nuffnang ads

Ahad, 20 Februari 2011

Muka Cantik tapi kaki busuk/ buruk????

Bayangkan anda berwajah se ayu dan se jelita ini atau awek anda seindah rupa begini...Atau anda terlihat seorang gadis ayu melintasi anda..dgn lenggoknya yang ayu dan kerlingan matanya menggoda. Bukan je lelaki boleh terpikat..yang perempuan pun bole menoleh dua kali melihat sambil dalam hati berkata..andai la wajah ku 'sememikat ' begini..harus boyfriend / suami ku tak cari lain..kan kan kan..mesti ada kan korang terdetik camni sket.

sekadar gambar hiasan


pastu masa gadis cantik ayu ni berjalan..tetiba kata lah..handphone dia terjatuh..dia pun menunduk nk amik kan..jatuh kat kaki dia..kita-kita yang duk memandang dia tadi pun ikut la menunduk ke bawah melihat dia mengambil handphonenya yang jatuh kt kaki tu...sekaliii...teeeeeeeeeeeetttttt.. aduh mak potong stim.. camna.. kalau kaki dia cam dlm gmbr kt bawah ni..


dah la buruk..pastu ada bauuu pulak...mesti korang akan cakap mcm ni.. "muka cantik tp kaki busuk/buruk' ...
Apa yang ingin saya sampaikan ialah..sesetengah kita, tak kira lelaki atau perempuan..dan khususnya untuk kaum perempuan..kita terlalu taksub untuk mencantikkan wajah kita, memberi perhatian 100% pada penjagaan wajah sehingga terlupa nk jaga kaki anda. Kecantikkan merangkumi semua dan  bukan hanya wajah. Pemakaian kasut atau sandal yang sesuai juga sama penting, sepenting menjaga kebersihan kaki dan mencantikkannya...kepada yang bertumit pecah, banyak barangan penjagaan tumit terdapat di pasaran. Invest sedikit wang anda untuk kaki juga..begitu juga bagi kaki yang berbulu atau berbau..buat sedikit kajian atau berjumpa doktor untuk menangani masalah anda.

Kebersihan adalah kecantikkan yang sejati.

Khamis, 17 Februari 2011

Pengantin Nurul Huda 13 Feb 2011

Pengantin kali ni sgt versatile dlm pemilihan makeup dan MUA untuk merias dia di hari bahagianya... Sebab untuk hari pernikahannya, dia menggunakan khidmat rakan MUA saya Fadhilah Adnan, manakala di hari persandingannya dia menggunakan Awin seindah wajah..(x silap di pendengaran saya..kalau pengantin terbaca blog ni sila betulkan ye kalau salah..) . Mana kala untuk majlis bertandang ke rumah lelaki dia memanggil saya untuk menyerlahkan penampilannya pada hari tersebut. Sudah tentu ada perbandingan yang akan diperkatakan..tetapi every makeup creations ada peminatnya yg tersendiri..kalau makeup dari MUA2 ni semua sama..xde identiti la pulak kan...so layan je la gmbr2 nurul di bawah ni..tak lupa juga gmbr kakak nurul yg last minute nk mekap jugak..sy terlupa nk ambil gmbrnya sebelum makeup..

nurul b4 makeup





ni kakak pengantin..request makeup natural


makeup Asyikin for her 'Lovey Romance' Photoshoot

Customer kali ni bernama Asyikin Ahmad.. she and her fiance, Hairy are getting married this year.. so be4 their big days.. diaorg nk brgmbr suka2 sbg memperingati detik2 percintaan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Kebetulan pula..my talented photographer friend Ashikin Abdullah buat promotion on her photography service...so apa lagi..this lovely couple grab this opportunity la..murah tu ... so layan la antara gambr2 mereka ini .. taken by Ashikin Abdullah.


 
Asyikin Ahmad (with the one layered foundation on..photo taken by AnnaSha)

makeup and hairdo by AnnaSha



photographer : Ashikin Abdullah
if u wish to have lovely photos like these feel free to contact Ashikin Abdullah via her email at ashikin.abdullah@yahoo.com

Ahad, 13 Februari 2011

My 1st Profile Album

My makeup profile album by Umar Ruslan, featuring Feeya Iskandar, Era Radio Deejay.





Thank You so much to photographer Umar Ruslan and sweet Feeya. Love both of you..wink wink..

Jumaat, 11 Februari 2011

WBA Contest 2011


Pencarian Wajah BA (Beautiful by Annasha) kembali lagi. Ia adalah satu aktiviti yang di rangka oleh Anna sha & Wan Zuraidi Wan Ismail bermula pada tahun 2010 untuk mempromosikan Beautiful by AnnaSha (BA). Sesuai dgn slogan BA, “to make people feels beautiful and enhance their self confidence” pertandingan kali ini adalah untuk individu-individu di luar sana yang sentiasa mahu berpenampilan menarik , ingin menonjolkan personaliti... dan keyakinan diri. Mana tahu kerana pertandingan kecil dari BA ini, anda mungkin menarik perhatian seseorang atau syarikat pengiklanan atau pengarah dan produser filem! Bukan kah..setiap kejayaan bermula dari langkah yg kecil. Mungkin satu hari nanti anda berjaya dan menjadi terkenal kerana langkah kecil dari BA.


