nuffnang ads

Sabtu, 31 Mac 2012

Pentingnya Primer....

Kali ni saya nak bagi panduan dan tips berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sepanjang terlibat dalam bidang kecantikan ni.
Kebanyakkan dari kita kalau pakai makeup, routine makeup adalah
1)moisturiser (ini pun kdg2 ada yang tak pakai ... huhuh. penting ye moisturiser ni.. utk melembabkan kulit. Bila kulit lembab, makeup kita nmpk cantik dan smooth..)
2)foundation
3) bedak compact or loose powder
and the list goes...

Routine di atas adalah yang biasa kita amalkan...tetapi kita tertinggal satu lagi step sebelum memakai foundation. Iaitu pemakaian Primer. Apa itu Primer?
Primer ialah base makeup yang digunakan selepas penyapuan moisturiser sebelum memakai foundation. Biasanya ia diperbuat dari silicone. It's create barrier antara kulit dan foundation yang dipakai. Mcm wall la kt kulit tu.. so foundation takkan masuk ke pores or liang roma kulit kita dan keeping our skin cleaner. Dan yang paling penting mmbuatkan makeup yang kita apply tahan lama sepanjang hari dan nmpk licin berseri-seri .. tak yah nak pakai susuk... hehehe.
so lebih kurangnya..faedah memakai primer ialah spt dibawah

  • melicinkan permukaan kulit
  • menyamaratakan warna kulit
  • mengwujudkan permukaan kulit yang sempurna untuk makeup dan memberikan perlindungan untuk makeup tahan lebih lama.
  • Menyembunyikan kecacatan kulit dan tidak kesempurnaan. spt black spot, redness, pigmentation dan minor pimples. Menyamarkan wrinkles dan fine lines.
  • melembabkan kulit dan kekal hidrat sepanjang hari. so takde la kulit tu nmpk kering atau terlalu berminyak. (utk kulit bermyk, primer ini sgt membantu dgn reducing excess shine kt T-zone
  • Melindungi kulit dari sinar UV. sesetgh primer ada kandungan SPF
  • Liang roma yang besar... menjadi kecil
  • foundation jadi licin
  • Makeup blends dgn senang dan cepat.
so kat bawah ni ada primer2 yang mungkin anda semua boleh try. (ada byk lagi primer2 di pasaran tetapi gmbr di bwh ni adalah suggestion dr saya sahaja)

my first primer yg sy pakai...kulit rasa licin lepas pakai.. tetapi jgn pakai terlalu banyak kerana dia akan flaky kt skin. harga dia tak bape ingat .. dlm range Rm100 utk 30ml .

ini second primer yg saya pakai.. lepas jupe strobe cream ni.. dah tak toleh mana2 dah.. pakai niiiii je. suka dia punya effect yang pearly shine kt wajah customer. harga pun dlm range RM100 utk 50ml... kurang bau-bauan. tetxture like moisturiser. foundation mudah blend dan kaler cepat naik di wajah.
yang ni .. baru2 ni saya pakai. not bad gak.. review yang saya baca kata, revlon primer ni adalah smash box primer version murah. harga dalm range RM50 utk 30ml. kalau ada sale leh dpt below 50. bole di dapati di watson or guardian. texture dia greasy feeling tp tak berminyak. mudah absorb kt skin. Dia ada bau wangi yang kuat. Saya kurang selesa dgn bau ni. Fening lah! tapi so far bila gunakan kt customer takde complaint..ok lah.
yang ni dalam perhatian saya untuk membeli. Harga RM110 utk 25ml. Saya pernah try lancome base ni sewaktu shooting dalam air Zahnita Wilson utk Majalah 3. Rakan makeup saya yang baik hati dan tidak kedekut utk share kemantapan makeupnya, Raffi Mahmood, yang beri tips dan rahsia primer ni. texturenya lebih smooth dan lebih padat serta cepat absorb di kulit. Makeup Zahnita tahan lama walaupun lama beraksi dan turun-naik dalam air. Tapi harganya yg amat mahal membuatkan saya tak rushing nk beli. unless ada sale 50%..heheh. ada ke?
yang ni brand dari jepun. agak menarik .. mungkin sbb harga dia murah kot.. heheh RM40.50 utk 30ml. Ingat  nak try gak nanti. Rakan makeup saya yang suggest. alternative lah dr primer2 yang mahal tu. kaler dia white milky feeling. cam gam bulu mata je bila first time touch. kate ni ada SPF32.
yang ni bobbi brown primer. SPF50. tu dia byk tul.. sbb ini adalah sunblock + primer. Sesuai untuk pakai jika sentiasa terdedah di bawah pancaran matahari. ianya white in colour, non greasy dan cepat absorb. tapi lepas absorb tu... rasa tak smooth je kat kulit. dia rasa agak kasar/kesat kat permukaan kulit. huhu. Primer ni bagi brightening effect. Knowing Malaysian suka sgt "white" effect kt muka..rasanya bobbi brown ni bole lah untuk di cuba.
*test di kaunter bobbi brown. Tp lupa nk tya harga.
haaa ini lah smash box yang saya kata , revlon hampir menyamainya. Smash box ni mmg mahal RM138 utk 30ml. texture dia lebih kurang cam revlon. effect dia sgt smooth bila apply kt skin dan tiada bau...tak tau lah hati ni belum tergerak nk beli smash box ni sbb dh ada revlon yg jauh lebih murah. Lagipun i still love strobe cream from MAC.

