Bertemu dan Berpisah

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu bermain pondok-pondok dibawah rumah kak tun dan cik boy (cik boy ni adik kak Tun, nama dia nazri..tp dari kecik kami panggil dia boy).. dulu-dulu bawah rumah tu rasa tinggi je...sebenarnya kitaorg yg rendah kan kan ...pastu main baling selipar, main tiup daun terup..main zero point...main kt kebun nenas...masak ubi...best kot!! Tapi sewaktu umur ku 8 tahun abah dan mak merantau bawa aku sekali...actually abah ni askar..so kena transfer ke melaka... berpisahlah aku dgn kak tun dan cik boy...cuma sesekali bila balik kampung kami bermain bersama...
Lama sekali tetiba aku dh besar... dah nak amik SPM. Kak Tun ke sekolah Teknik...cik boy aku tak ingat dia ke mana...Lama rasanya berpisah dgn diaorg ni..susah nak berjumpa..Tapi sesusah manapun nk berjumpa..kami pasti bertembung muka..sebab rumah sebelah menyebelah je.. Kalau tetiba terdengar suara mak long menjerit-jerit itu tandanya cik boy dan kak tun adalah kat rumah... heheh..kena leter la tu. Aku akan menonong datang dan ajak mereka bersembang ataupun kami pergi ke air terjun berdekatan rumah kitaorg...
'aku sedih la Na...huhu" kak ita mengadu satu hari..
"nape kak tun?'
'Elis tak nak aku..dia..." aku dh tak ingat kenapa Elis broke off dgn kak tun.( kalau x silap aku lah nama mamat hensem pujaan hati kak tun tu.) Tapi sekejap je sedih kak Tun..sebab selepas tu berderet pakwe beratur nk couple dgn dia...
Satu hari selepas kami masing-masing bekerja.. kak Tun mengadu lagi.. 'Ana..aku baru je clash dengan pakwe aku..aku sedih la Na"
Kebetulan pula aku ada janji temu pertama (first date) dengan seorang pakwe yg boleh tahan hensemnya..so dengan lancarnya mulut aku bersuara " kak Tun..jom ikut aku pegi date..aku kenalkan kau dengan pakwe ni..hensem kak Tun... sesuai lah dengan kau"
"Abis kau Na mcmana? kan kau yang nak dating dengan dia.."
"takpe kak Tun, aku bukan ada apa-apa pun dengan dia...esok kita jumpa dia eh..ajak cik boy sekali lah..takde lah aku sorang-sorang nanti kalau kau berbual dgn pakwe ni" aku memberi cadangan.. Kak Tun setuju...terus dia lupa masalahnya..
Esoknya kami berjanji temu dengan pakwe ni di Central Market.. aku, kak Tun dan cik boy menunggu hampir sejam sbb pakwe hensem tu tertido dan terlupa janji temunya dengan aku...hampeh. Bila pakwe ni sampai (tanpa mengetahui rancangan aku nk kenenkan dia dgn kak Tun), dengan gentlemennya dia ajak kitaorg makan walaupun terpaksa belanja makan 3 orang instead of aku sorang. Masa tu Rasa Utara sangat hebat kot di Central Market.. Esklusif dan agak mahal. Tapi agaknya memang dah jodoh aku dengan pakwe hensem tu... kami masih bersama sehingga sekarang sebagai suami isteri.. tak menjadi rupanya plan aku nk jodohkan kak Tun dengan pakwe hensem tu aka suami ku. Mungkin kak Tun tak mau kegembiraannya menjadi duka ku..Terimakasih kak Tun...
Pada satu ketika aku dan kak Tun menyewa rumah bersama di KL..di Old Klang Road. Dia amat terkenal dgn kaki gayut di telefon. Maklum la masa tu penggunaan hp belum meluas..masa tu hp jenis yg besar botol air budak pegi sekolah dan sgt mahal kot! so telefon rumah sewa la yang menjadi penyambung cinta kami yang bujang2 ni dengan pakwe masing2. Satu hari tu..Kak Tun start bergayut seperti biasa dari siang hari.... hingga ke tengah malam...kami yg lain2 dalam rumah sewa tu sangat bengang!! sebab masing2 tunggu panggilan pakwe masing2...huhu. Tiba-tiba tepat pukul 12.30 malam..ada ketukan keras di muka pintu rumah sewa kami..masing2 terkejut kecuali kak Tun yg masih bergayut tu...essshh! Bila pintu di buka..rupanya pakwe ku (skg suami..) datang sbb tak dapat nak call aku dari siang tadi...muka pakwe ku sgt furious kot..hehehe...baru la kak Tun tersengih dan letak telefon...
