nuffnang ads

Selasa, 31 Mei 2011

Ieda Tawen ... yak yak Yeay....

kali ni saya makeup kan seorang photographer yg kecik molek orangnya.... dia sempoi je.. rajin tersenyum... tp kalau tgk laki dia lagiiiiiii suka senyum... Yang bestnya tentang majlis perkahwinan Ieda ialah... sebaik sahaja pihak lelaki masuk ke rumah perempuan... hujan turun dengan selebat2nya... fuyooooo... ujan rahmat... ujan rezeki tuu... ieda. Tp x lama lepas tu ujan pun berhenti... sungguhpun ujan... tetamu punya la ramai...tu yang masing2 semua bersesak-sesak di bawah khemah tu... dan makanan pengantin sedaaapppp! Ieda kalau baca ni... nanti bg gmbr nikah pulak eh... akak x sempat nk snap pic ari tu.. mekasih. Akak doakan ieda kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan di kurniakan anak2 yg raaammmaaaiiiii. aminnnn.

Ieda sblm makeup

ieda selepas makeup ready utk bersanding.... gmbr nikah duk tunggu  nih dr ieda sbb saya tak sempat nk amik gmbr nikah.

manyaknyerrrr duitttt

berapa nk bg kak anna ni... lupa la...seribu, dua ribu... alahhhh... 5 ribu je la bg kt dia... (hehehe)

senyum dulu sblm bg duit kt kak anna

eh eh... ni apa si bul bul dgn wife dia ada interframe kt sini pulak...

Isnin, 30 Mei 2011

Makeup Leeya Deen for Mingguan Malaysia

Leeya didalam ruangan citra wanita Pancaindera pada Ahad Lepas

Leeya sebelum photoshoot start kt Utusan Malaysia...



wajah innocent Leeya b4 makeup... cam budak2 sekolah darjah 8...heheh

Leeya dan famous and talented fashion designer yg kebetulan ada kt situ.. Rico.

Leeya dan makcik kantin jual karipap nk interframe jugak... heheh

Selasa, 24 Mei 2011

ZaZa Omar and Ted Adnan

Who is Zaza Omar and Ted Adnan nih??
Zaza Omar is the model.. Ted Adnan is the well known photographer...bila diaorg bergabung...meletop la jadinya... bekerja dgn 2 orang insan ni mmg best...wpun ada a little hiccup here and there.. tp dpt di atasi sbb bekerja dgn pro dlm bidang mereka masing2. so ini lah hasilnya Zaza Omar in Ted Adnan's photo.


Ted yg kiri sekali... baju zaza ni dari collection Syarifah Syafina yg diri di sebelah kirinya...well me as usual with my PA for life.. Omel kt sblh kanan tu... errr abg sorg lagi tu lupa le nama dia..sorry abang..


Gambar2 di bawah ini adalah dari lensa amatur AnnaSha jeh... layannn





Za.. buat apa tu?? menurun ke??? heheheh...lap u lah..jgn marah haaaa

Isnin, 23 Mei 2011

makeup Aina Emir for Underwater at National Science Centre

Demam skg... x mampu nk celoteh panjang2...tgk gmbr je la ye kawan2 sekelian... huhu.. klik kat video underwater utk menonton video shootingnya....

aina ..belum pakai lipstik tuuu

saya dan aina...abaikan muka comot saya...

aina dh ready di belakang tabir akuarium pusat sains negara

aiseh.. ikan arapaima ni blok muka aina.. pose manja lak tuh

barisan crew di belakang tabir pembikinan.. kt sebelah saya yg buat muncung sama tu Dek Lin, sebelah dia Mimi, Yasalma, pastu si jelita 2 org tu reporter tersohor.. hihi..dik kalau ko baca nih jgn marah haaaaa

abam napie (wpun dia lg muda dari saya)... org yg bertanggungjawab menenggelamkan anak daraa orang...

Tasya harun yg cute ..suka kat dia..salah sorg model..sorg lagi zahnita wilson... tp xdek gmbr dia...

My Underwater makeup

Jumaat, 20 Mei 2011

Makeup kak Roky nak terima award ....

Ahad lepas... kak roky yg sgt sempoi ini telah panggil saya utk mekapkan dia shantik2 untuk penerimaan award. Walaupun saya panggil dia kak Roky, tp sebenarnya dia lebih muda dari saya...heheh. Bukan saya berangan jadi muda ye... tetapi kak roky berangan jadi tua...jangan marah Roky ye.. lap u lah. Sebenarnya sejak mula dia book saya untuk mekap ni dia dh bahasakan diri dia kak Roky...saya pun ikut je la..kak Roky pun kak Roky lah...yang penting kita happy kan kan kan...dan kak Roky pun happy... nanti panggil saya lagi tau!