ini pulak laura mercier... lupa nk tgk harga. tp knowing this product.. harga dia mmg tak bole murah.. kalau murah bukan Laura mercier namanya. namun dr review yg sy dengar... lebi baik guna MAC prep and prime drpd laura ni.. texture lebih kurang Kate primer. Tp lain orang lain penerimaan product ke atas kulit masing2. so kena la cuba dulu.

Sebenarnya banyak lagi primer2 kat pasaran. Kena rajin tgk dan try.. tapi so far yang di atas ni ialah yg sy duk usha dan guna. Sila cuba ye dan tgk hasil makeup nanti letop2 dan tak payah nak edit2 gambar lagi.. hahaha...

Selasa, 27 Mac 2012

My articles in Kosmo 27/3/2012




Terimakasih kepada photographer Napie Mokhsin yang memberi peluang kepada saya untuk shoot underwater..Pengalaman dan knowledge ni sangat bererti dan berharga.
Di post yang akan datang saya akan share tips makeup under water... nantikan ye....

Khamis, 15 Mac 2012

Tutorial - fake eyelash bawah mata

Asalnya tutorial ni sepatutnya di lakukan oleh saya sendiri..dan sepatutnya tutorial ini berlaku hanya antara saya dan si model - Puan Lala. Tapi, tetiba adik Kikin the photographer (her name is actually Ashikin Abdullah heheh) call me on that day nak membincangkan our next project.. saya pun apa lagi , i ask her to come over n we talk lah.. then she came bawa sekali beg camera dia. mmm i said.. "kikin u shoot while i'm doing the makeup lah.. akak nk buat tutorial ni". she aggree.. So i start to put primer onto Puan Lala face .. oh! b4 that.. i spray mist spray from Shu Uemura to moisten and freshen up model's skin. Then letak primer all over her face.. i'm using revlon base primer - Revlon Beyond Natural. Baru je nak amik foundation.. my phone ringing..my other makeup artis friend rang me..dia baru balik mekap dan no where to go (plus si Puan Lala force him to come over to my house n lepak2). Saya pun kata mai lah dtg sambil bg direction to my house... dipendekkan cerita bila dia datang .. i said to him.. Cik Li.. why don't you yang buat tutorial ni. Jadi saya punya tetamu jemputan.. heheh. Dia ok je.. so kat bawah ni step by step how to put fake eyelash bawah mata by Cik Li.

wajah mulus Puan Lala - model of the day

model's bare eyes

flirting eyes - after the makeup
Saya, model dan Kikin di bilik mekap sebelum kedatangan Cik Li.
Atas suggestion Cik Li, saya pakaikan foundation Makeup Designory MUD using Sigma berus foundation. Then saya sapukan concealer bawah mata dgn Inglot dan Lifting Concealer - MUFE.
Kemudian saya suruh Cik Li sudahkan tutorial ni.

