Lihatlah Kebaikan dari keburukan....

Bulan Ramadhan adalah bulan yang semua sedia maklum bulan mencari keberkatan melalui ibadah puasa dan of course solat 5 waktu jgn la pulak ditinggal... tak larat katanya kan sbb dah berpuasa... nk jalan pun ketar2 kan...uishh mana ler boleh derr..Dalam keberkatan bulan ni, banyak status2 dalam fb nih yang akan menulis pasal keburukan manusia yang tak berpuasa... mengenai mangkuk hayun yang tak tau malu makan dalam kereta or lelaki gagah perkasa pergi tapau makanan di tghri buta di bulan puasa. Tapi cuba pandang sekeliling bila kita berbuka di luar... ramai juga lelaki yang hensem2 gagah perkasa berbuka bersama (maksudnya depa puasa lah tu), baca doa dulu sebelum makan....lihat lah kebaikan dari keburukan. Dan juga ada sahabat saya mengeluh mengenai solat terawih di masjjid...hanya satu saf sahaja.. tidak seperti di Mekah, manusia berhimpit2 bersolat bersama... tapi sahabat ku, sesungguhnnya daku amat bersyukur, at least ada family seperti kamu yang tolong memenuhkan saf yang satu itu... lihat lah kebaikan dari keburukan. Dan cerita sebenarnya dari 'ketak ketuk' keyboard laptop saya ini ialah...mengenai pengalaman saya, suami dan Omel bersama rakan baik kami, Pak Laie dan kak Lela suami isteri bersama anaknya, melalui malam Nite Walk of Ramadhan anjuran Tadika Omel, Genius Aulad.
sedang bersiap2 untuk memulakan Ramadhan Nite Walk


Nite Walk of Ramadhan adalah satu acara yang diajnurkan oleh Tadika Genius Aulad seMalaysia bersama Islamic Relief Malaysia. Kami , parents dan anak2 (yg mana mendaftar untuk turut serta) seluruh malaysia , berkumpul di Taman Wet Land Putrajaya seawal pukul 6ptg. Selepas Solat Maghrib dan mengalas perut, kami semua flag off untuk berjalan kaki mengelilingi taman wetlands sejauh lebih kurang 3km...mmg excited lah.. sperti kanak2 yang mak bapak ni. Berlumba2 nak duduk di depan sekali... heheh. bersemangat. Saya bersama suami, Omel dan pak Laie's family.. konon2 cool duduk di bangku, menunggu gerombolan orang ramai reda untuk melepasi flag off tu. Sempat posing2 bergambar. Bukan kitaorg aje.. semua yang ada di situ pun sama...sakan bergambar.
sebahagian parents dan kanak2 of Genius Aulad... menuju ke garisan permulaan untuk flag off

semua dah ready.....

kami konon2 cool... tunggu orang ramai reda baru nk bermula.. sempat bergambar.

parents suma dh berlepas...

kami masih duk bergambar...

