nuffnang ads

Selasa, 31 Julai 2012

Fyza Kadir dalam RAP (rentak artis popular)-Harian Metro

Aiii.. tak sangka mekap saya masuk RAP.. ingat kan sekadar majlis berbuka puasa di opis MIG...
Tq Fyza Kadir yang sentiasa memanggil saya untuk mencantikkan dirinya yang sedia ada cantik tu. TQ adik cumilll... muaacch!



Sabtu, 28 Julai 2012

Feeya Iskandar - deejay Sinar FM

Lama tak berjumpa si mulut petah berkata mcm bertih jagung ni.. si Feeya. Dulu masa dia bertugas di radio Era.. selalu lah jugak berjumpa... bila dia dh dipindahkan ke Sinar FM... makin sibuk minah sorang ni.. berlakon lagi, photoshoot sana sini.. kerja di konti radionya lagi...
sebelum puasa ari tu.. dia panggil saya untuk makeup. Katanya utk paparan di media cetak. so ini lah hasilnya...
untuk makeup Feeya ni.. saya gunakan foundation dermacos.. yang mana saya sgt2 jarang gunakan..

untuk eyeshadow.. saya gunakan campuran warna2 soft dari Inglot -warna pink dan cokelat.

blusher saya gunakan blusher dr Inglot jugak.. tak ingat nama kaler dia.. (kes malas nk pegi kt beg makeup n selongkar.. huhuh)

lipstick campuran kaler2 pink dr lipstick pallete LT Pro.

hidung jgn lupa shading ye...

Jumaat, 27 Julai 2012

Makeup Fyza Kadir untuk Majlis Berbuka Puasa MIG 2012

Sekali lagi terimakasih adik cumil gorgeous ni... panggil akak lagi utk mekap dia..Alhamdullillah rezeki di bulan Ramadhan. Kali ni gmbr banyak sket.. sbb saya ikut Fyza gi set rambut selepas makeup... heheh. (terlebih masa bole lah melepak jap..)
Gambar2 di bawah ada dari MIG online, Shazlan Azura dan sebahagiannya dari koleksi saya sendiri...




pic credit to Shazlan Azura

pic credit to Shazlan Azura





Gmbr2 kt bawah masa Fyza tgh set rambut... candid gmbr dia... tp candid2 pun muka tetap gorjes.. camna tu? hihihi... orang dh cantik buat camna pun cantek gak...


Isnin, 23 Julai 2012

Tips kecantikan di bulan puasa (I)



Seharian berpuasa menyebabkan dehidrasi dan kulit wajah kelihatan lebih kering dan kusam dari biasa. Gunakan pelembab yang sesuai dgn skin anda di waktu pagi sebelum keluar bekerja/ ke kuliah. Semburkan mist spray/ cecair penyegar dipertengahan hari dan lewat petang untuk mengembalikan kelembapan dan kesegaran kulit wajah.

Daiyan Trisha

My makeup for Daiyan Trisha in Pancaindera Mingguan Malaysia.
Saya kenal Daiyan yang comel dan manis ni sewaktu shooting utk program ' Frog'. Orang nya lemah lembut dan berbudi bahasa. Saya memang terpikat dengan dia ni. So terus saya lamar dia jadi Duta unutk produk saya yang bakal keluar tak lama lagi.... Wah.. produk tu kedengarannya mcm benda besar je kan... hahah.. so nanti kan je lah...




Rabu, 18 Julai 2012

Sariatulzalina.....

Customer kali ni lain sket citer...kalau dia ada apa2 function... jgn tidak2 mesti dia panggil saya untuk mekap. Kak Ana jugak2!! (alhamdullillah rezeki sbnrnya) dan saya pulak mmg ingat dia ni sbb namanya yang unik tu. Tapi setelah sekian lama baru skg saya upload gmbr dia... saja lah nk share few pics of her.
routine yang saya ingat setiap kali mekap dia ialah...
1) dia akan tanya , "kak ana nk minum apa.. ina buatkan" ...dan salunya saya akan jawab.. air kosong je dik.
2) dia akan ckp.. " kat mana kita nk mekap ni kak ana..." dan salunya dia sendiri akan jawab... kt ruang tamu or recently ni "kt bilik la kak ana, sejuk sket ada aircond".
3) then tengah2 mekap.. "kak ana nk makan apa2 tak?".. saya jawab..takpe akak ok.
Saya pernah bawa Omel sekali masa mekap dia dulu... Omel dapat duit pemberian suami dia..terus Omel kata.. " mummy.. uncle tu hensem lah".. mungkin kerana suaminya masa tu berpakaian seragam nampk kemas dan segak or sebb Omel dpt duit..entahlah..hihihih. K lah... byk pulak ceritanya..layan je sebahagian gmbr2 si manis yg baik hati dan prihatin ni... (puji lebih sket..heheh.. tp ikhlas ye Puan Ina - mama hotzzss to 2 kids)
TQ so much for your support all this while Ina...











Selasa, 17 Julai 2012

Yana Bertunang

Si Gadis Yana yang lemah lembut dan mudah tersenyum ni melangsungkan pertunangannya dgn penuh meriah sekali.. semoga ikatan pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. aminn...




Isnin, 16 Julai 2012

Alise Ismail

Mengenali Alise Ismail sbg seorang yang cantik di luar dan dalaman.. lembut budi bahasa dan baik hatinya... Saya kenali dia seawal tahun 2010 kot.. First time dia approach saya melalui fb, katanya meminati hasil kerja makeup saya. Since dari itu dia sentiasa memanggil saya untuk mekap wajahnya. Dia artis serba boleh. Menyanyi, berlakon dan bermain violin... baru saja habis shooting drama (beberapa drama).. jadualnya yang padat dia senggangkan untuk wartawan utusan menemuramah. Saya diberi peluang makeup untuk ruangan Panca Diari didalam Pancaindera Mingguan Malaysia paparan ahad lepas. gmbr2 kt bawah......







Isnin, 9 Julai 2012

Kesempurnaan Diana Amir

Saya telah diberi kesempatan dan peluang untuk makeup artis comel Diana Amir yang dh berhijab ni untuk paparan Jelita Julai 2012. Diana memperagakan tudung2 dan baju dari Radiusite. Comel dan ayu je bila Diana pakai. Sewaktu sessi makeup ni.. Diana request no false eyelashes.. ai ai chief.. no problemo.






Jumaat, 6 Julai 2012

Fyza Kadir dan Anugerah Profima 2011

Sekali lagi saya dipanggil oleh pelakon jelita mcm ala2 salma hayek ni.. untuk makeup sempena majlis Anugerah Profima. Anugerah ini adalah pengiktirafan untuk orang2 dibelakang tabir industri perfileman, spt director ke, script writer ke, cameraman ke... camtu lah...Mekasih adik Fyza yang jelita lagi comel dan gorgeous yang sudi panggil akak lagi... nanti panggillah lagi ye... masa nk gi makeup dia terjumpa Iqram Dinzly berkain pelekat tgh duk godek2 keta depan kondo ... apa lagiii.. bergambar laaa....layan gmbr2 di bawah ..tq

Fyza sewaktu Anugerah Profima

gmbr selepas makeup kt rmh Fyza.. natural


ni menyelit gmbr kita dgn Iqram Dinzly... tp terlupa nk amik gmbr dia berkain pelekat... hehehe