1) after foundation and concealer, Cik Li sapukan compact powder MUFE 207 di seluruh muka model.
2) model's eyebrow telah di rapikan oleh Cik Li dan dibentuk menggunakn eyebrow pencil Viva & eyebrow mascara
3)seterusnya di bahagian mata (refer above picture)..mula2 sapukan keseluruhan mata dengan eye primer dari urban decay.
4)di separuh kelopak mata, Cik Li menggunakan gold eyeshadow dari shu uemura. Di atas sedikit dari lipatan kelopak mata .. sapuan eyeshadow warna chocolate dari Bobbi Brown, memberikan effect mata sedikit menonjol. Sapukan sedikit highlight di tulang kening/browbone untuk mata tampak lebih menyerlah dan tidak flat.

selepas langkah 4 di atas, lukis eyeliner di line bulu mata atas dan bawah dan smudge menggunakan eyeshadow brush seperti gmbr di atas.

kemudian pakaikan bulu mata untuk effect mata lebih menarik. perhatikan gambar di sebelah kiri yang belum memakai bulu mata palsu dan gambar di sebelah kanan yang memakai bulu mata palsu.

 perhatikan cara-cara pemakaian bulu mata palsu di bawah mata.
lekatkan satu satu dan berjarak antara satu sama lain.

  
kemudian sapukan blusher dari Nars Gina.. meyerlahkan cheek bone dan tampak lebih berseri. Jgn lupa untuk shading bahagian muka dengan shading MUFE sculpting kit bg mendapatkan contour dan shape wajah yang menarik.
Cik Li melukis garis bibir dahulu sebelum apply lipstick

Cik Li menggunakan  Lipstik MUFE intense rouge #24, warna seakan bibir asli.

Last touch up from Cik Li, finishing MUFE supermatte loose powder untuk effect lebih natural di wajah Lala.

Sekian tutorial makeup oleh tetamu Jemputan saya - Nazliman @ Cik Li. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dan bertanya lebih lanjut tentang makeup tutorial ini sila ajukan pertanyaan anda kepada saya (beautifulbyannasha@hotmail.com) atau bertanya kepada Cik Li sendiri di galliano255@gmail.com .
Photography by Ashikin Abdullah

Thank you for blogging!

Khamis, 8 Mac 2012

Teaser for my next makeup tutorial

K-pop fever

K-pop fever sgt skg kan... bukan je lagu2.. makeup pun jadi perhatian... mcm ni.. nmpk natural dan polos mulus katanya....


Aymie Yukimie yang cute (gmbr dibawah) telah dipilih oleh Magazine jelita untuk konsep makeup k-pop style , tatarias dari saya... Aymie ni kuat cakap, sporting dan suka sangat kek cokelat. kalau dia makan kek cokelat tu baru dia senyap... heheheh. ampun yaaa cik adik maniss...




Rabu, 7 Mac 2012

Yuna

Terpandang mingguan Wanita ni di kedai.. terus saya beli sbb tertarik dengan makeup Yuna yg sgt natural dan polos. Sgt sesuai makeup ni untuk wajah dia kan... comeeeyyyyyy.. (love her new song -Terukir di Bintang)

sapakah yang mekap dia ni.. tak jupe nama makeup artis dlm ni....
kat bawah ni pulak gambar Farhana Nabila yang comel... pelajar Uitm..dia dipanggil oleh magazine Jelita untuk ruangan gaya artis.. dan kebetulan dia yang meminati Yuna.. dpt la pulak gaya artis si Yuna ni... dan i olls pun mekap lah dia berdasarkan makeup2 Yuna sebelum ini yang suka pakai eyeliner tebal dan wing gitew di ujung mata...

Farhana Nabila dalam ruangan gaya artis, Jelita

sebelum transformasi ala-ala Yuna


tumoang sekaki lah bergambar....ngeeee

Jumaat, 2 Mac 2012

Grooming n Personal Makeup Class - Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

Saya pernah di jemput untuk mengadakan Grooming dan Makeup Class di Lembaga Getah Malaysia pada tahun lepas dan kali ini pada Hari Khamis yang baru lalu, saya mendapat jemputan dari Kolej Komuniti Klang pula untuk memberi ceramah dan tunjuk ajar kepada para misi dan doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Rezeki.. alhamdullillah.
Para peserta sangat bersungguh-sungguh dan tekun dalam class. Seronok sangat share ilmu yang sedikit ini dari saya kepada mereka. Semangat sporting dan eager nk tahu sedikit sebanyak tentang makeup walau dalam peringkat umur yang berbagai membuatkan saya tak menang tangan nak melayan semuanya. Saya dah buat yang terbaik dan harapnya mereka dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Happening mereka semua. Tq Puan Amy, Jue, matron, doktor, Mus  dan semua lah... u guys terbaek!

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan khidmat saya dalam Grooming and personal makeup class utk syarikat , corporate or gov svcs atau utk crowd /peserta tidak melebihi 30 orang sila email saya di beautifulbyannasha@hotmail.com
untuk mendapatkan quotation. Terimakasih.