Bertemu dan Berpisah

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu bermain pondok-pondok dibawah rumah kak tun dan cik boy (cik boy ni adik kak Tun, nama dia nazri..tp dari kecik kami panggil dia boy).. dulu-dulu bawah rumah tu rasa tinggi je...sebenarnya kitaorg yg rendah kan kan ...pastu main baling selipar, main tiup daun terup..main zero point...main kt kebun nenas...masak ubi...best kot!! Tapi sewaktu umur ku 8 tahun abah dan mak merantau bawa aku sekali...actually abah ni askar..so kena transfer ke melaka... berpisahlah aku dgn kak tun dan cik boy...cuma sesekali bila balik kampung kami bermain bersama...
Lama sekali tetiba aku dh besar... dah nak amik SPM. Kak Tun ke sekolah Teknik...cik boy aku tak ingat dia ke mana...Lama rasanya berpisah dgn diaorg ni..susah nak berjumpa..Tapi sesusah manapun nk berjumpa..kami pasti bertembung muka..sebab rumah sebelah menyebelah je.. Kalau tetiba terdengar suara mak long menjerit-jerit itu tandanya cik boy dan kak tun adalah kat rumah... heheh..kena leter la tu. Aku akan menonong datang dan ajak mereka bersembang ataupun kami pergi ke air terjun berdekatan rumah kitaorg...
'aku sedih la Na...huhu" kak ita mengadu satu hari..
"nape kak tun?'
'Elis tak nak aku..dia..." aku dh tak ingat kenapa Elis broke off dgn kak tun.( kalau x silap aku lah nama mamat hensem pujaan hati kak tun tu.) Tapi sekejap je sedih kak Tun..sebab selepas tu berderet pakwe beratur nk couple dgn dia...
Satu hari selepas kami masing-masing bekerja.. kak Tun mengadu lagi.. 'Ana..aku baru je clash dengan pakwe aku..aku sedih la Na"
Kebetulan pula aku ada janji temu pertama (first date) dengan seorang pakwe yg boleh tahan hensemnya..so dengan lancarnya mulut aku bersuara " kak Tun..jom ikut aku pegi date..aku kenalkan kau dengan pakwe ni..hensem kak Tun... sesuai lah dengan kau"
"Abis kau Na mcmana? kan kau yang nak dating dengan dia.."
"takpe kak Tun, aku bukan ada apa-apa pun dengan dia...esok kita jumpa dia eh..ajak cik boy sekali lah..takde lah aku sorang-sorang nanti kalau kau berbual dgn pakwe ni" aku memberi cadangan.. Kak Tun setuju...terus dia lupa masalahnya..
Esoknya kami berjanji temu dengan pakwe ni di Central Market.. aku, kak Tun dan cik boy menunggu hampir sejam sbb pakwe hensem tu tertido dan terlupa janji temunya dengan aku...hampeh. Bila pakwe ni sampai (tanpa mengetahui rancangan aku nk kenenkan dia dgn kak Tun), dengan gentlemennya dia ajak kitaorg makan walaupun terpaksa belanja makan 3 orang instead of aku sorang. Masa tu Rasa Utara sangat hebat kot di Central Market.. Esklusif dan agak mahal. Tapi agaknya memang dah jodoh aku dengan pakwe hensem tu... kami masih bersama sehingga sekarang sebagai suami isteri.. tak menjadi rupanya plan aku nk jodohkan kak Tun dengan pakwe hensem tu aka suami ku. Mungkin kak Tun tak mau kegembiraannya menjadi duka ku..Terimakasih kak Tun...
Pada satu ketika aku dan kak Tun menyewa rumah bersama di KL..di Old Klang Road. Dia amat terkenal dgn kaki gayut di telefon. Maklum la masa tu penggunaan hp belum meluas..masa tu hp jenis yg besar botol air budak pegi sekolah dan sgt mahal kot! so telefon rumah sewa la yang menjadi penyambung cinta kami yang bujang2 ni dengan pakwe masing2. Satu hari tu..Kak Tun start bergayut seperti biasa dari siang hari.... hingga ke tengah malam...kami yg lain2 dalam rumah sewa tu sangat bengang!! sebab masing2 tunggu panggilan pakwe masing2...huhu. Tiba-tiba tepat pukul 12.30 malam..ada ketukan keras di muka pintu rumah sewa kami..masing2 terkejut kecuali kak Tun yg masih bergayut tu...essshh! Bila pintu di buka..rupanya pakwe ku (skg suami..) datang sbb tak dapat nak call aku dari siang tadi...muka pakwe ku sgt furious kot..hehehe...baru la kak Tun tersengih dan letak telefon...
