Orang makan ketam kita pun nak makan gak. Terliur tengok Diana Amir post dalam IG dia😋 makan ketam kat shell out damansara. Saya ajak husband gi try makan kat shell out ni. Ok kata husband. So selepas 2 bulan ok tu baru lah dapat ke shell out.
Nak ke shell out ni kena buat reservation. Pkl 5 ptg kami call untuk reservation dinner pkl 9 malam. Wah kondifen gitewww nanti dtg pkl 9 malam leh terus duduk ngap ketam.
Kami sampai pkl 8.50 malam. Tengok kat luar restoren dia punya laaaaa ramai customer beratur. Suami kita pun terus la jumpa waitress dia kt muka pintu tu beritau yg kami dah sampai utk reservation pkl 9. Ingatkan terus dapat masuk... Ropernya kena tunggu gak u ollsss.. Tapi tunggu tak lama after 15 minutes camtu dah ada meja kosong. Hoyeh!!
Nape kita teruja beno nak shell out? Padahal makan ketam jew pun.. Sbb nak makan sepah-sepah ... Dulu kecik kecik makan sepah- sepah kena marah dgn mak. Dh besar nak makan sepah-sepah kat rumah macam tebiat la pulak kan kan kan...jadi moh ler kita ke shell out.
Tu makan sepah gitu. Takde pinggan. Lambak je atas meja.
Kitaorg suka lah makan sepah sepah gitu.. Kuda kuda itu pun suka...
Kita pun nak pisyo sblm mkn.
Itu tukul dia nak kecepeh ketam ketam itew...
Kenyang betul mkn kt sini. Alhamdullillah. Boleh datang lagi lain kali wpun mahal tapi makanan dia sedap!
Google je Shell Out Damansara.. Pastu waze ke situ mesti jumpa punya. Jgn lupa buat reservation dulu eaaaa...
nyum2
BalasPadamnyum2 memang sedap
BalasPadam