Pentingnya Primer....

Kali ni saya nak bagi panduan dan tips berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya sepanjang terlibat dalam bidang kecantikan ni.
Kebanyakkan dari kita kalau pakai makeup, routine makeup adalah
1)moisturiser (ini pun kdg2 ada yang tak pakai ... huhuh. penting ye moisturiser ni.. utk melembabkan kulit. Bila kulit lembab, makeup kita nmpk cantik dan smooth..)
2)foundation
3) bedak compact or loose powder
and the list goes...

Routine di atas adalah yang biasa kita amalkan...tetapi kita tertinggal satu lagi step sebelum memakai foundation. Iaitu pemakaian Primer. Apa itu Primer?
Primer ialah base makeup yang digunakan selepas penyapuan moisturiser sebelum memakai foundation. Biasanya ia diperbuat dari silicone. It's create barrier antara kulit dan foundation yang dipakai. Mcm wall la kt kulit tu.. so foundation takkan masuk ke pores or liang roma kulit kita dan keeping our skin cleaner. Dan yang paling penting mmbuatkan makeup yang kita apply tahan lama sepanjang hari dan nmpk licin berseri-seri .. tak yah nak pakai susuk... hehehe.
so lebih kurangnya..faedah memakai primer ialah spt dibawah

  • melicinkan permukaan kulit
  • menyamaratakan warna kulit
  • mengwujudkan permukaan kulit yang sempurna untuk makeup dan memberikan perlindungan untuk makeup tahan lebih lama.
  • Menyembunyikan kecacatan kulit dan tidak kesempurnaan. spt black spot, redness, pigmentation dan minor pimples. Menyamarkan wrinkles dan fine lines.
  • melembabkan kulit dan kekal hidrat sepanjang hari. so takde la kulit tu nmpk kering atau terlalu berminyak. (utk kulit bermyk, primer ini sgt membantu dgn reducing excess shine kt T-zone
  • Melindungi kulit dari sinar UV. sesetgh primer ada kandungan SPF
  • Liang roma yang besar... menjadi kecil
  • foundation jadi licin
  • Makeup blends dgn senang dan cepat.
so kat bawah ni ada primer2 yang mungkin anda semua boleh try. (ada byk lagi primer2 di pasaran tetapi gmbr di bwh ni adalah suggestion dr saya sahaja)

my first primer yg sy pakai...kulit rasa licin lepas pakai.. tetapi jgn pakai terlalu banyak kerana dia akan flaky kt skin. harga dia tak bape ingat .. dlm range Rm100 utk 30ml .

ini second primer yg saya pakai.. lepas jupe strobe cream ni.. dah tak toleh mana2 dah.. pakai niiiii je. suka dia punya effect yang pearly shine kt wajah customer. harga pun dlm range RM100 utk 50ml... kurang bau-bauan. tetxture like moisturiser. foundation mudah blend dan kaler cepat naik di wajah.
yang ni .. baru2 ni saya pakai. not bad gak.. review yang saya baca kata, revlon primer ni adalah smash box primer version murah. harga dalm range RM50 utk 30ml. kalau ada sale leh dpt below 50. bole di dapati di watson or guardian. texture dia greasy feeling tp tak berminyak. mudah absorb kt skin. Dia ada bau wangi yang kuat. Saya kurang selesa dgn bau ni. Fening lah! tapi so far bila gunakan kt customer takde complaint..ok lah.
yang ni dalam perhatian saya untuk membeli. Harga RM110 utk 25ml. Saya pernah try lancome base ni sewaktu shooting dalam air Zahnita Wilson utk Majalah 3. Rakan makeup saya yang baik hati dan tidak kedekut utk share kemantapan makeupnya, Raffi Mahmood, yang beri tips dan rahsia primer ni. texturenya lebih smooth dan lebih padat serta cepat absorb di kulit. Makeup Zahnita tahan lama walaupun lama beraksi dan turun-naik dalam air. Tapi harganya yg amat mahal membuatkan saya tak rushing nk beli. unless ada sale 50%..heheh. ada ke?
yang ni brand dari jepun. agak menarik .. mungkin sbb harga dia murah kot.. heheh RM40.50 utk 30ml. Ingat  nak try gak nanti. Rakan makeup saya yang suggest. alternative lah dr primer2 yang mahal tu. kaler dia white milky feeling. cam gam bulu mata je bila first time touch. kate ni ada SPF32.
yang ni bobbi brown primer. SPF50. tu dia byk tul.. sbb ini adalah sunblock + primer. Sesuai untuk pakai jika sentiasa terdedah di bawah pancaran matahari. ianya white in colour, non greasy dan cepat absorb. tapi lepas absorb tu... rasa tak smooth je kat kulit. dia rasa agak kasar/kesat kat permukaan kulit. huhu. Primer ni bagi brightening effect. Knowing Malaysian suka sgt "white" effect kt muka..rasanya bobbi brown ni bole lah untuk di cuba.
*test di kaunter bobbi brown. Tp lupa nk tya harga.
haaa ini lah smash box yang saya kata , revlon hampir menyamainya. Smash box ni mmg mahal RM138 utk 30ml. texture dia lebih kurang cam revlon. effect dia sgt smooth bila apply kt skin dan tiada bau...tak tau lah hati ni belum tergerak nk beli smash box ni sbb dh ada revlon yg jauh lebih murah. Lagipun i still love strobe cream from MAC.

ini pulak laura mercier... lupa nk tgk harga. tp knowing this product.. harga dia mmg tak bole murah.. kalau murah bukan Laura mercier namanya. namun dr review yg sy dengar... lebi baik guna MAC prep and prime drpd laura ni.. texture lebih kurang Kate primer. Tp lain orang lain penerimaan product ke atas kulit masing2. so kena la cuba dulu.

Sebenarnya banyak lagi primer2 kat pasaran. Kena rajin tgk dan try.. tapi so far yang di atas ni ialah yg sy duk usha dan guna. Sila cuba ye dan tgk hasil makeup nanti letop2 dan tak payah nak edit2 gambar lagi.. hahaha...

Ulasan

  1. thanks for sharing sis.info yg sgt berguna:))

    BalasPadam
  2. no prob twinx... u r most welcome.

    BalasPadam
  3. kak,nak tanya,strobe cream ni nak apply masa bila?betul2 sebelum pakai foundation atau selepas?mohon perkongsian ye kak..

    BalasPadam
  4. 1 lagi kak,macamana nak apply primer ni kat muka?sapu pakai tangan atau sapu guna span? atau ada cara lain?mohon kongsi ye kak..

    BalasPadam
  5. Ahkiialuz, primer ni sapu pakai jari je seperti kita pakai moisturiser di wajah... Pakai primer ni sebelum memakai foundation...

    BalasPadam
  6. Terima kasih banyak kak.Tak lokek berkongsi ilmu.Biasanya mak andam takkan ajar kemahirannya pada kt tapi akak sebaliknya.Terima kasih banyak kak atas perkongsian yg bermanfaat ni.Cuma Allah yg dapat balas jasa dan budi akak.Jazakallahhu khairan kasira.. (^_^)

    BalasPadam
  7. kalau pki bb cream, leh x pki primer ni?

    BalasPadam
  8. So far pd sy revlon primer, Mac strobe cream yg best, laura mahal tp hasilnye.kurang memuaskan mcm agak cair

    BalasPadam

Catat Ulasan