“It’s beauty that captures your attention; personality which captures your heart.”



syarat2 penyertaannya sgt senang dan mudah.

1.tak kisah warganegara apa..malaysia, indonesia, filipina, sepanyol, british, spore..semua boleh menyertai pertandingan ini.

2. Lelaki dan wanita berumur dari 18 tahun – 35 tahun.

3. bertudung atau tidak semua boleh masuk pertandingan ini. kalau xde rambut pun boleh jugak.

4. Mestilah berpewatakan menarik. Berat badan tidak di ambil kira. Kurus , terlebih muatan pun bole join..asalkan anda tahu bagaimana hendak bergaya dan berpesonaliti menarik.



Bagaimanakah pertandingan ini di jalankan?

Pertandingan ini akan di jalankan dalam 4 peringkat untuk mencari 12 peserta akhir.

• Penyertaan untuk peringkat pertama dibuka pada 15 februari dan tarikh tutupnya pada 28 februari 2011. Undian akan di lakukan selama sebulan untuk mencari 3 peserta dgn undian LIKE terbanyak sebagai 3 finalis dari peringkat pertama.



• Penyertaan peringkat ke 2 pula akan dibuka pada 1 april 2011 dan tarikh tutup pada 15 April2011. Undian akan di lakukan selama sebulan untuk mencari 3 peserta dgn undian LIKE terbanyak sebagai 3 finalis dari peringkat kedua.



• Penyertaan untuk peringkat ke 3 akan dibuka pada 16 May 2011 dan tarikh tutupnya pada 31 May 2011. Undian akan di lakukan selama sebulan untuk mencari 3 peserta dgn undian LIKE terbanyak sebagai 3 finalis dari peringkat ke 3.



• Penyertaan untuk peringkat ke 4 akan dibuka pada 1 Julai 2011 dan tarikh tutupnya pada 15 Julai 2011. Undian akan di lakukan selama sebulan untuk mencari 3 peserta dgn undian LIKE terbanyak sebagai 3 finalis dari peringkat ke 4.



• Akhirnya setelah 12 orang finalis di kenal pasti, mereka akan bertanding untuk merebut gelaran Juara WBA 2011.

**bagi yang tidak berjaya semasa peringkat pertama, anda di boleh kan menghantar sekali lagi penyertaan untuk peringkat seterusnya tetapi hendaklah dgn profile yang berbeza.



Top 12 ini akan menghadiri photoshoot bersama AnnaSha dan rakan2 photographer yang akan di maklumkan kelak. Dan seterusnya pemilihan untuk Juara WBA 2011 akan di adili oleh juri-juri professional yang akan diumumkan kemudian.



Hadiahnya?

Pemenang WBA akan memenangi profile album dan penginapan percutian 2 hari 1 malam dalam Malaysia .



Cara-cara penyertaan

1. Hantarkan gmbr paras dada dan gambar penuh. Mestilah gambar yang berpesonaliti dan menarik ke email beautifulbyannasha@hotmail.com dgn tajuk WBA Contest 2011.

2. Sertakan no talipon,email anda atau fb add anda untuk di hubungi jika terpilih. Jika ada nama samaran sila sertakan sekali.



Pihak BA juga mengalu-alukan kapada sesiapa sahaja yang ingin menjadi penaja bersama untuk sepanjang event ini (tk kira dari segi wang ringgit, sponsorship, kerjasama etc).



Selamat mencuba dan memeriahkan pertandingan ini.

Beautiful by AnnaSha

See More

Rabu, 9 Februari 2011

My cooking Friends

jMy entry this time is about my cooking friends...what?  yes , i do have other friends beside makeup friend. Takkan la asyik geng makeup jee.. kan. anyway geng2 makeup sbnrnya geng paling baru in my life..it's started pada tahun 2008..my cooking friends ni seawal sekolah menengah sehingga yg terbaru pada 2010... let me start with my oldest friend first. Nama dia Nor A'ini Hasan atau nick name dia Ijan.. ni muka dia yg terkini..Ijan is one of my good friends from school time and until now. She is sweet lady and have an amazing voice.. masa sekolah dulu pernah bertanding nyanyian lagu asli dgn noraniza idris tp ijan kalah...bwh satu mata je..kalau tak ijan skg artis fofular..xpe la ijan..rejeki nya lain..hehehe
Ijan Driving nk gi antar kek..tp dia driving pandang belakang...heheh terror!

ni gmbr kami sewaktu zaman sekolah dulu..ahli PBSM tau.. ijan yg bertanda arrow tu..sweet kann dia masa ni.. AnnaSha pun ada ..tp segan nk tunjuk yg mana..sendiri teka la ye...heheh. Ijan skg tinggal di JB dan menjalankan bisnes dr rumah iaitu membuat cake, cupcake, kek lapis..mcm2 la.. sy pun ada order dr dia ..suka order-order heheh. tp hasil air tangannnya mmg x menghampakan. Malah ada kek2 buatannya yg di hantar sampai ke kl melalui pos. Kalau ada sesapa nk order dr dia leh email kt ani_ijan@yahoo.com .. or can visit her blog..tp x bape update sbb dia agak busy dgn tempahan.. kt bwh ni beberapa creations dr Ijan..



