nuffnang ads

Rabu, 29 Februari 2012

Happy Leap Year Birthday Sweet Kak Liza

This sweet lady saya kenal in 2010. Masa tu ada shooting iklan untuk One Drop Perfume where her daughter involve in the commercial shooting tu. This lady, kak Liza, ni sangat baik dan sweet orangnya. Dia adalah salah seorang my loyal customer. So today 29/2/2012 is her birthday and she came to my house this afternoon and do makeup. Tapi sebelum tu sempat dia buat prank call.. jahaaaattttt!!!! (don't want to reveal what kind of prank she did....tp mmg sangat prank ... tak pernah terduga akan kena..ala2 panggilan hangit hot fm tu..)
anyway.. guess how old is she????  She look younger than her age ye ... tak sangka dia dh celebrate besday dia yang ke........ heheheh.
Kak Liza tq sbb still sudi and believe in my makeup.

Si datin cantik ni sebenarnya request nak bollywood makeup.. tapi bila dh buat bollywood makeup katanya sekitar mata dia dh rupa zorro sbb sy banyak gunakan eyeliner hitam sekeliling mata utk tambah galak. so sy adjust sket ikut keselesaan dia.
untuk mata tu saya letak dulu eyeprimer from Urban Decay..Kemudian saya sapukan kaler gold from Shu Uemura di seluruh kelopak matanya dan warna chocolate brown from Bobbi Brown di crease mata. Di brow bone sy sapukan nylon dr MAC . di corner eye saya sapukan warna gold + nylon. sapu dr corner eye tu sehingga ke 1/4 kt eye line mata bawah tu.

So sekeliling matanya yang byk eyeliner td sy softkan dgn kaler gold+nylon.. tp di hujung mata bawah sy tambah kan bulu mata utk serlahkan lagi penampilan matanya. Blusher sy gunakan peachy pink from MUFE + melba dr MAC. Lipstick from Shu Uemura. sekian.. ok datin.. bole celebrate your birthday... Happy Leap Year Birthday!!!! hope all your dream come true.. wish u good health and long life and happiness. MUACCHHHH! (tq bagi I publish ur photo)

Isnin, 27 Februari 2012

Potong Jambul..

Aihhh.. tajuk pun lain kali nih... tapi sebenarnya benda yang sama nak di tunujukkan.. makeup lah apa lagiiii..... esok lusa saya nk buat benda lain dr lain lah.. asyik mekaaaappppp jeee. Nanti di pikirkan.
Untuk paparan kali ini.. saya makeupkan Nadia untuk majlis cukur jambul anak sulungnya Zara. Comeyyyyyy sgt Zara tuuu...






Zati Tunang, Ampang

Lamanya tak upload gambar2 makeup tunang dan kahwin... last few weeks was very tough week.. masa sangat mencemburui saya (eceh).. nak update blog, page.. x sempat... apa yang pentng dan mana yang sempat je update dan upload... harap2 minggu ni ada leisure sket utk saya .. so bolelah upload gmbr2  lain... skg ni layan saja gmbr Zati bertunang ni...

Zati ni ada skin problem..beberapa minggu sebelum E-day nya.. dia asyik ber whats-app dgn saya..concern about her skin dan her makeup nanti. Dia tak biasa bermakeup dan tak tau mcmana nk hide prob skin nya. Dia takut makeupnya akan nmpk terlalu tebal semata2 nak tutup skin probnya tu.
So saya buat yang termampu dan alhamdullillah wajahnya selepas makeup tidak seperti dia ada skin prob .

Zati ada masalah kulit yang sangat kering dan berjerawat yang agak teruk terutama di bawah dagu dan dahi.
Mula-mula saya spray mist deep sea water dari Shu Uemura utk memberi sedikit kelembapan di kulitnya. Kemudian saya sapu primer dari Revlon diikuti foundation dari Makeup Forever code 125.

Selepas sapuan foundation menggunakan brush dari sheseido dan kemasan menggunakan beauty blender (BB), sy conceal jerawat dan bekas jerawat dgn concealer anti lift dari MUFE. saya blend concealer tu menggunakan BB di sekitar wajahnya. Kemudian saya sapukan powder dari MAC - Studio Careblend Light. Saya ratakan dan blend menggunakan BB lagi.

Untuk matanya - saya sapukan primer dari urban decay. Eyeshadow saya gunakan warna purple di crease mata dari urban decay, di 3/4 mata sy gunakan warna light pink dari shu uemura. Saya blend sedikit dgn warna hitam dari shu uemura di hujung mata utk effect sharp. eyebrow saya lukis menggunakan Brunnette dari Mac di campur Viva eyebrow pencil.

untuk blusher sy gunakan peachy pink dari MUFE dan lipstick Angel + Bombshell dari MAC.
Final taouch saya sapukan MAC prep n prime translucent powder dan spray Mist deep sea water dari Shu Uemura sekali lagi..
Alhamdullillah.. feed back yang saya terima dari Zati  - "Saya suka kak"
TQ Zati...