Bila aku dapat tawaran sebagai pramugari di Malaysia Airlines..sekali lagi aku berpisah dengan kak Tun..aku berpindah tinggal di Subang.. kehidupan aku berubah..aku semakin tiada masa bersama kak Tun dan semakin lama kami semakin jauh... aku amat payah bertemu dengan kak Tun kerana jadual kerja ku. Kalau hari raya belum tentu aku dapat berjumpa sbb mungkin semasa itu aku berada di luar negara. Tup tup aku dengar kak Tun bakal berkawin dengan polis hensem bernama Joe (kami panggil cik joe).. Aku tak dapat menghadiri perkahwinannya sebab aku kena bertugas di awan biru ..tetapi sehari sebelum majlisnya berlangsung..aku luangkan masa ku yg padat itu balik kampung ingin bertemu kak Tun dan beri hadiah periuk letrik beso..haha...Kak Tun suka sangat..
Kemudian tup tup..dia dah beranak...mula2 satu kemudian 2... pastu stop. cepat sangat kak Tun stop..katanya penat..biar dulu la..
Selepas aku berkahwin..kami mula rapat kembali..semakin senang berjumpa. aku rajin ke rumahnya bersama suamiku... dan aku lihat periuk nasi pemberian ku ada di dapurnya.. kak Tun kata..'nasib baik ko bagi aku periuk nasi mek Na..' aku senyum bangga. (selepas aku kawin dgn suami ku, kak Tun panggil aku mek Na)
Adat berumahtangga kalau tiada badai dan ombak bukan rumahtangga namanya.. aku menolong kak Tun mengharungi perit getir rumahtangganya.. susah payah tangis bersama dan kami berjaya! yes! Sinar bahagia menyerlah kembali dalam rumahtangga kak Tun bersama cik Joe. happynya aku... sehappy kak Tun.
Kemudian kami berpisah lagi..kerana aku mengikut suami ku ke singapura selama 2 tahun dan kemudian kembali semula ke KL.
Satu hari..seperti sebelum2 ini.. kak Tun mengadu kepada ku.."Mek Na..aku sedih...'
aku terkejut..apa lagi nak disedihkan..apa pulak badai yang melanda kali ini...
'aku kena breast cancer'..perlahan kak Tun manyambung kata...
aku terdiam. Kali ini aku tiada idea, tiada kata, tiada apa-apa...
'aku mungkin akan operate mek Na... kau jangan cerita kat sesiapa tau"
aku diam..angguk tidak geleng pun tidak.. didalam hati ku sudah banjir dengan air mata...
Kak Tun melalui proses kemoterapi dan kemudiannya pembedahan dengan tabah dan berani. Alhamdullillah dia free cancer... yeay! kak Tun.
Pada hari raya 2009 kak Tun berkunjung kerumah ku di kg ..tradisi yg di lakukannya setiap tahun tanpa gagal. Dia datang dengan rambut bergaya dan menarik. Cantik bergulung2...heheh. Bila adik2 ku memuji , kak Tun jawab ' kalau korang nk dapat rambut macam ni, kena la sakit mcm kak Tun dulu.."
satu hari tahun 2010, kak Tun call aku..'mek Na, aku sakit lagi...."
kali ini aku mampu berkata dan memberi kata2 perangsang... aku tau dia sangat kuat dan tabah...kadang2 tengah2 malam dia akan call dan menyuarakan kebimbangannya dan aku akan mententeramkan kak Tun. Kadang2 dia akan menangis...dan aku akan susah hati. Tapi ku sembunyikan perasaan itu dari kak Tun.
Setiap tahun aku pasti mengadakan rumah terbuka di KL... dan kak Tun pasti datang ke rumah ku di KL ni. pada tahun 2010, open hse hari raya ku sangat meriah berbanding open hse yang terdahulu. Ramai kawan2 lama ku datang.. Kak Tun pun sudah semestinya datang...yang bestnya..mak dan abah aku pun datang dari kampung.. Kak Tun nak bergambar dengan semua orang...dengan aku, dengan mak aku, dengan adik2 aku.. dengan sesiapa yang dia kenal..
'cepat lah..amik gmabr kak tun ni..' sibuk dia mengarahkan cik boy amik gmbr... happy sgt time tu...
