nuffnang ads

Rabu, 4 Julai 2012

Cinta Jarak Jauh Farah Diana

Pengantin kali ni ada cerita menarik yang nak saya share. Mungkin pada orang lain dh biasa dengar tapi saya suka juga nk tulis kat sini sebagai santapan hati.
Nama pengantin Farah Diana. Orangnya sangat sweet dan manja. Cara dia bercakap sebiji macam cara anak saya bercakap. Orang manja mmg cakap begitu kot. Nama dia pun sama dgn nama anak saya, Farah. cuma beza ialah umur.
Farah ni bernikah pada hari ahad lepas.. yang mana jarang2 sekali di lakukan di kalangan kita orang melayu bernikah pada hari Ahad. Selalunya hari Ahad tu majlis bersanding.
Farah ni bernikah dengan 'orang baru' dari USA. Yang menarik nya.. percintaan mereka adalah percintaan jarak jauh. sorang kt malaysia sorang kt USA. berjumpa setahun sekali..Tak silap bercinta 4 tahun.. wah! lama tu. sedangkan orang yang bercinta di negara sendiri pun x leh kekal 4 tahun, ini kan pulak cinta jarak jauuuuuuuuuhhhhh. Bak kata pepatah.. ikan di laut asam di darat, di dlam kuali bertemu jua, dan jodoh antara keduanya amat kuat, so pada Ahad lepas termeterai lah satu ikatan suami isteri antara keduanya, Farah Diana dan Nick atau nama Islamnya Abraham Farhan? (ha!lupa pula...sori Farah kalau awak terbaca sila betulkan... heheheh). Nick ni keturunan Russia, Itali dan US.. ha amik ..sure nanti dapat anak cantik!
Farah berkulit gelap dan ada sedikit blemish di muka dan parut di dahi. Saya mulakan makeup diwajahnya dengan semburan mist spray dari Shu Uemura untuk memberi kelembapan di skin dia. Saya sapukan foundation base dari Loreal kemudian foundation dari MAC code NC45. Compact powder NC35 juga dari MAC dan loose powder dari Bobbi Brown.
Untuk eyeshadow saya gunakan warna2 earth dari Urban Decay. Blusher dari Makeup Forever dan lipstick campuran kaler dari Atomic Orannge dari Bobbi Brown  dan Honey Love dari MAC...

Terimakasih Farah Diana kerana berpuas hati dengan hasil makeup dari akak.. Selamat melayari kehidupan suami isteri dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. amin..



3 ulasan:

  1. Nick from USA belajar kat Australia, Fara from Malaysia belajar pun kat Malaysia.. tapi kitaorg jumpa kat Shanghai, China :)

    2 tahun setengah jarak jauh and by the way nama muslim dia Abraham Fahri :)

    Tq sebab makeup saya yer.. i like :)

    BalasPadam
  2. RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


    blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

    sms: 0122429082 (puan nor)
    email: lovidoobidoo@gmail.com

    BalasPadam