Pi Penang

Semalam hari jumaat, lepas anakanda beta, tuan puteri Omel balik dari sekolah agama.. Kami terus bergerak ke Penang. Pkl 6.15 menempuh jam atas hiway. Berjanji jumpa dengan anak-anak sedara suami kat R&R sungai buloh. Walaupun perjalanan ke Penang ni cuma nak menghantar tanda (bertunang) utk anak sedara suami.. Tapi sexcited nya alahaiii.. 
Kami sampai Penang dalam pukul 11 lebih terus ke hotel penginapan yg di taja oleh ????. Kamsahamnida kepada yg menaja hotel penginapan kami.
Akmal anak sedara suami yang berperut bulat (kikiiki) ajak makan kat 'nasi tomato beratur sejam'. Haaa tu dia!! Pestaim dengar 'nasi tomato beratur sejam' kat penang. Sokmo sokmo dengar kalau ke penang mesti nasi kandar line clear tak clear tu. Badan ni dah penat tapi sebab nak try 'nasi tomato beratur sejam' ni so pegi lah jugak. Dalam hati dh lemau.. Ini kang kalau betul beratur sejam mau aku bentang tikar tidur seround dulu. 
Katanya nasi tomato di kedai ni sgt sedap tak hengat sehingga orang sanggup beratur panjang dan berjam jam. Pernah berlaku especially kalau ada cuti umum.. Beratur cam ulaq panjiaaaaang!!!! 2 jam baru sampai ke depan pegang pinggan berisi nasi tomato. Tu pelik naa orang malaysia ni.. Sifat penyabar terhadap makanan di saat perut berkeroncong sangat tinggi. Berdiri punya la lama sejam lebih baru dpt makan.. Pastu tak sampai 15 minit makan, abis licin menciutkan. Tetapi kalau dalam kereta yang beraircond duduk atas kerusi empuk keta tu.. terperangkap dalam jam yang kadang2 tu tak sampai setgh minit pun.. Wah dia punya nak potong que tu kekonon chap chup cass menyelit takde sabar langsung. Beza betul jurang kesabaran antara que nak makan ngan que duk dalam keta dalam jam...
Sesaja tulis pasal jam tu .. Nk panjangkan write up.. Kikikiki. Kdg kau pun potong que gak.. Tak yah polis sangat lah kann..




Tu kami sampai kat 'nasi tomato beratur sejam' terus cecepat masuk que. Dengan anak2 sedara tapi tak semua ikut.. Akmal, hanif, aji, kak ila dan cucu sedara, si adam je yg ada...Haaa nampak tak nampak tak.. Nasib kami baik la malam tadi.. Tak sampai sejam lah beratur sbb orang tak ramai.


Sedang menikmati hidangan nasi tomato. Akmal kata mmg sedap sangat. Tapi pada saya ok sahaja. Takde la tak sedap .. Ianya dalam kategori sedap dan boleh dipertandingkan ke 'dapur orang lain yang masak kau yang panas'.... Haa gitu.


Licin pinggan. Sedap plus lapar. Anak2 sedara suami ni memang bagus dalam bab makan. Kalau buat makan2 ajak diaorg memang bagus sbb makanan tidak membazir. 

K.. Dh makan nak balik otel lah. Nak membuta. Ni kedai 'nasi tomato beratur sejam' .. Nama sebenaqnya 'nasi tomato batu lanchang'. Siap ada fesbuk u ollss. Lupa nk kabar yang kedai ni start buka pukul 11 malam dan sehingga makanan abis. Sekian...

Ulasan

  1. Nasi tomato beratoq sejam aka berjam-jam tu sedap n mengenyangkan tak, puan annasha yang gebuss?

    BalasPadam

Catat Ulasan