nuffnang ads

Khamis, 24 Januari 2013

Yani bertunang - Muar Johor

Yani ni customer yang ketiga dari kampung saya.. muar johor. Seronok kalau ada customer dari Muar so sambil2 buat makeup boleh balik kampung... Haa ni nak bagitau lah untuk sesiapa yang berasal dari Muar perlukan servis mekap pengantin or tunang... saya nk bagi kelebihan sedikit lah untuk orang2 Muar. hehehe.. saya baru je terfikir tentang ni. selepas makeup kan yani bertunang ari tu. Saya fikir kalau ada orang muar yang perlukan servis makeup dari saya, there's no xtra charges.... yup there's no transportation charges, no accomodation charges. Tetapi term and condition apply iaitu............. sila email, or what's app or sms or call untuk tahu apakah term and condition tu. Khas untuk orang Muar.. special privilege ni sah sehingga bila2 ..hehehe. (dan kepada seseorang yang pernah email saya.. dari sungai mati muar ari tu... anda boleh email saya semula untuk dapatkan special privilege ni.. sbb masa anda email tempohari saya tak terfikir lagi nak buat camni... sori adik.. itupun kalau majlis anda belum berlangsung lah..)
Oppss sori Yani ter promotion pulak kat your stories ni.
Okey, Yani yang banyak cakap tak berhenti-henti ni memang periang. Saya rasa penat sewaktu mekapkan dia sebab dia bercakap memang tak berhenti.. tapi seronok dengar cerita dia.. gelak-gelak.. elemen surprise pun ada. Itu baru bercakap dengan Yani.. belum lagi bercakap dengan mak dia.. woohooo... mak Yani peminat tegar Anuar Zain. jangan main-main.. Diaorang satu family memang riang ria agaknya.. seronok melayan kan diaorang.
Terimakasih yani kerana layanan mesra anda sekeluarga especially dari adik bongsunya, Dina.. yang memaksa kami makan (saya bawa adik masa ni ), sedaaappppp!!! dan bungkuskan makanan lagi! (style orang Muor .. mesti nak bungkuskan makanan utk tetamu). InsyaAllah kita berjumpa lagi di majlis pernikahan kamoo nanti.. insyaAllah. amin.



Yani b4 makeup



gambar dari koleksi FB adik Yani - Dina
gambar dari koleksi FB adik Yani - Dina - Duduk di belakang tu Dina, dia pun gegeh suruh saya makeupkan dia..hihi.. (Dialah yang memperkenalkan saya kepada kakaknya.. tq Dina.. )

gambar dari koleksi FB adik Yani - Dina. - bersama kakak, adik dan bonda tersayang..  

gambar dari koleksi FB adik Yani - Dina


Siti Zarith - Ipoh Perak

Siti Zarith yang pendiam dan lemah lembut ni adalah pengantin pertama saya untuk tahun 2013... pembuka tirai lah ni... hihih. Dia book saya seawal tahun 2012 bln 6 kot.. terimakasih Zarith...Zarith book saya untuk nikah dan sanding di Ipoh Perak. dan kemudian majlis di pihak lelaki di Damansara. So kepada sesiapa yang book 3x makeup.. boleh dapat harga special.... wink! wink! sempat promot nih..hihi.

Rupernya Zarith kawen dengan orang les copaque.. no wonder pengapit dia  ialah upin dan ipin... betul3x...kesian Omel (my doter) beria nak tengok upin ipin tapi tak dapat huhu.. punya la tunggu kemunculan semula upin ipin .. akhirnya kami pulang dengan hampa... sob sob sob.. (omel je yang hampa). Anyway Selamat Pengantin Baru untuk Zarith dan pasangnnya Zarin (double Z) semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat... amin..