Ahad, 26 Februari 2012

Makeup Cheff Asian Food Channel - Anis Nabilah

Makeup this cute sweet and friendly cheff Anis Nabila during her interview with Mingguan Malaysia... and talkative too... boleh tgk website dia for more info and recipes!!






Selasa, 21 Februari 2012

Menjadi tetamu jemputan WHI TV3 lagi...

Saya dipanggil sekali lagi oleh pihak TV3 untuk menjadi tetamu dalam program WHI TV3...dengan tema seperti di bawah ni. terimakasih TV3 kerana memberi peluang lagi untuk saya mengetengahkan kemahiran dan minat saya untuk tontonan penonton Wanita Hari Ini.



Final WBA 2011



Apa ke bendanya WBA nih??? bagi sesiapa yang baru mengikuti blog dan FB saya.. mai saya citer sket mengenai WBA ni. WBA stand for Wajah Beautiful by AnnaSha. Pertama kali event ini di anjurkan adalah pada tahun 2010. Tujuan asal event ini di adakan untuk memperkenalkan brand Beautiful by AnnaSha ni.. iaitu my makeup svc. Tetapi dipertengahan event ini berlangsung (yg mana ianya di jalankan sepanjang tahun) saya mendapati keseronokkan mengumpul rakan2 makeup artis (MUA) dan rakan2 photographer di dlm satu event adalah lebih bermakna daripada hanya menengahkan bakat saya sendiri.
Di samping itu saya cuba menjadi platform kepada remaja lelaki dan perempuan yang berminat menceburi bidang entertainment ie; modelling, lakonan etc.
So sekarang WBA telah memasuki tahun kedua. Gmbr di atas adalah final contestant yang mana pemenang2 akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
WBA 2011 final ini telah sy ideakan dgn tema Ancient Greek dan telah diadakan di Taman Tasik Perdana. Kehadiran rakan MUA dan photographer sangat mengujakan saya dan ucapan ribuan terimakasih kepada mereka semua yang hadir. Tak lupa terimakasih kepad wakil media, wartawan dan photographer dari Utusan Malaysia.

Hadiah yang bakal para peserta WBA 2011 menangi ialah :-

1st prize –
3 days 2 night in Redang –sponsored by Ponderous Art
Rejuvenating yourself in Modahish Spa Beauty Centre bernilai RM200
  Cash RM150 – from Beautiful by AnnaSha

  2nd prize
  Rejuvenating yourself in Modahish Spa Beauty Centre bernilai RM150
-Cash RM100 – from Beautiful by AnnaSha

  3rd prize
  Rejuvenating yourself in Modahish Spa Beauty Centre bernilai RM100
Cash RM50 – from Beautiful by AnnaSha

Untuk Photography terbaik
 Rejuvenating yourself in Modahish Spa Beauty Centre bernilai RM100
 
Untuk Makeup tercantik
 Rejuvenating yourself in Modahish Spa Beauty Centre bernilai RM100
 
Dibawah ni gambar pemenang WBA 2010 (Tasya Biu Biu) bertema kan tahun 50s yang diadakan di Taman Bukit Jalil. Mendapat sokongan dari pihak Utusan Malaysia dan Magazine Sukses.



Isnin, 13 Februari 2012

Makeup Flight Attendant Air Asia

Apakah perasaannya.. jika anda di suruh masak untuk tukang masak hebat, atau berduet nyanyi dengan Adele, atau kena makeup untuk orang yang memang dah pandai mekap... ??? Perasaan saya ialah..sangat tak confiden dan rasa nak balik je dari makeup on that day. Pada hari yang dijanjikan oleh reporter dr Utusan, kami tiba di LCCT dan terus ke office Air Asia. Pemandangan pramugara dan pramugari menarik beg di depan mata betul2 buat saya rindu giler nak kerja semula sbg pramugari spt mereka.
Kami kemudian di sambut oleh Laila, staff/pegawai yang di tugaskan menyambut kedatangan kami .. saya kemudian diperkenalkan kepada senior Flight Attendant Air Asia , Sabah Base.Irinawati.
Preassure saya bertambah bila Laila menegaskan yang Irina ni sgt pandai mekap dan mekap dia mmg meletop! Adoyaiii...
preassure  pun preassure lah.. keja tetap kena buat.. bila berbual2 dgn si senior Irina ni... rupanya dia dari MAS.. ex stewardess MAS ropernyerr.. dan ropernyerr lagi dia adalah junior saya sewaktu di MAS. Tapi ssshhhhh.. dia tak tau saya ex MAS.. :)
So ini lah hasil makeup saya yng memang dh standard camtu lah.. sweet, natural n easy.. and thankfully.. Irina and Laila like it.. they like my makeup.. phewww...legaa..


wajah irina sebelum makeup

selepas makeup...saya menggunakan makeup base from revlon, foundation MUFE 123, compact sheer MAC, Farmasi eyeshadow, loreal eye liner, Bobbi Brown gel blusher (pink), bobbi brown Lipstick atomic orange. brighten under eye with yellow pale from Bobbi Brown and last touch  spray with Shu Uemura mist deep water.

Ahad, 12 Februari 2012