jumpa 23 nanti ye"... saya pun ok...jumpa on 23/4. gitu saya jawab. Dia terkejut.."akak.. 23 mac la akak.. sabtu ni" dush!! adoiihh saya betul-betul lupa pasal majlis pertunangan Nurina ni sbb saya dah janji dengan mak mertua nak bawa dia ke JB. Dalam kalendar on 23 mac tu memang tak tercatat apa2 note yang kata saya ada makeup job. mungkin saya terlupa kot nk jot down makeup untuk nurina dan saya tak tau kenapa saya lupa nk jot down in my calendar tu. Yang kita ni dah berjanji beria-ia dengan mak mertua...ampun kan saya bonda ye..
So saya pun cover suara (nasib baik dlm phone... kalau skype harus dia nampak muka terkejut ku)... "opps sori sori nurina... sabtu ni.. so kita jumpa nanti ye"...
So saya settle kan ibu mertuaku dengan bantuan suamiku... yang tu tak yah citer kat sini lah.. hihi.
Pada 23 mac saya pun sampai di tempat nurina seperti yang dijanjikan .... dan ya Allah nurina ni adalah sorang yang sangat super nice super duper nice. Sampai rasa nak cakap kat dia.. please don't be too nice because you are already very nice... During makeup ada satu incident yang tak diingini dan cekap betul Nurina membaca air muka saya yang tak sempat di sorok darinya dan dia cepat2 minta maaf walaupun bukan langsung salah dia. eeee apesal la awak baik sangat Nurinaaaaa....
Sepanjang makeup Nurina suka berbual-bual dan dia sangat nice (mention lagi) pastu dia ucap terimakasih tak berhenti-henti.
Akak doakan ikatan pertunangan Nurina ni akan berkekaln sehingga ke jinjang pelamin.. amin.








Sewaktu nak balik... saya pun cari lah ibu dan ayah nurina nk bgtau saya beredar dulu.. nak balik... masa tu ada ramai pakcik-pakcik di luar rmh...dan ayah nurina pun beritahu lah kt mereka semua " ni lah mak andamnya" .. pastu ada lah soranng pakcik ni menjawab .. "hai tak lawa pun mak andamnya"  ish ish ish pakcik ni...sabar je lah.. saya tak pandang pakcik mana yang cakap tu tapi saya doakan dia supaya lebih berhati-hati bila berkata-kata di lainkali. Kerana mulut badan binasa pakcik....Sentap I ... tau lah tak lawa .. but shud u mention out loud in front of people... Rasa sedih dengan statement pakcik tu tapi bila terkenangkan kebaikan Nurina yang A+++ ... saya cool balik. Gi cari pavlova dan swiss passion makan banyak2... nyumm!!

Majlis Nikah, sanding dan bertandang Doktor Farisya

Majlis Farisya ni berlangsung di Taiping Perak pada awal Mac ari tu... Sedap betul makanan lauk pengantin... nyum nyumm..... Farisya dan family sangat warm dan baik hati... seronok betul lah sepanjang di Taiping. Dapat snap gambar2 sekitar Taiping dan try makan makanan yang katanya tersedap di Taiping.. Majlis nikah berlangsung pagi hari  dan selepas majlis nikah saya berjalan2 hingga ke Kedah... tu diaaa... jauh.. sampai balik Taiping dh pukul 12 mlm... esok nak mekap sanding pulak...huhu.. Tempat penginapan yang disediakan oleh Farisya dan family pun sangat cosy... cumaaaaa takde almari... hihihi....apa ke nama hotel tu....??? entah dok ingat .tapi hotel tu belakang tesco je...Farisya ni berkhidmat nun jauh di Tawau Sabah...  cian dia lepas majlis bertandang kena balik sabah... sabar lah duhai hati... huhuh. Majlis di pihak lelaki di buat di Putrajaya... tapi saya mekap dia di seremban... gitu lah.
Meh tgk gambar2 Farisya...

during solemn majlis... cantik giler pelamin dia cam raja2... saya sukaaaaaa sangat...


Farisya bersama adik bongsu


wajah farisya seblm makeup

Farisya dengan sahabat2 nya... kecoh dan meriah bila diaorg sampai...

 
Farisya atas pelamin dia yg super gorgeous tu.


Farisya in sanding attire dan mekap next day




Farisya di majlis pihak lelaki...

bersama hubby tersayang



To Farisya... Selamat Pengantin Baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu cicit dan akhir hayat kamooo....tq sudi memanggil akak untuk menjadi sebahagian di hari bahagia kamooo berdua....muachh!


Isnin, 1 April 2013

Makeup Street Fashion

Last week isnin 25 mac 2013 saya telah di jemput manjadi tetamu jemputan di tv3 dalam rancangan Wanita Hari Ini...Saya di beri tugasan untuk mendemo kan makeup ala street fashion atau lebih senangnya ialah makeup untuk remaja. Pihak WHI TV3 telah menghubungi saya beberapa hari awal dan ada lah sedikit preparation yang saya dpt buat... Hasilnya spt dlm video di bawah ni.. bole lah lite2.. Tq to my sifu hakak Nurul Syukor yang sangat membantu dan memberikan moral support. "Buat baik-baik" katanya.. terharu.. tq hakak.. Juga tq to my 'geng letopss' ... korang sangat memberi inspiration.. dan especially to sifu dlm 'geng letops' tq for the tips n guidance jugak. wah!! dh mcm bg ucapan nak amik award... itu lah orang melayu baru masuk tv3 4 min dah ala-ala giteww. larriiikkkkk... bye.
aishh.. luper nk tq to my beautiful model soon to be bride - Ms Hilany... jupe nanti kita di na na nana na Ganu kite. muach!!