fuyooo upin ipin jadi pengapit... betul3.. (gambar dari koleksi FB Zarith)


wajah sebelum dan selepas makeup untuk nikah dan sanding













majlis bertandang di pihak lelaki - gambar dari koleksi FB Zarith

Ahad, 20 Januari 2013

Nurul Jannah solemn n reception

Ini namanya orang malas... huhuhu sbb ambil gmbr dr photographer.. anyway tq so much mr photographer, encik arjuna angkasa yang kuat makan dan banyak cakap....hahahah. I'm too busy (busy la sgt kan.. padahal entah apa2 aje yg dibuatnya).... sampaj x sempat nk upload gmbr2 pengantin 2012. Sdgkan tahun 2013 pic dh menanti utk di upload. Ni kalau kerja kt publishing company ni dh over due dateline...terus you are fired!. hmmmpphh.
Aih..lupa nak cerita pasal the gorgeous n beautiful bride ni... ini ialah family arrangements marriage.  Tak percaya? Percayaaaaalaaaaaa..... kannnn... untuk seorang gadis yang moden seperti Jannah ni mmg tak percaya dia is pary of this arrangements. But she believe with her family choice dan patuh pulak tu dgn pilihan keluarganya. N she's really happy on that day. Jannah is a sweet n happy go lucky person.. sesapa tgk dia memula.. mesti terus suka. Wish u a very happy life Jannah...

Dr Amalina bersanding

Dr Amalina yang sopan santun dan periang ni adalah pengantin terakhir 2012 yang saya makeup.. Banyak gossip juga ditimba dari dia... heheheh. tak sangka doktor pun rajin bergossip kan... i loike...
gambar tak dpt tangkap banyak sbb camera biul.. huhu.
So doktor kerja rajin2 rawat pesakit elok2 ye... tapi gossip tetap jalan ok! Akak ucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia ke akhir hayat kamoo dan terimakasih kerana sudi di rias oleh kakak ini.....

Selasa, 15 Januari 2013

Seha bertunang - Gombak

Seha seorang gadis yang sangat sopan dan menyenangkan. Mekap kan dia rasa relax je tak preassure.. dia mahukan makeup light n natural... ada borak2 dengan dia tapi lupa apa yang diborakkan... hihihi..
layan je lah gambar dia ni...



Khamis, 3 Januari 2013

Husna Bernikah ... Nilai Impian

Pengantin bernama Husna ni ya Allah haiiii.. manjanyaaaaa. Suara dia halus keanak-anakan. Bila borak2 rupernya dia ni anak tunggal. Patut lah manja sangat. Dia salah seorang customer saya yang book saya agak lama. Kami selalu berhubungan dalam email je. kadang2 melalui facebook. Itu pun facebook ayah dia sebab Husna ni tak de facebook.....
Husna ni baik dan peramah dan comel... heheh. Ada banyak cerita Husna kongsi dgn saya sepanjang sessi makeup berlangsung, tapi saya rasa tak perlulah dikongsi di sini. Cuma saya doakan Husna sentiasa dalam lindungan-Nya dan menjalani kehidupan dgn aman dan bahagia...insyaAllah.
Layan je lah gmbr2 budak comel ni kt bawah ye...

husna before makeup





Dalila Nazihah - Setiawan Perak (oktober 2012)

"Sy inform awal2 sy x nk pkai fake lashes n sy punye lashes mmg pendek n eyebrow quite nipis. This is because sy mmg nk sgt2 nmpak natural n polos aje on d wedding day.(Sy percaya akak mmg blh deal dgn mslh sy ni). Xpe, nnt kte blh bincang hal tu on the real day k..;)"
Itu petikan email dari pengantin bernama Nazihah. Dia start ber-email dgn saya seawal January 2012 dan booked saya pada february 2012 untuk persandingannya yng berlangsung oktober 2012. (tak boleh lawan pengantin Doktor Nurul Qamar dan video doktor Nurul Qamar.. yang booked saya awal setahun lebih hehe..)
Orangnya sgt lemah lembut. cam takut nk pegang dia.. takut patah tulang temulangnya..heheh. Bila mekap dia saya teringat sewaktu mekap Shera Ayob.. sbb apa yg direquest oleh Dalila ni sebiji cam Shera Ayob nak... (no thick eyebrow, very light colour of eyebrow, no fake eyelashes, very natural look..)




