nuffnang ads

Sabtu, 28 Januari 2012

Mahfuzah Bernikah




Makeup Nadia AF (konsert bergerak)




Pengantin Sasha si putih melepak.

Gmbr pengantin Sasha ni hampir termiss untuk saya uploadkan dlm blog ni..mana taknya.. saya terlalu sibuk semenjak hujung tahun 2011 sehingga sekarang... sehari 24 jam tu mcm tak cukup.. Byk gambar2 yang tak sempat dan termiss nak upload.
Sasha ni first time jumpa dia sewaktu nak mekapkan dia. Saya agak terkejut jugak lah... terkejut sebab kulit dia saannnngggaaaaaaaattttttt putih melepak!!! SANGAT PUTIH!!!ok! Terkejut sbb mcmana nak mekapkan dia ni. foundation yang saya ada confirm x boleh blend dgn kulit dia. Dah lah dia free hair.. nanti kalau warna kulit muka dengan leher tak sama mcm mana? Tapi saya cover line lah jugak.. berbual2 dengan dia sambil sapu primer dulu kat muka dia. Saya guna MAC skin base dan strobe cream. Sambil sapu menda2 tu ke muka Sasha.. sambil lah saya berfikir.. foundation apa lah nk sapu ke wajah mulus putih bersih dia tu.. at last saya gunakan NW25 studio sculpt dari MAC. Foundation ni pink base dan sgt jarang saya gunakan sbb effect dia mmg sgt putih kat muka orang.. wpun kita tgk texture colour dia agak gelap...
walaubagaimanapun... akhirnya saya berjaya juga "mengblendkan" foundation dgn skin sasha. Layan je ye gmbr di bawah ni. Ini je yang termampu saya lakukan.. to Sasha.. hope u like it. TQ so much for being so wonderful person that day.

primer n strobe cream yang saya gunakan untuk Sasha

ini lah foundation NW25 tu. kaler dia gelap kan.. mcm tak caya it's fit sasha skin.. percayalaaahhhhhh

Sasha b4 makeup.. seriously in the pic her skin x nmpk putih melepak. bila berdepan.. she is sgt2 fair n lovely.

Sasha after makeup.

Natural tone eyeshadow as requested

Semoga berbahagia hingga ke anak cucu ...

Ahad, 8 Januari 2012

Makeup tunang Hadja yg comel

Hadja adalah customer pertama utk tahun 2012. Kalau tak kerana adiknya nissa.. sy mungkin tak amik job Hadja ni. Untuk pengetahuan bloggers n followers.. bila saya menceburkan diri dlm arena makeup2 ni.. Nissa adalah pengantin pertama yg saya makeupkan. Mneggigil jgn cakap lah... ni wajah Nissa .. pengantin pertama yang mendapat sentuhan dari saya... hehehe

Nisaa.. my first job makeup pengantin...byk kelemahan dan flaws masa ni... huhhuhu. tp saya amat berterimakasih kt Nissa sbb masih percaya dan memberi kepercayaan sekali lg untuk merias kakaknya pula Hadja..



Hadja yang comel... gmbr ihsan dari Chronicler@ymail.com

gmbr ihsan dari Chronicler@ymail.com

gmbr ihsan dr FB Nissa.

saya tak sempat  dan tak larat nk amik gambar Hadja masa ni...sbb saya betul2 baru balik dari bercuti. Arrival Malaysia pkl 6.45 pagi dari Paris/Amsterdam.... pkl 11 pagi dh terpacak kt rmh Hadja utk mekap... mata pun cam x nak buka je masa mekap.. huhu. balik rmh jet lag sampai esok hari.. tidooo tak ingat donia. Anyway Tq sangat2 kt Nissa... Tahniah Hadja. Salah silap harap maafkan..  :)

Khamis, 5 Januari 2012

Makeup Ramona Zamzam utk Segmen Fesyen dlm Jelita

Saya telah berpeluang untuk merias artis baru Ramona Zamzam. Beliau seorang yang baik, merendah diri dan mesra. Saya buka rahsia sket lah pasal Ramona ni ye.. heheh. Sbnrnya takde rahsia apa pun .. cuma sewaktu sessi makeup dgn Ramona ni, dia request supaya tak letak sebarang foundation di kulit wajahnya.. hanya powder. Itupun powder milik dia sndri. Wah.. bagus lah .. AnnaSha suka sbb tak perlu lah guna barang2 makeup sendiri heheh... jimat.. tapi masalahnya kalau setakat powder je mcm mana eh nk bg coverage yg baik dan cantik.. huhu. Nasib baik ada 'tool' terbaru yang saya baru je beli dan sy pun aplikasikan ke atas Ramona. Apa 'tool' tu? heheh... tunggu.. di paparan akan datang saya akan buat tutorial "beauty in winter" menggunakan 'tool' yang dimaksudkan...tunggu tau.
Sementara tu layan lah gambar2 Ramona di bawah ni.