Penghujung tahun 2010.. kak Tun semakin lemah.. kalau aku bertemunya, pasti luluh jiwa ini melihat dirinya. tapi ku gagahkan dengan senyuman..aku bergurau senda dengannya...terlupa dia seketika sakit yang dihadapi..
Satu hari di tahun 2011 cik boy call, 'mek Na meh la datang rumah baru aku..kak Tun pun ada ni..dia tya kau'
Aku pun bergegas pergi ..tak sabar nk tengok rumah baru cik boy. aku lambat sangat nk sampai..cik boy dh telefon banyak kali tanya aku kat mana..'kak Tun dh nak balik ni' ujar cik boy di talian.. sesampainya aku di rumah cik boy kak Tun sedang menyandar di sofa tersenyum menyambut ku. "aku dh nak balik la mek Na..apesal ko lambat sangat..cik Joe dah sampai ni nak amik aku' bebel kak Tun... aku tersengih...sori kak Tun.
sempat kami berbual, kak Tun kata ' aku nk benti keja lah mek Na..penat la nk keja dengan sakit mcm ni'
aku bersetuju sangat..kemudian kak Tun berkata lagi..'nanti aku dapat kerusi roda tau...heheh"
'wah bestnya kak Tun dapat kerusi roda free" aku berseloroh.. tapi tak sempat nak berlama-lama.. kak Tun dipimpin cik Joe suaminya ke kereta... pulang ke rumah.
13 hari sebelum tulisan ini di tulis, cik boy memanggil aku datang kerumahnya...baca kenduri doa selamat sket masuk rumah baru katanya.. aku pulak sangat sibuk.. aku jawab jemputan cik boy ' aku sibuk la cik boy.. tengoklah insyaallah aku datang"...sampai ke malam aku tak sampai2 pun rumah cik boy...2 3 kali cik boy call ' bila kau nk sampai mek Na, kak Tun dah tunggu kau ni...'
Aku gagahi juga datang ke rumah cik boy semata2 kerana kak Tun... aku penat sangat..tapi aku tak tak tahu kenapa aku datang juga...sempat kami bergurau pasal Ashraff Muslim yang hensem tu...heheh.
3 hari sebelum tulisan ini di tulis, aku mendapat panggilan telefon dari cik boy pada pukul 1.45 pagi.... jantungku tiba2 berdegup laju. Belum sempat aku berkata apa2, cik boy meraung di sebelah talian 'Na, datangla kt hospital serdang ni... kak Tun dah kritikal"
kali ini aku berdesup laju bersiap.. aku tak mau lambat bertemu kak Tun, ku kejutkan suami ku dan kami bergegas ke hospital serdang. Aku sampai pada pukul 2.15pagi... mak long sedang termenung disisi katil kak Tun, pak Long sedang membaca yassin bersama abang izam (abg sulung kak Tun), cik boy sedang mendakap kak Tun sambil mengucapkan kalimah2 ayat suci di telinga kak Tun.. cik Joe bersandar di tepi kerusi bersama ke dua anaknya...Bila mak long melihat ku sampai, air matanya yang kering basah semula..di peluknya aku erat-erat sambil bertanya kenapa begini jadinya...kali ini aku tak mampu menahan air mataku...merembes laju seperti hujan. Ku tatap wajah kak Tun yang memakai alat pernafasan..melihat dadanya yang berombak menghela nafas... ku cari anak matanya tapi hampa kerana kak Tun lena dalam komanya. Dalam rembesan air hidung dan mata, ku capai surah yasin dan ku gagahi membacanya..
Setelah agak lama cik boy membisik kalimah2 Allah itu, cik Joe datang mengambil alih...mengalunkan dan membisikkan kalimah2 dan ayat suci ke telinga kak Tun. Kemudian cik joe membisikkan " sayang, jangan risaukan I, jangan risaukan anak-anak...I boleh jaga anak-anak..you jangan risau ok" .. selepas bisikan itu sampai ke telinga kak Tun, setitis airmata mengalir keluar dr matanya..dan pada pukul 3 pagi selepas lega mendengar bisikan dari suaminya, kak Tun meninggalkan kami semua..............Kak Tun meninggalkan kami di dakapan suami tersayangnya...di hadapan anak-anaknya... dan disaksikan kami yang dekat dengannya....
Ku seka airmata yang tak berhenti mengalir di pipi..merapati kak Tun dan ku cium dahinya yang dingin....
Aku berpisah lagi dengan kak Tun...kali ini perpisahan kami adalah untuk selama-lamanya... Al Fatihah.

aku, kak Tun (ditengah) dan cik boy

Ulasan

Catat Ulasan