Bila aku dapat tawaran sebagai pramugari di Malaysia Airlines..sekali lagi aku berpisah dengan kak Tun..aku berpindah tinggal di Subang.. kehidupan aku berubah..aku semakin tiada masa bersama kak Tun dan semakin lama kami semakin jauh... aku amat payah bertemu dengan kak Tun kerana jadual kerja ku. Kalau hari raya belum tentu aku dapat berjumpa sbb mungkin semasa itu aku berada di luar negara. Tup tup aku dengar kak Tun bakal berkawin dengan polis hensem bernama Joe (kami panggil cik joe).. Aku tak dapat menghadiri perkahwinannya sebab aku kena bertugas di awan biru ..tetapi sehari sebelum majlisnya berlangsung..aku luangkan masa ku yg padat itu balik kampung ingin bertemu kak Tun dan beri hadiah periuk letrik beso..haha...Kak Tun suka sangat..
Kemudian tup tup..dia dah beranak...mula2 satu kemudian 2... pastu stop. cepat sangat kak Tun stop..katanya penat..biar dulu la..
Selepas aku berkahwin..kami mula rapat kembali..semakin senang berjumpa. aku rajin ke rumahnya bersama suamiku... dan aku lihat periuk nasi pemberian ku ada di dapurnya.. kak Tun kata..'nasib baik ko bagi aku periuk nasi mek Na..' aku senyum bangga. (selepas aku kawin dgn suami ku, kak Tun panggil aku mek Na)
Adat berumahtangga kalau tiada badai dan ombak bukan rumahtangga namanya.. aku menolong kak Tun mengharungi perit getir rumahtangganya.. susah payah tangis bersama dan kami berjaya! yes! Sinar bahagia menyerlah kembali dalam rumahtangga kak Tun bersama cik Joe. happynya aku... sehappy kak Tun.
Kemudian kami berpisah lagi..kerana aku mengikut suami ku ke singapura selama 2 tahun dan kemudian kembali semula ke KL.
Satu hari..seperti sebelum2 ini.. kak Tun mengadu kepada ku.."Mek Na..aku sedih...'
aku terkejut..apa lagi nak disedihkan..apa pulak badai yang melanda kali ini...
'aku kena breast cancer'..perlahan kak Tun manyambung kata...
aku terdiam. Kali ini aku tiada idea, tiada kata, tiada apa-apa...
'aku mungkin akan operate mek Na... kau jangan cerita kat sesiapa tau"
aku diam..angguk tidak geleng pun tidak.. didalam hati ku sudah banjir dengan air mata...
Kak Tun melalui proses kemoterapi dan kemudiannya pembedahan dengan tabah dan berani. Alhamdullillah dia free cancer... yeay! kak Tun.
Pada hari raya 2009 kak Tun berkunjung kerumah ku di kg ..tradisi yg di lakukannya setiap tahun tanpa gagal. Dia datang dengan rambut bergaya dan menarik. Cantik bergulung2...heheh. Bila adik2 ku memuji , kak Tun jawab ' kalau korang nk dapat rambut macam ni, kena la sakit mcm kak Tun dulu.."
satu hari tahun 2010, kak Tun call aku..'mek Na, aku sakit lagi...."
kali ini aku mampu berkata dan memberi kata2 perangsang... aku tau dia sangat kuat dan tabah...kadang2 tengah2 malam dia akan call dan menyuarakan kebimbangannya dan aku akan mententeramkan kak Tun. Kadang2 dia akan menangis...dan aku akan susah hati. Tapi ku sembunyikan perasaan itu dari kak Tun.
Setiap tahun aku pasti mengadakan rumah terbuka di KL... dan kak Tun pasti datang ke rumah ku di KL ni. pada tahun 2010, open hse hari raya ku sangat meriah berbanding open hse yang terdahulu. Ramai kawan2 lama ku datang.. Kak Tun pun sudah semestinya datang...yang bestnya..mak dan abah aku pun datang dari kampung.. Kak Tun nak bergambar dengan semua orang...dengan aku, dengan mak aku, dengan adik2 aku.. dengan sesiapa yang dia kenal..
'cepat lah..amik gmabr kak tun ni..' sibuk dia mengarahkan cik boy amik gmbr... happy sgt time tu...
