Tips mengekalkan mekap disebabkan berpeluh dan muka berminyak

Salam Bloggers... sebenarnya saya nk share tips dan cara memakai bulu mata palsu kat mata sendiri.. tapi sbb ada fan kt page saya Beautiful by AnnaSha dh bertanya .. camna nk kekalkan mekap...mmm jadi sy pun share la tips ni dulu. Tips ni saya pernah dan kadang2 masih mengamalkannya. Sesekali buat terasa kelainan kt skin ni..
tips yang boleh saya kongsikan ialah...
kulit setiap orang berbeza.. ada setgh tu mmg senang berpeluh dan berminyak dan ada yg bernasib baik.. mereka mempunyai kulit muka yg tidak mudah berpeluh dan kurang berminyak. bagi yg bermasalah kulit mudah berpeluh dan berminyak..antara tips2 yang akak boleh saran kan ialah, sebelum bermekap, basuh muka dgn air dengan sedikit soda bicarbonate yg dicampur di dalam air tersebut. soda bicarbonate ni berfungsi sbg clenser yg lembut ke atas kulit. kemudian rinse dgn air biasa dan kemudian air batu atau tekap kan ais di muka untuk mengecilkan liang pori muka. (jgn lama sgt nanti muka terasa kebas). insyaAllah mekap tahan lama dan kurang berpeluh dan berminyak. ps - jgn guna soda bicarbonate berlebihan. mungkin secubit sahaja sudah memadai utk semangkuk besar air.

ni ler rupa soda tu...

sediakan mangkuk berisi air, sudu kecik nk cedok soda tu.. dan kucing tu??? abaikan saja sbb anak saya suh letak .. kalo tak nanti dia melalak satu taman dengar kang!
 Bila soda tu bercampur air .. rupa paras air tu tak berubah pun.. kaler still maintain jernih tetapi bila kita celup jari dia rasa melekit sedikit.. tak rasa sgt lekit tu tp can feel the difference.
Selepas kita dh rinse muka dgn air bersih dan tekap kan air batu di sekeliling muka..saya sarankan pakai la product yg seperti di bawah ni... jgn pakai dua-dua tp cuba la salah satu...Dua-dua product ni best kot.. sbb saya dh try kt customer dan muka saya sendiri. Kalau ada produk lain yang pembaca nak share atau untuk saya buat testimonial boleh contact saya thru email beautifulbyannasha@hotmail.com atau hubungi saya di talian 0162387282.
Produk ini kena pakai sebelum kita pakai foundation. sapukan rata di seluruh muka dan biarkan kering dan absorb ke muka. Selepas tu bole lah kita pakai foundation kt muka..

Harga untuk product MAC ni agak mahal tapi pemakaiannya, cuma sedikit sahaja. pump kan satu or dua saja di jari.. sebab ianya adalah serum.. ni MAC tulis camni
"A serum formulated to instantly brighten, smooth, firm, and hydrate the skin while providing a plumper, more evenly toned finish to the complexion. Natural antioxidants help to strengthen the skin against UV-related damage, while M∙A∙C Charged Water ensures deep, long-lasting hydration."

RM160


yang ni pulak dari shu-uemura  .. pun bagus . kita akan nmpk beza skin wpun hya pakai benda ni saja... tgk dekat2 kat cermin... sure nmpk punya. Shu-Uemura kata camni
"This lightweight lotion hydrates as it protects against the damaging rays of the sun. Anti-Oxidant Vitamin E fights skin-damaging free radicals; Chamomile calms and soothes. Absorbs quickly, leaving skin smooth for even, long-lasting makeup application."

RM108


So anda semua bole la cuba.. tapi perlu diingatkan... lepas cuba ni jgnla harap 110% kulit tu tak berminyak dan berpeluh langsung.. tetapi ianya mengurangkan saja dan insyaAllah mekap pun tahan lama..Selamat mencuba dan tunggu tips dari saya camna nk pakai bulu mata pelesu kt diri sendiri...
gmbr oleh Reza Amir.

Ulasan

  1. Love this post! Thanks so much kak ann for sharing these tips! Luv akak.. :)

    BalasPadam
  2. nak tryla nanti..kulit memang berminyak..plak tu duduk kat opis kulit jadi kering pulak... dah jadi macam ape dah..huhuh

    BalasPadam
  3. hi fadh.. sila la cuba.. sbnrnya bila dh basuh muka tu dgn SB muka akak kurng berminyak utk beberapa hari.. tp kulit tu rasa licin je. dan make sure lepas cuci tu kena rinse jugak dgn air batu tau.
    isma: isma kalau kt opis tu isma byk2kan pakai moisturiser.. ataupun yg akak amalkan ialah.. seminggu sekali akak pakai vitamin e oil .. kandungan dia sgt pekat likat. pakai sebelum tido.. bila bangun pg kulit rasa lebih anjal dan tegang sket... botol dia sgt kecik tp harga dia agak mahal.. tp berbaloi!

    BalasPadam
  4. hi kak annasha....saya rase seperti akak membalas email saya...tq for all the information....

    BalasPadam
  5. my pleasure aihanmujar.. :)

    BalasPadam
  6. like this tips :)

    BalasPadam
  7. wow. tips yg bguna utk newbie mcm sy.thx kak

    BalasPadam
  8. lepass da pakai SODA BERCOBANate...nak cuci dulu muke or tekap je ice teros kat muke lepas tu baru cuci??

    BalasPadam
  9. kalau kita pakai make up and then muka kita mengelupas.. so mcm mana tu?

    BalasPadam
  10. tq sis,nk try la nti,n one more thing nk tny sis klu kulit berminyak based makeup jenis ape yg sesuai..maksud sy based makeup(foundation,conceler) jenis cecair or stik..

    BalasPadam

Catat Ulasan