nuffnang ads

Rabu, 4 Januari 2012

2012 Permulaan yang Indah dan Baik buat Beautiful by AnnaSha

Berbasikal di tengah2 kota Amsterdam..

Love in Paris...

2012 baru saja menjenguk kita dan harapnya saya tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 untuk para followers saya dan bloggers sekelian. Keterlewatan saya mengucapkan Selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012 bukan disengajakan.. Saya berada di luar negara selama lebih kurang 10 hari kerana bercuti bersama anak dan suami. Kami menghabiskan masa (dan wang RM=Euro..pheww) bersantai dan merasa winter di Paris dan Amsterdam. Internet line mudah didapati di sana , kerana setiap hotel yang kami kunjungi ada menawarkan wifi percuma..tapi saya mmg tak berkesempatan hendak update blog dan fan page saya.. mana taknya.. ipad saya dh jd hakmilik kekal si anak...sabar je lah ..
Permulaan 2012 itu indah buat Beautiful by AnnaSha kerana.. hasil kerja saya terpampang di Mingguan Malaysia di sisipan Citra, tepat pada permulaan tahun 2012 iaitu 1/1/2012. Saya tak sangka ianya akan dipaparkan sebagai pembuka tirai 2012. Mana taknya.. banyak kontroversi dan kepayahan dihadapi utk menghasilkan gmbr dan cetakan ni.. heheh. Thanks to my dear friends yang banyak membantu Zurena Malik, press yang sabar dan penuh dgn idea yang memberangsangkan - Adawiyah, juga my talented talent yang penyabar dan sgt punctual Anne Zakaria.
Selain dari paparan hasil kerja saya di pamerkan pada hari pertama 2012, profail saya juga mendapat perhatian dari pihak karangkraf bahagian suratkhabar Sinar Harian. Wartawan Nurul Nazrah menselosori blog saya dan tertarik utk memaparkan tentang minat saya terhadap dunia solekan. Ini adalah penghargaan kali ke 2 dari pihak media tentang hasil kerja saya. (yang pertama oleh TV3 dalam Wanita Hari Ini). Terimakasih kepada pihak yang menyedari kewujudan saya yang kerdil ini.
Juga untuk permulaan 2012 ini di serikan sekali dgn hasil kerja saya dalam majalah Jelita keluaran Januari 2012 di mana saya merias artis baru Ramona Zamzam dalam segmen fesyen ala Retro utk 5 mukasurat.
Tapi yang paling penting ialah.. permulaan 2012 ini saya di kelilingi oleh orang2 yang saya sayangi dan rakan2 yang telus bersama saya dan juga para followers dan bloggers. Pure relationhip and friendship...Tq.
Saya akan memaparkan hasil kerja saya pada paparan seterusnya... terimakasih kepada para followers dan bloggers yang sudi mengikuti perkembangan terkini dari Beautiful by Annasha. Salam mesra dan Selamat Tahun Baru 2012 semoga tahun ini membawa kebahagian, kerahmatan dan rezeki melimpah ruah untuk kita semua. Amin.

2 ulasan:

  1. wahh..beshnye kak dh smpi paris...

    BalasPadam
  2. cikguuuu... best in u was in paris... how nice..

    BalasPadam