Now my second cooking friend.. Nama dia Nor Lailee Abu Hasan..Dia ni saya jumpa seawal tahun 2002 kot..x ingat dah. Kami sama stewardess.. jumpa sewaktu membuat penerbangan Haji ke jeddah..from there we become good friends..of course ada up and down in our relationship but we still friends until now. maybe true friends are like that..
wajah terbaru Lailee..dia baru je mengenakan hijab..alhamdullillah..

ni gmbr kami bersama sewaktu melakukan penerbangan Haji dgn Air Asia..sewaktu ni masing2 belum pun bertudung..tetapi sbb flight ni flight haji so semua crew di wajibkan bertudung.
Dgn Lailee ni pun saya ada gak order2 suka2 cupcakes dia..bg kt jiran lah, bg kt adik ipar..and ada jugak sy order for my daugther birthday pada 2008 kot..cupcake dia pun sedap. Dia dedicated to her passion ni sbb rasanya she's tired of flying kot..mana tau satu hari nanti dia berhenti  flying kan...

ini antara collection hasil kerja tangan Lailee. Kepada yang berminat nk tempah sekitar klang valley ni boleh la order melalui email mygalleyartwork@gmail.com. More pics and story in her blog
My Galley Artwork... try la ..belum cuba belum tahu...

My next friends is Marina Mustafa..she is a great cheff and talented. Nak tau camna we met?? heheh follow this link.... AnnaSha on TV3... situ la mula perkenalan kami. I missed all my friends from the show..Faizah, Kak Nazura, Bakhtiar, Lilian, Zack...semua laa...mesti ada tanya..AnnaSha menang ke?? jawapannya..ialah kak Marina dapat no 3. So kalau kak Marina yg terer ni dpt no 3..korang fikir sendiri la where is my place in the competition tu...heheh.
wajah terkini kak marina dgn hasil solekan AnnaSha..tu pegang hp tu bukan aksyen2 posing tau..mmg customer dia call...ala2 sibuk. Gambr ni di ambil sewaktu kak marina diinterview oleh Alaf 21. Nak buat buku lagi kot??
ni gmbr bersama kami..x yah arrow2 la nk tunjuk ..very clear dan nyata which is which kan...err nape AnnaSha pakai cermin mata tu..huhu..masa ni sakit mata daaa...


Ini adalah antara hasil air tangan seorg cheff yang amazing! marvelous..apa lagi..hebat.. she is good. she cooked with her heart and full of love. Food dia sedaaaaaappppppp!! Especially the mexican food she made last year during our (from the tv show) gathering. My dear followers and bloggers also can catch her on tv at TV astro Awani once a while..or go to MPH..and there she is ..doing her fav things..cooking. Cooking at MPH? betul...any question or you wanna order something or just wanna see what she'll do to drool you everyday u can visit her fan page Cooking with Marina Mustafa


Sekian my story about my 3 cooking friends..Ada je kawan2 lain..tp kali ni dpt idea nk story about them. kwn2 lain jgn kecik hati ye..i love u guys..

Selasa, 8 Februari 2011

My Cinderella Slippers...

This is my favourite slippers since 2008. Fisrt time tgk terus jatuh cinta..Gisele Bundchen adalah salah seorang super model yang saya minat. So secara tak langsung barangan yg di keluarkan beliau jadi perhatian saya.. iaitu selipar ni Jenama Ipnema. Sy suka sgt selipar ni sampai kan hubby beli sandal lain or kasut...selipar ni jugak yg di sarung akhirnya..
Cinderella slippers ni dapat namanya pada oktober 2010. masa tu saya mekap utk customer bertunang. pegi rumah org tu punye ler besor.. kita selamba je pakai selipar buruk ni...(sebenarnya kebanyakan buat job mmg pakai selipar ni, mcm org miskin kan...huhu). So selepas makeup tu, nk balik , cari ler selipar kesayangan ni...15 min jugak la tercangak2 mencari..tetamu dh ramai kt khemah tgh makan. Tuan rumah, ayah customer, tegur saya...kasut hilang ke? Sy angguk2 je..dh dia suruh semua orag cari my slippers..tak jumpa jugak. huhu..akhirnya sy balik without my slippers. Pakai selipaar jepun tuan rumah, masuk keta change to my lovely nine west sandal. (ada sandal lain..ada sgt..tp nk selipar buruk tu jugak).
So after 2 days, customer yg sy mekap tempohari call kata , selipar sy dh di jumpai...ayat dia camni..'kak anna..your cinderella slippers dh dijumpai..' so from there my Ipnema slippers ni dapat nama dia...
Skg My Cinderella Slippers ni dh 'nazak' sgt...saya sedih..sbb banyak kenanngna dgn selipar ni..huhu.

tgk tu dh retak2...

tapak pun dh tercabut


huhu....

antara saat2 indah bersama My Cinderella Slippers




huhu..bye bye selipar ku.... jasa mu ku kenang.