Penghujung tahun 2010.. kak Tun semakin lemah.. kalau aku bertemunya, pasti luluh jiwa ini melihat dirinya. tapi ku gagahkan dengan senyuman..aku bergurau senda dengannya...terlupa dia seketika sakit yang dihadapi..
Satu hari di tahun 2011 cik boy call, 'mek Na meh la datang rumah baru aku..kak Tun pun ada ni..dia tya kau'
Aku pun bergegas pergi ..tak sabar nk tengok rumah baru cik boy. aku lambat sangat nk sampai..cik boy dh telefon banyak kali tanya aku kat mana..'kak Tun dh nak balik ni' ujar cik boy di talian.. sesampainya aku di rumah cik boy kak Tun sedang menyandar di sofa tersenyum menyambut ku. "aku dh nak balik la mek Na..apesal ko lambat sangat..cik Joe dah sampai ni nak amik aku' bebel kak Tun... aku tersengih...sori kak Tun.
sempat kami berbual, kak Tun kata ' aku nk benti keja lah mek Na..penat la nk keja dengan sakit mcm ni'
aku bersetuju sangat..kemudian kak Tun berkata lagi..'nanti aku dapat kerusi roda tau...heheh"
'wah bestnya kak Tun dapat kerusi roda free" aku berseloroh.. tapi tak sempat nak berlama-lama.. kak Tun dipimpin cik Joe suaminya ke kereta... pulang ke rumah.
13 hari sebelum tulisan ini di tulis, cik boy memanggil aku datang kerumahnya...baca kenduri doa selamat sket masuk rumah baru katanya.. aku pulak sangat sibuk.. aku jawab jemputan cik boy ' aku sibuk la cik boy.. tengoklah insyaallah aku datang"...sampai ke malam aku tak sampai2 pun rumah cik boy...2 3 kali cik boy call ' bila kau nk sampai mek Na, kak Tun dah tunggu kau ni...'
Aku gagahi juga datang ke rumah cik boy semata2 kerana kak Tun... aku penat sangat..tapi aku tak tak tahu kenapa aku datang juga...sempat kami bergurau pasal Ashraff Muslim yang hensem tu...heheh.
3 hari sebelum tulisan ini di tulis, aku mendapat panggilan telefon dari cik boy pada pukul 1.45 pagi.... jantungku tiba2 berdegup laju. Belum sempat aku berkata apa2, cik boy meraung di sebelah talian 'Na, datangla kt hospital serdang ni... kak Tun dah kritikal"
kali ini aku berdesup laju bersiap.. aku tak mau lambat bertemu kak Tun, ku kejutkan suami ku dan kami bergegas ke hospital serdang. Aku sampai pada pukul 2.15pagi... mak long sedang termenung disisi katil kak Tun, pak Long sedang membaca yassin bersama abang izam (abg sulung kak Tun), cik boy sedang mendakap kak Tun sambil mengucapkan kalimah2 ayat suci di telinga kak Tun.. cik Joe bersandar di tepi kerusi bersama ke dua anaknya...Bila mak long melihat ku sampai, air matanya yang kering basah semula..di peluknya aku erat-erat sambil bertanya kenapa begini jadinya...kali ini aku tak mampu menahan air mataku...merembes laju seperti hujan. Ku tatap wajah kak Tun yang memakai alat pernafasan..melihat dadanya yang berombak menghela nafas... ku cari anak matanya tapi hampa kerana kak Tun lena dalam komanya. Dalam rembesan air hidung dan mata, ku capai surah yasin dan ku gagahi membacanya..
Setelah agak lama cik boy membisik kalimah2 Allah itu, cik Joe datang mengambil alih...mengalunkan dan membisikkan kalimah2 dan ayat suci ke telinga kak Tun. Kemudian cik joe membisikkan " sayang, jangan risaukan I, jangan risaukan anak-anak...I boleh jaga anak-anak..you jangan risau ok" .. selepas bisikan itu sampai ke telinga kak Tun, setitis airmata mengalir keluar dr matanya..dan pada pukul 3 pagi selepas lega mendengar bisikan dari suaminya, kak Tun meninggalkan kami semua..............Kak Tun meninggalkan kami di dakapan suami tersayangnya...di hadapan anak-anaknya... dan disaksikan kami yang dekat dengannya....
Ku seka airmata yang tak berhenti mengalir di pipi..merapati kak Tun dan ku cium dahinya yang dingin....
Aku berpisah lagi dengan kak Tun...kali ini perpisahan kami adalah untuk selama-lamanya... Al Fatihah.