Gambar2 adalah koleksi dari pengantin.. TQ Dalila...

2012 in memory..embrace 2013..

Wah omputih sangat tajuknya... Gitu lah.. dah 3 hari kita berada dalam tahun 2013. Dan tak terlewat rasanya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua bloggers dan followers dan seluruh rakyat malaysia (waaahhh ala2 Nora danish, seluruh malaysia u ollss) . Saya bukannya kata tak teruja dgn kedatangan 2013.. bak katanya bkn lah ala2 nak ber awal muharam sangat sampai 2013 tak mau di sambut kedatangannya. Dua2 saya sambut, kedatangan awal Muharam pada november 15 yg lepas alhamdullilah saya mulakan dgn doa awal tahun selepas solat maghrib. Mengharapkan segala yang baik2 utk diri dan keluarga. dan 2013 pula saya dan keluarga hanya bersantai di depan kaca tv dan mendapat ciuman kasih sayang dari suami. (lupa pulak nk cium dia balik.. heheh. sori abe..).
2012 yang lalu.. passion saya sebagai seorang juru mekap di mulakan dgn paparan hasil mekap saya di dalam Mingguan Malaysia dan interview dari Sinar Harian juga menjadi tetamu jemputan buat kali kedua di WHi TV3. Juga saya mendapat perhatian dari penuntut UIA yang sedang menjalankan kaji selidik tentang penglibatan wanita dalam bisnes atas talian (online). Beliau seorang pelajar Indonesia yang belajar di Malaysia telah menemuramah saya dan saya dapati ini adalah pengalaman yang sangat saya hargai. Terimakasih Igus Pane dan rakan nya Eila. Satu lagi pengalaman menarik yang saya timba ialah, menjadi tetamu dalam magazine online iaitu Eternity Magazine milik Intan Amalina Dato Mohd Sarit, tq gorgeous. Terimakasih jugak kepada Majalah2 dan paper yang sudi memanggil saya spt Utusan, Harian Metrro, Jelita, Inspirasi Perkahwinan, Pengantin, Media Hiburan..etc.. (dh mcm bg ucapan grammy pulak kan..). Dan yang paling paling saya hargai ialah customer2 saya yang tersayang.. yang sentiasa percaya dan yakin dengan hasil kerja saya. TQ para2 pengantin, loyal customer, Perfectpictures, Azura azwa, Rico Rinaldi etc... Kepada bride to be or yg dh jd bride yang tak dapat nk book saya... minta maaf sangat. there's always next time.. kan. Tak lupa kepada artis baru yang meningkat naik.. Fyza Kadir, yg sentiasa percaya dgn hasil kerja saya di awal2 kemunculannya. Saya doakan terbaik utk dia, wish u luck sis!
So di tahun 2013 ini..saya cuma mengharapkan yang terbaik dalam passion saya sebagai seorg juru solek (saja tak nak letak makeup artist.. kannnn). Tq kepada bakal2 penagntin yang dh booked saya sehingga disember. InsyaAllah kita ke temu ya.. Yang belum nak book tapi plan nk book don't worry worry.. just sms, call or email. Ada lagi few date yg available.
So bottom line nya.. saya nk be happy je in whatever i do , whatever comes. Ignore benda2 yang tak sepatutnya.. and happily friend with my genuine friends.
Untuk seminggu 2 ni, saya akan upload gmbr2 pengantin 2012 yg belum diupload.. dan jugak gmbr2 dr magazine n paper.
Terimakasih dan Selamat menempuh Tahun 2013 dengan berani... hehehe.. daaaaaa.