Bila tiba saat kami ber'flag off', keterujaan kami cuma seketika bila pak laie berkata ' oiii... jauh ni pokdie (nama manja suami saya iaitu encik wan zuraidi..jadi pokdie), 3km lebih ada ni.. rasa dh bunyi2 dah tulang2 ni '.. Suami saya sperti biasa sengih je lahh.. belum sempat dia membalas, pak laie dah buat keputusan, 'jom la kita signal masuk kiri.. " maksudnya tu tak mau teruskan la perjalanan yang tak sampai pun setgh km lagi. Pulaknya ramai parents dan kanak2 jugak yang dah give up di depan mata kitaorg.. tak sanggup nk teruskan perjalan. Saya dan suami pun hampir tewas dgn 'godaan' pak laie untuk give up..tapi disebabkan Omel, Alya dan kak Lela (anak dan isteri pak laie), protes nak teruskan juga Nite Walk.. kami pun tukar fikiran dan teruskan perjalanan dgn disulami sungutan2 kecil dari pak laie dan saya sambil berlawak. Perjalanan yang mulanya rancak sedikit demi sedikit agak perlahan... ramai parents dan kanak2 yang di belakang kami sudah memintas group kami. Mula la pak laie kata ' haa ni jauh lagi ni... dulu pak laie naik basikal pun tercungap2.. ini kan pulak berjalan' .Kitaorg dh jd patah semangat nk teruskan... tapi nak berpatah balik , jauh la pulak..ooohhh keburukan saja la yang kami nmpk.. keburukan pertama - jauhnya nak abiskan, keburukan kedua - jalan berbatu2 kerikil, sakit kaki dan melambatkan perjalanan, keburukan ketiga- ni semua pak laie punya pasal..(hahahah).. sedang masing2 agak patah semangat dan kepenatan...tiba-tiba sekonyong-konyong.. lalulah seseorang insan ini dengan lajunya dengan penuh semangat memintas kami. Dia bergerak laju di celah2 parents dan kanak2 di ikuti 3 orang lagi di belakangnya. Terdiam kami seketika. Ya Allah, di saat kitaorg asyik memikirkan keburukan untuk menghabiskan perjalanan kami, "Lelaki itu" dgn hanya kaki satu bertongkat dan cacat sebelah matanya.. berdesup laju bersama isteri dan 2 anak kecil mereka. Semangat keluarga itu menyentuh hati kami. "ha tgk tu pak laie.. satu kaki je dia.. kita ni?'' saya bersuara memecahkan canggung masa kami. Makanya.. kami pun meneruskan perjalanan dgn semangat sekali. Kalau "Lelaki itu" boleh, kenapa tidak kami yang sempurna segalanya ini. Kami pun 'left right, left right' dgn semangat... Omel dan Alya pun berlari2 seronok. Saya tak boleh nak berlari... berat... heheh alasan lg.

mula2 berjalan agak rancak....

dh jadi malas...mcm2 aksi...Alya tu kenapa? dh mcm planet of the Apes.. heheh

bergmbr bersama Encik Syukor dan family

kami bersemangat semula....

hampir sampai ke garisan penamat... yeay!!


Dalam catatan saya terdahulu ada menceritakan mengenai "Lelaki itu".. dia yang selalu saya perhatikan kerana semangat dan kegigihannya menangani ketidaksempurnaan nya itu , tidak saya sangka mencabar dirinya di malam Nite walk of Ramadhan ni. Sedangkan ramai parents yang sempurna fizikal memilih untuk tidak menyertai NIte walk ini dan beristirehat di rumah. Tapi pandanglah kebaikan dari keburukan... masih ramai lagi yang menyertai Nite walk ini termasuk Encik Syukor si "Lelaki itu". Pandanglah lagi kebaikan dari keburukan, isteri Encik Syukor, Puan Shareen yang sempurna fizikalnya.. tanpa segan dan malu beriringan bersama si suami dan anak2 menamatkan Nite walk yang amat jauh dan panjang itu. "i'm proud having him as my husband" kata-kata ikhlas dari Shahreen menyentuh hati saya.. Banyak sungguh kebaikan yang Shahreen lihat.. mengatasi keburukan yang ada. Bagaimana dengan kita? Lihatlah kebaikan dan atasi lah keburukan..lambat laun 'keburukan' itu akan berubah menjadi 'kebaikan'. Doakan orang2 yang tidak berpuasa di sekeliling kita, di berikan hidayah semoga suatu hari nanti mereka berubah. Isikan lah saf2 di masjid walaupun hanya satu saf daripada di biarkan masjid kosong tiada jemaah.

Maka malam itu kami berjaya menamatkan Nite Walk kami. Rewards yang kami dapat ialah penat yang happy sambil mendengar mini konsert dari Raihan. Yeay! prouds of you my lil one Omel, my lovey dovey hubby, my dearest friends kak Lela dan Pak Laie juga si kecil Alya sbb kita pandang kebaikan dari keburukan pada malam itu.

Terimakasih Shahreen for ur kindness sudi bergambar dgn kami dan secara tak langsung membenarkan saya bercerita mengenai 'kekasih hati' anda. Semoga anda sekeluarga sentiasa dirahmati Allah...


antara parents dan kanak2 yang berjaya mengharungi Ramadhan Nite walk... kusyuk melihat persembahan dr Raihan

Omel bersemangat tgk konsert Raihan


Saya penat tetapi puas hati dan happy!!!

Ulasan