Adibah Nikah 29th March

Kadang-kadang kita tak perlu nak terlalu strict dengan sesuatu perkara. Contohnya dengan customer saya yang kecik molek ni.. Adibah. Masa dia mula call saya dan bertanyakan rate makeup saya terus bagi harga without asking where she'll having her event tu. So bila dia beri alamat rumahnya... owhh.. rupa-rupanya rumah dia luar dari kawasan KL. Kira oustation lah.. kena xtra charges. Tapi entah kenapa saya malas nk tell her about extra charges tu.. i was like ..mmmm kali ni sedekah lah... dah lama tak bersedekah kan.. (sedekah ni kan banyak cara... betul tak). Sebab saya percaya.. banyak kita memberi banyak pula kita dapat. Dan mungkin rezeki Adibah jugak lah dan rezeki saya.. alhamdullillah.
So pada harinya... saya sampai agak awal dan di sambut penuh mesra oleh Adibah dan makciknya.. Siap hidang kan nasi goreng.. tq. walaupun dah kenyang sbb makan breakfast MC D dalam keta masa on the way tadi. Saya jamah la jugak supaya tuan rmh x kecik hati. (jamah apa kalau sepinggan abis.... huhu)
Lepas breakfast baru start makeup... 
Lately ni saya lebih suka mengekalkan kening original customer saya. Saya sukakan keaslian or originality. Sebab kening ada lah frame wajah seseorang dan saya mahu customer2 saya masih kelihatan seperti mereka selepas makeup. Seperti Adibah yang tak mau cukur keningnya... saya cuma sapukan eyebrow mascara untuk kemaskan bulu2 kening nya. dan rias rapikan dengan eyebrow pencil.

dibawah gmbr seblm dan selepas makeup.







Selesai makeup Adibah sangat-sangat puas hati dengan hasil yang saya lakukan ke atas dia. Alhamdullillah....
dan tak di sangka-sangka dia hadiahkan saya set makeup Laurier Mercier. SubhanaAllah.. rezeki ni rupanya nak dapat. Terimakasih Adibah...semoga perkahwinan kamoo di lingkari kebahagiaan sehingga ake akhir hayat kamoo berdua. aminn.

suka sangat dapat ni... simpan x pakai2 lagi.. nk pakai utk diri sndri je lah... 

Ulasan