Fesyen gaya Retro - makeup dan dandanan rambut oleh AnnaSha.






AnnaSha dalam Sinar Harian

Terperanjatnya saya pada satu hari di bulan december 2011.. tetiba dapat mesej ada orang nk interview saya pasal karier saya sebagai makeup artis...Tq to reporter Nurul Nazrah dari Sinar Harian Karangkraf yang menjumpai saya yang bagaikan mencari jarum dalam jerami... punya la ramai makeup2 artis yang gah2 dan terer merer... saya yang menjadi pilihan untuk papaaran dalam segmen profail di Sinar Harian. Saya hargai peluang ini. Terimakasih.

Sinar Harian 2/1/2012 ruangan Profail.

Rabu, 4 Januari 2012

Anne Zakaria pembuka tirai 2012 utk AnnaSha



anne sebelum makeup...punctual sungguh budak ni... sharp2 7am dah sampai tmpt mekap

anne after makeup...

anne sedia beraksi ke lokasi shooting di Putrajaya...

2012 Permulaan yang Indah dan Baik buat Beautiful by AnnaSha

Berbasikal di tengah2 kota Amsterdam..

Love in Paris...

2012 baru saja menjenguk kita dan harapnya saya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk para followers saya dan bloggers sekelian. Keterlewatan saya mengucapkan Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012 bukan disengajakan.. Saya berada di luar negara selama lebih kurang 10 hari kerana bercuti bersama anak dan suami. Kami menghabiskan masa (dan wang RM=Euro..pheww) bersantai dan merasa winter di Paris dan Amsterdam. Internet line mudah didapati di sana , kerana setiap hotel yang kami kunjungi ada menawarkan wifi percuma..tapi saya mmg tak berkesempatan hendak update blog dan fan page saya.. mana taknya.. ipad saya dh jd hakmilik kekal si anak...sabar je lah ..
Permulaan 2012 itu indah buat Beautiful by AnnaSha kerana.. hasil kerja saya terpampang di Mingguan Malaysia di sisipan Citra, tepat pada permulaan tahun 2012 iaitu 1/1/2012. Saya tak sangka ianya akan dipaparkan sebagai pembuka tirai 2012. Mana taknya.. banyak kontroversi dan kepayahan dihadapi utk menghasilkan gmbr dan cetakan ni.. heheh. Thanks to my dear friends yang banyak membantu Zurena Malik, press yang sabar dan penuh dgn idea yang memberangsangkan - Adawiyah, juga my talented talent yang penyabar dan sgt punctual Anne Zakaria.
Selain dari paparan hasil kerja saya di pamerkan pada hari pertama 2012, profail saya juga mendapat perhatian dari pihak karangkraf bahagian suratkhabar Sinar Harian. Wartawan Nurul Nazrah menselosori blog saya dan tertarik utk memaparkan tentang minat saya terhadap dunia solekan. Ini adalah penghargaan kali ke 2 dari pihak media tentang hasil kerja saya. (yang pertama oleh TV3 dalam Wanita Hari Ini). Terimakasih kepada pihak yang menyedari kewujudan saya yang kerdil ini.
Juga untuk permulaan 2012 ini di serikan sekali dgn hasil kerja saya dalam majalah Jelita keluaran Januari 2012 di mana saya merias artis baru Ramona Zamzam dalam segmen fesyen ala Retro utk 5 mukasurat.
Tapi yang paling penting ialah.. permulaan 2012 ini saya di kelilingi oleh orang2 yang saya sayangi dan rakan2 yang telus bersama saya dan juga para followers dan bloggers. Pure relationhip and friendship...Tq.
Saya akan memaparkan hasil kerja saya pada paparan seterusnya... terimakasih kepada para followers dan bloggers yang sudi mengikuti perkembangan terkini dari Beautiful by Annasha. Salam mesra dan Selamat Tahun Baru 2012 semoga tahun ini membawa kebahagian, kerahmatan dan rezeki melimpah ruah untuk kita semua. Amin.