aku, kak Tun (ditengah) dan cik boy

Rabu, 11 Mei 2011

Makeup for Feeya Iskandar

Minggu lepas, saya dijemput oleh Urban Vibe (organiser pameran pengantin) untuk buat mekap demo kt pameran pengantin anjuran diaorg di Selayang Mall....Saya mekapkan Feeya Iskandar... leh la tgk kt link ni jugak... Feeya Iskandar

kat bawah ni gmbr2 feeya yg saya mekap dgn konsep "Look best in Natural"...




Khamis, 5 Mei 2011

Jangan sampai kena saman...

Salam semua bloggers...lamanya saya tak update blog ni...masa betul2 tak mengizinkan untuk bermesra dan bergurau senda dgn blog kesayangan saya ini...huhu. Kali ini saya tak dapat menyiarkan byk gmbr2 makeup sepanjang minggu dan hujung minggu yg lepas. Kenapa eh? Sebab dalam ramai2 yang saya mekap sepanjang minggu lepas dan hujung minggu lepas, hanya seorang yang mengizinkan saya menyiarkan gmbrnya dari hasil mekap saya. Saya hormati dan akur dengan permintaan customer2 saya .. Ada yang memang tidak suka disiarkan utk tatapan umum. Mereka lebih suka berkongsi dengan insan tersayang dan keluarga serta rakan2 sahaja. Ada yang dr golongan corporate perlu menjaga imej, kalangan VIP dan juga emergency situation...heheh. Emergency situation????? Ini kes di mana sy di panggil untuk menyelamatkan situasi pengantin yang tak puas hati dan hampir menangis dan tak mahu bersanding sbb mekap dia rosak. Nasib baik waktu itu saya berada di lokasi berhampiran..baru je selesai makeup seorg VIP ni, sy mendapat panggilan untuk touch up pengantin. Makeup artis pengantin ni katanya x dpt dihubungi utk menyelamatkan keadaan...(??). So emergency situation ni ..x dpt la kita nk amik gmbr kan..dh la pengantin sdg menanah di hati..lagi nk suh posing..lgpun originaly makeup is not by me... saya touch up jeeee....
Jadi sy nk bagi sedikit sahring is caring utk kawan2 makeup artis... mana yg dh tau dan selalu praktiskan mcm saya bagus la.. bg yg baru dan x prnh praktiskan apa saya buat.. sila lah kita sama2 amal2kan. Panduannya ialah - sebelum ambil gmbr customer,tak kira ukt mekap apa pun, saya akan bertanya dulu samada bole saya ambil gmbr mereka. jika mereka ok, saya akan bertanya lagi bole tak saya siarkan di fan page FB saya dan blog saya sebagai profile makeup saya.. jika mereka kata ok..so sy proceed. Jika mereka kata ok utk amik gmbr tp tak bg di publishkan di blog dan fan page, so jgn publish. Jgn nk ikut degil kepala. sebba tgk gmbr lawa...nk jugak publish tak peduli org dh kata tak mau publish... JANGAN SAMPAI KENA SAMAN yeee. Kena hormat privasi orang tau.!!
Tapi customer sorang ni..ok..dia bg saya publish gmbr2nya...Terimakasih Mala. so layan je la gmbr2 dia di bawah ni
mala yg sweet wpun sebelum mekap..

bersedia nk pegi ke masjid berhampiran utk akad nikah...

senyum dulu.....

mlm berinai.. Mala pakai sanggul lintang bersama kuntuman rose merah jambu penyeri hiasan kepala.

mekap ini untuk bersanding keesokan harinya... Mala belum saya pakai kan lipstik lagi.


Mala bersama rakan baik merangkap Fashion Designer baju pengantinnya, Azura dari Stazurin Bridal Creations. Dia ni pun buat pelamin...cantik sangat dan sweeeeeettt pelamin2 hasil sentuhan darinya/

Mekap bersanding tanpa lipstik dan sanggul rambut.  Saya serahkan kepada assistant saya untuk pemakaian lipstik dan sanggul rambut. sbb tu sy xde gmbr siap Mala bersanggul. Nanti sy usahakan minta dari dia...

Mala comel yg happening...rindu kt nenek awak lah...heheh kirim salam kt nenek bermata biru ye.

Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan perkhidmatan pakej perkahwinan dari Stazurin - sila ikut link ini
Stazurin Bridal Creations.