Assalamualaikum ...lamanya saya tak menjenguk blog saya ini .. dah bersawang-sawang...kemudahan teknologi masa kini menyebabkan saya ada terlalu banyak pilihan untuk mempamerkan hasil solekan saya. Dan antara yang kerap saya gunakan ialah Instagram. Di situ sentiasa ada update terkini perkembangan hasil solekan saya. Jika sudi bole follow saya di Instagram Anna_Sha.
Disini saya buat ucapan sekali gus lah sebab lama sangat tak update kt blog ni... hihih ucapanSelamat Tahun Baru 2014 dan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga kita semua bakal melalui tahun yang indah sepanjang 2014 ini.
Hari ini saya ingin berkongsi perasaan saya di sini. Terimakasih kepada sesiapa yang sudi membaca dan semoga anda mendapat manfaat dari tulisan ini.
Pada12/1/2014 .. 6 bulan yg lalu.. adalah hari yang dinanti-nantikan. Seawal pkl 5 pagi saya sudah bangun menggoreng karipap semata mata unutk di hantar kepada sahabat-sahabat saya yang akan membuat jualan car boot sale di Bukit Mahkota Bangi . Jualan ini ada lah jualan amal untuk membantu salah seorang sahabat kami yang menderita sakit barah payu dara. Si pesakit ni tak tahu pun akan rancangan kami ni. Sengaja nak buat surprise dan juga tak mahu dia fikir apa yang kami buat ni menyusahkan.. tidak sama sekali..kami happy walaupun penat mcm nak pengsan.
Selfless act dari sahabat-sahabat ni lah yang mahu saya ceritakan. Masing-masing mengorbankan cuti hujung minggu dan waktu rehat semata-mata ingin membantu sahabat yang menderita sakitnya. Wang hasil jualan adalah 100% untuk beliau. kami menderma kan baju2 dan barang terpakai untuk di jual di tapak car boot sale. Sahabat-sahabat datang dari jauh dan dekat menolong menjual dan tak kurang juga yang membeli. yang tak dapat hadir hanya keluh kesah dan tak senang duduk hendak mengetahui perkembangan jualan. Masing-masing sibuk bertanya menerusi khidmat what's app. Lagaknya seperti kami menantikan satu peristiwa yang amat penting sehingga ada yang menagguhkan urusan kerja-kerja rumah semata-mata nak tau perkembangan terkini jualan amal ini.
Pengunjung-pengunjung di tapak car boot sale ini pun tak kurang hebatnyan mengerumuni jualan kami. Semasa mula-mula saya sampai.. saya memunggah set kedap udara balang makanan dari SSF. Saya bagitau kat sahabat saya.. set ni rm50 je tau..walaupun harga sebenarnya beberapa ratus dan tak pernah di gunakan lagi. Kawan saya yang mendengar hanya menjawab ok. Saya pun letakkan set kedap udara balang makanan tu di tapak jualan dan beredar nak ambil barang2 lain.. Rasanya tak sempat nk menapak jauh.. saya dapati set tu dah di beli orang... tentu pembeli tu terdengar harga balang tu dan terus sambar... hihihi..
Alhamdullillah .. banyak barang2 kami yang terjual.
Di bawah saya share sekitar jualan amal kami yang amat meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Terimakasih semua sahabat-sahabat warga Sek Men(P) Sultan Abu Bakar Muar. You guys are the best.
yg ni gmbr selepas jualan amal. kami ke kedai makan dan serahkan hasil jualan krpada sahabat tersayang yang menderita sakitnya itu. |
adik ni terus ambil tabung 2. kecik2 dh pandai menabung. |
makan lagi.. saya terselit di situ |
Perhh meriah betul jualan amal ni ...
BalasPadamikhlas.
www.hasrulhassan.com | blog personal dunia blog #1 Malaysia