nuffnang ads

Khamis, 13 Jun 2013

Lena nikah dan sanding -

Si Gadis manis sorang ni namanya Lena. Masa nikah dia mekap di Pullman Putrajaya... aduiiii lemah lutut kalau dengar Pullman Putrajaya ni..seksa nak mencari bilik!!!!..
Lena menikah pada 4/5 di Masjid Besi dan sanding pada 5/5 di Dewan Sri Siantan... haaaaaa hari apa tuuuuuu??? pilihanraya ye ... time pilihanraya  tu terkena plak time dia buat majlis. Sentap pengantin.... huhu. nak tukar tak bole dah... kad dh edar, dewan dh tempah.. tok kadi dah cop... ada tak ada pasrah je lah... beberapa hari sebelum majlisnya... Lena dh suarakan kebimbangan tentang election di hari persandingannya... risau dia... siap tanya kat saya mengundi di mana.. Saya yakin kan dia yang janji saya untuk mekap dia saya tunaikan dulu.. abis mekapkan dia baru saya balik kg mengundi. Tu dia aihhh.. semangat nak mengundi tu.. walaupun pagi mekap... petang abis mekap gigih balik muar nak mengundi. Stgh jam sblm tmpt mengundi tutup saya sampai... phewww. pastu balik rmh mak .. terlepek kepenatan!!!
Lena ni mesra dan peramah. dan paling penting dia tau apa yang dia nak bila bermekap... "muka kecik ye kak ana... muka kecik..." hihihihih. Maka nya... ku shading pipi, tepi dahi dan rahang mu itu bg effect mengecil... katanya. Janji Lena suka.... akak pun suka dik.. tq so much sudi panggil akak mekap. Wish u happy forever till jannah with ur dear hubby... muacchh!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan